Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, September 27

teman dari Tuhan.

dirasai bila dihargai
teman yang dihadirkan Ilahi
tak pernah terfikir sekali
bahawa semuanya kerana hati.

terima kasih kerana memahami
meletakkan aku disisi
betapa sering mengalir air jiwa ini
bila mengingati diri yang tak mungkin sendiri
kerana Tuhan mengasihi.

terima kasih menemani
terima kasih untuk tidak lari
walau sampai habis jasad ini
tetap aku ingati.

teman sejati.

-farhahzaba-
1.30am


Monday, September 26

korup.

jika korupsi menjadi hobi;
rosak hati mati, 
habis gergaji ibu pertiwi.

-farhahzaba-

rasuah

penghinaan

Sunday, September 25

aku mahu tahu.

aku melangkah
melangkah dan melangkah
sampai masa aku jatuh dihempap bertalu-talu
hujung nafas aku diberi pilihan yang aku tak tahu
apa yang aku mahu?


Copyright ©  farhahZaba


tentang pertanyaan untuk diri sendiri yang masih kabur.
..untuk diriku sebagai peringatan.

Friday, September 23

nafsu neraka.

untuk apa melawan orang yang datang dengan nafsu syaitan
dan aku melawan dengan nafsu syaitan?
syaitan tempatnya neraka,
luas pintu syurga terbuka,
kenapa sesempit pintu neraka itu yang hendak kau masuk?


Wednesday, September 21

senang hati.

sayang seribu kali sayang
bayang sampai terngiang-ngiang
girang hati girang
senang hati bila kau datang.

-farhahzaba-

tentang perasaan yang gembira apabila yang di tunggu-tunggu akhirnya di depan mata. :)

Friday, September 16

Dewasa.

Minggu ni aku menjalani kembali hidup yang hiruk sebagai mahasiswi walaupun dalam hati ni selalu saja kata "eh, betul ke aku dah 21?". Baiklah, aku memang macam tu macam orang yang tak pernah nak sedar diri.

Sedangkan kawan sebaya aku sendiri pun dah mengandung anak pertama tahun ni. Tapi aku masih tak rasa yang diri aku dah dewasa yang perlu memikul banyak tanggungjawab. wow! Masa memang sangat pantas. Hey, aku dah sangat dewasa lah!

Baiklah, aku dah mula sedar diri.
huh.

Sebagai seorang yang dewasa perkara yang sangat wajib aku lakukan ialah:

1. hadapi semua situasi secara positif --sabar dan syukur; aku sangat perlukan ini.
2. tak menyusahkan abah dan umi ;terutama soal perbelanjaan, aku dah cukup dewasa untuk berdikari-- bukan budak sekolah lagi kan?.
3. bersiap-sedia selalu-- bukan tahu tidur je dalam semua hal.
4. mengundi dalam pilihan raya; of course lah.
5. yang penting semua haruslah berdestinasikan kiblat Allah; wajib.

Buat masa ni, ini adalah wajib. Mungkin aku perlu tambah lagi yang patut, tapi masih belum terfikir lagi. Tak mengapa, biar sikit asal mantap dan terlaksana; bukan?

Menghasilkan peribadi yang tak berlindirkan dosa bukan susah bila kita masih ada Tuhan. Dosa ni banyak jenis, kecil ada besar pun ada. Jadi, segan-segan lah nak buat dosa ya. Banyak tidur sampai tanggungjawab tak terlaksana dosa juga, bukan? Menyusahkan orang lain pun dosa juga, bukan?

Lalu menjadi dewasa ini adalah tanggungjawab untuk aku.
wow!
terasa sangat hebat pulak ayat ni.


Thursday, September 8

kalah hidup.

aku diberi kalah
siapa bersalah?

takkan mungkin nak terus mengalah
sebab aku masih belum sudah
apa saja nak jadi terserah
aku masih ada Allah

kopak hati ni dah aku tampal
siap dengan warna fitrah asal
takkanlah belum tamat aku dah nak menyesal
sampai lupa mana asal?

dulu-dulu ada cerita tentang sang arnab dengan sang kura-kura
aku pasti kau pun tak lupa
siapa kalah akhirnya kalau bukan sang arnab yang laju
yang lambat sampai ke garisan penamat dulu
itupun kau masih tak tahu?

hei,
aku ini masih belum kalah.
takkan menyerah.

farhahzaba
2a.m
Copyright © farhahZaba


Tuesday, September 6

apa itu cinta.

apa itu cinta
apa itu hiba
apa itu rasa
ku takkan merasa


apa itu sepi
ku tak mengerti

apa itu cita
apa itu syurga
apa itu semua
aku tiada arah

namun aku masih lagi percaya
diriku..
tetaplah aku selalu menantiMu
kerana cintaku kau lewati
menusuk tubuh tubuh dan
merantai dalam hati

apa itu cinta
apa itu hampa
apa itu dosa
aku kah yang berdosa

namun ku masih lagi percaya diriku.
tetaplah aku masih menunggu
pesona cinta mencarimu
pentingkan seapanya
mahkota milikmu

apa itu cinta




Awierafael-bhumiband.


Saturday, September 3

ni cerita sedih.

"kak ude meh sini tengok". sambil tarik tangan saya tergesa-gesa ke belakang rumah.

"krek". bunyi pintu

*terkesima*
*terpaku*
*tak terkata*

Citra saya dah mati...
sob..sob..sob..
:(
baru bela sekejap hari tu, dah mandi2 kan dia, dah bersihkan telinga dia,dah main2 dengan dia..
lepas tu dia hilang sekejap, semalam jumpe dah mati.

*tragis*

memang bukan jodoh dengan kucing agaknya.
trauma nak bela kucing lagi.

sob..sob.sob..
:(

p/s: punca kematian tak dapat dikenal pasti. :(