Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, January 19

Jejaka

Dulu-dulu ada seorang jejaka yang sangat suka untuk mempermainkan hati gadis dengan cinta. Memang tak dapat dinafikan yang jejaka itu memang tampan, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, nampak sopan, bijak, senang kata agak sempurnalah.

Seorang gadis pernah dipermainkannya tapi gadis itu tak terperasan dia sekadar dimainkan saja. Hingga suatu hari kawan si gadis itu mengadu padanya bahawa jejaka itu telah mempermainkan hatinya.

*bodoh*

Pernah dulu gadis itu berkata pada kawannya yang jejaka itu tulis surat padanya dan dia juga suka jejaka itu, tapi tiba-tiba kawannya pula mengadu padanya yang lelaki itu mempermainkan hatinya. 

*celaka*

Siapa yang permainkan siapa sebenarnya? gadis itu pun bingung.
“Kawan aku hatinya dipermainkan jejaka itu,  jadi aku juga dipermainkan jejaka itu bukan?” gadis itu bermonolog dalaman.

“Haish..maksudnya aku juga dipermainkan kawan sendiri”. Terlintas di kotak pemikirannya.

Maka, antara jejaka itu dengan kawannya manakah yang lebih penting. Sudah tentulah kawan lebih berharga pada gadis itu. Dimarahinya jejaka itu dengan sesungguhnya demi kawan yang paling berharga itu. Jejaka tidak dapat menerima teguran gadis itu dan dikatanya,

“Aku memang boleh terima nasihat daripada orang lain tapi bukan dari kamu”

Dari telefon bimbit sebesar botol air hingga telefon senipis kertas, jejaka tetap sombong dengan kesempurnaan yang dia ada. Maklumlah, belajar sampai melintasi laut, rupanya sempurna, hidupnya mewah, tapi sayang mindanya sempit untuk menghormati gadis.

“ Aku ni kalau petik jari berebut perempuan datang” kata si jejaka setelah bertahun meninggalkan cerita lampau.

*bangsat*

Masih tak berubah lagi walau belajar berjuta-juta kitab.


p/s: jangan guna bahasa kesat pada orang lain. ^__^


No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.