Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, January 29

Menikmati pagi hari seorang diri...(Live episod 2)

Sambung cerita lagi...

Tapi kali ni berubah kedudukan pula, sebab baru pergi toilet tadi. Tapi sekarang berada di posisi paling hujung kat dunia. Posisi dekat tepi tembok di hujung kedai bersama-sama dengan tempias-tempias hujan. Hujan janganlah kau lebat, renyai-renyai sudah lah...Awan janganlah kau merenget-merenget tangis, habis aku basah nanti...Tapi takpelah, kau sudi menemani aku sudah..

*Alhamdulillah*

(Eh, tadi tak pakai spek, ni pakai spek pulak?..saya rabun silau ye..)

Tapi tadi sebelum pergi tandas dan merayap beli kerepek untuk dikunyah2 saya duduk bersebelahan dengan posisi saya sekarang.
(Haaa...Tadi saya duduk kat meja batu tulah)

Hujan sekejap lebat, sekejap renyai-renyai tapi angin tetap bertiup kencang.(cehh..dah macam ramalan kaji cuaca la pulak). Jam dah menunjukkan pukul 12.45 tgh hari.

(angin sangat kencang sampai macam nak tercabut tirai ni)

(Hujan lebat sangat, tengok lah yang ada anak panah merah tu pokok kelapa pon macam nak tombang. Kabus menyelubungi pemandangan)

(Jam dah pukul 12.46 tgh hari.. Opss! kantoi pakai jam Barbie..tak matang betol~)

Lagi 2jam lagi bas pergi ke batu pahat akan bertolak.. sekejapkan masa berlalu. Pukul 1.30ptg jap lagi dah boleh gerak pergi surau, tapi sekarang nak buat ape ye??

Haishh...

Maka bersambunglah cerita melihat telatah manusia yang wujud dihadapan mata saya...

Bosan pulak asyik melihat perilaku manusia yang pelbagai ragam. Termasuklah dengan ragam saya sendiri!..
Alamak! tak best lah pulak...Bau rokok lah!! Lelaki yang baru sampai kat meja yang saya duduk tadi dia hisap rokoklah.

Keluar..Masuk..Keluar..Masuk..  Rokok dimulut lelaki tu.
Dihisap dengan tanpa rasa segan silu. Ditambah pula dengan hidangan kopi panas. Berapa  banyaklah agaknya jumlah kafein lelaki itu. Mungkin tak terfikir dek akalnya. Tak sayang diri agaknya. Nyawa bagaikan percaturan. Menang atau kalah tak tentu lagi..

Tauke kedai ni masih lagi bertungkus lumus mencari rezeki. Disusun pula roti2 dan minuman di dalam bakul untuk dijual kepada penumpang-penumpang bas yang tak sempat untuk singgah makan di kedai.

*bijak*

Satu tektik untuk menarik pelanggan.

*rajin*

Diangkutnya bakul jualan kesana-kemari. Jalan dan kembali semula ke kedai. Ditambah lagi roti dan minuman didalam bakul jualannya. Barangkali jualannya laku. Tahniah bro! Anda memang hebat.( ucapan dalam hati je)

(Tauke kedai menyusun roti dan minuman dalam bakul)

(Dibawanya bakul jualan kesana-kemari untuk mencari rezeki)

Tak jemu-jemu lelaki itu berjual, saya sangat kagum. Semoga perniagaan dia sentiasa berjaya dari semasa kesemasa. Anak Melayu yang patut dibanggakan. Lagi2 dia adalah seorang Muslim.

*Bangga*

Jam dah hampir pukul 1.30ptg. Waktu solat zohor pon dah masuk. Saya patut bergerak sekarang. Okaylah sampai disini sahaja post secara live dari terminal makmur Kuantan Pahang. Selamat jalan semua! ^___^

 (Dah pukul 1.25 ptg.. saya nak blah dulu..bye2!)


1 comment:

  1. kau duk kat mane neh? area mane? tak penah tengok pun kedai tu?

    ReplyDelete

ujar saja jika perlu.