Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, January 29

Apakah itu???

"Alamak dah lambat nak pergi kelas ni!"
Dengan segera saya sarung setokin dan terus capai beg untuk ke kelas pukul 9pagi tadi. Buka je pintu bilik untuk keluar tiba-tiba...

Makkk!!!!!!!! (jerit tak ingat dunia)

Sayalah yang jerit tu. Terperanjat, nasib baik tak terencat otak ni sebab nampak benda warna hitam depan mata.

Situasi yang berlaku adalah seperti gambar dibawah (saya dah siap lukis awal2 bagi awak semua faham, manalah tahu susah sgt nak faham ke..^___^):

( warna hitam yang ade '?' tulah yang wat saya terperanjat) 

*Apakah itu??*

Tak sempat saya nak lihat betol2, binatang tu dah lari lintang-pukang sebab dia pon terperanjat agaknya.

Saya yang dah terlambat nak pergi kuliah tadi bukannya nak pergi kelas terus, tapi cepat2 mengejar binatang tu. Manusia biasalah...perasaan ingin tahu tu memg kuat.
Binatang tu berlari-lari sembunyi kat belakang baldi depan bilik hujung tangga. Saya pun dengan senyap2 pergi mengendap binatang tu.

(Chaak! buat ape tu??)

Tapi sayang, binatang tu lari-lari lagi. Laju pulak tu dia lari. Haish!!  kejar punya kejar, dia lari turun tangga pula.. 

(spesis apakah itu?? saya cuma nak tahu awak siapa jelah...napelah lari laju sangat...urmm..)

Saya pun kejar2, sampai turun tangga sekali. Jengah2 aras 1 tak ada apa2 pun. Turun tangga ke aras bawah pun tak ada apa2.. Manalah binatang tu pergi. Nak turun bawah tiba2 terjumpa cik lin yang baru pulang dari kelas 'Malaysian studies'.

*Opsss!*

Saya dah lewat nak pergi kelas. Cepat2 jalan menuju ke jalan yang benar.

Urmm...sampai sekarang masih tertanya2 apakah binatang itu?
Kalau tikus, mesti ekor dia panjang tapi tadi ekor dia berbulu lebat.
Kalau anak kucing, mestilah besar dan ada telinga tapi tadi dia kecil je
Kalau hamster, mestilah dia kecil tapi tadi badan dia lebih besar dri hamster
Kalau burung, mestilah dia boleh terbang tapi dia tak terbang
Kalau tupai, mesti warna dia coklat2 sikit tapi tadi hitam legam je

Kalau begitu, apakah binatang itu??

Huishhh!!!!! saya nak tahulah!! Somebody please help me lah....:(



2 comments:

ujar saja jika perlu.