Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, December 29

puteri jawa dan pendekar borneo

tersebutlah sebuah kisah kasih seorang gusti puteri jawa dengan sang pendekar borneo. si gusti puteri jawa yang selalu berharap agar sang pendekar borneo datang bertemu dengannya. menunggang kuda putih tua, lalu berlari-lari anak kearahnya itulah impian si puteri. sepurnama si gusti puteri jawa bermain dengan bayang-bayang, namun jaka borneo tidak terlihat jua menembusi lensa matanya. sang pendekar borneo yang telah memberi harapan demi harapan melalui perantaraan helang biru membuat puteri jawa tertunggu-tunggu. bukankah penantian itu satu penyiksaan jiwa yang penuh sabar? sepurnama penuh si puteri menanti sang pendenkar, namun hanya fatamorgana. helang biru terbang menghinggapi beranda singgahsana membawa lagi harapan baru kepada si puteri bahawa lagi sepurnama penuh pendekar akan tiba menemui si gusti puteri jawa. bunga-bunga hidup yang layu di taman singgahsana kembali mekar seperti turut bergembira merasakan kegembiraan hati gusti puteri. burung-burung pun turut berkicau riang.

purnama terus menjalankan tanggungjawabnya mengelilingi bumi. pasang surut air berlangsung sudah. purnama penuh kembali menjadi sabit. sepertinya sang pendekar tidak mampu meneruskan perjalanan ke pulau jawa. hiba hati si gusti puteri. merenung ke luar jendela mengenangkan takdir yang Tuhan rancangkan. bergenang air jiwanya lalu mengalir jua. sekali lagi sang pendekar borneo menghantar utusan melalui helang biru memberi khabar justifikasi mungkin rabiulawal, rabiulakhir atau jamadilawal sang pendekar borneo akan sampai ke pulau jawa untuk menemui si gusti puteri. khabarnya lagi, walau sejauh manapun si gusti puteri berada dia akan tetap pergi mencari gusti puteri. sepertinya indah khabar, si puteri masih berharap agar indah khabar, indah juga rupanya nanti. dijahit semula hatinya dengan rapi, di belai semula jiwanya. lalu si gusti puteri meletakkannya semula di dalam peti berkunci untuk sang pendekar borneo. setiap hari penuh harapan, setiap hari penuh cita. dan setiap detiknya penuh dengan doa. bunga-bunga di taman singgahsana berguguran menandakan musim luruh sudah tiba, juga sepertinya menanti kedatangan sang pendekar borneo untuk kembali berbunga. dan si gusti puteri masih termenung menongkat dagu di tepi jendela...

*bersambung*



Wednesday, December 25

risau ke?

kau selalu risau memikirkan apa yang kau tak ada
dan tanpa positif kau merasakan yang kau tak ada itu adalah kekurangan

kau tengok orang ada pekerjaan tapi kau tak ada; kau risau
kau tengok orang ada kereta tapi kau tak ada; kau risau
kau tengok orang ada tunang tapi kau tak ada; kau risau
kau tengok orang sudah berkahwin tapi kau belum; kau risau
kau tengok orang ada anak tapi kau kahwin pun belum; kau risau
semua kau nak risau

tapi bila orang tu kata

kerja aku penat gaji sikit; -risau kau hilang
duit aku banyak habis kat kereta je ni; -risau kau hilang
menyesal aku tunang awal; -risau kau hilang
aku asyik nak kena layan kerenah suami, mak dia lagi; -risau kau hilang
anak aku ni degil betul; -risau kau hilang

nah, sekarang bukankah apa yang kau tak ada itu kelebihan?

mungkin kelebihan,
tapi sebenarnya kau tu tak suka lihat orang lain senang

bak kata orang puteh "selfish".

bukan??


Monday, December 23

anak borneo

suara kamu beralun di gegendang telinga saya
buat pertama kalinya saya didendangkan

play
rewind
play
rewind
play

dendang si anak borneo
yang membuat saya terbang di antara langit dan bumi
seperti dikelilingi pohon-pohon hijau berbunga.

dan sekarang masih lagi dengan suara kamu
tersenyum

eh, aku berangan!

21dis13
2am

cinta lagi

yup, seperti di setiap kalinya aku terpilih menjadi pakar kaunseling tanpa tauliyah oleh hamba2 Allah yang ranap jiwanya kerana cinta.

bak kata orang kelantan "cinto orang tino dengan orang jate la".

dan buat berkali-kalinya aku berlagak seperti buat-buat tahu.

"bahawasanya dalam setiap perhubungan jangan pernah mengharap
kerana harapan yang kau letakkan itu pembunuh sebenar
membunuh segala senyuman dan tawa kau
lalu merobek-robek hati kau

apa yang kau perlukan adalah doa bukan harapan."

2.39am


Sunday, December 22

sometimes silence is the best answer--pergi mampu* sama ini quotes

memang betul kita perlukan komunikasi dalam perhubungan--
"aku tak suka ini"
"aku suka itu"

tapi tolonglah bukan melalui kata hati
sebab kau bukan hidup dalam cerita drama
kau hidup dalam realiti

bak kata orang puteh "speak up!"
lontarkan apa mahu kau?
lontar sampai kena tepat pada titiknya

orang kata--"sometimes silence is the best answer"
siapa kata?
kepala otak dia!
kau tak suka, kau senyap.
kau sedih, kau senyap.
kau tak puas hati kau senyap.

apa kau ingat dia boleh baca fikiran kau?
apa kau ingat dia ada antena yang terpasang dalam hati kau?

jangan bermimpilah!
sebenarnya kau dah terlalu banyak sangat baca novel dan tengok cerita drama
otak kau sekarang kurang berfungsi pada realiti tapi hanya fantasi
dan kau sedang bermain dengan bayang-bayang.

kalau kau nak guna juga 'senyap' dalam perhubungan
aku nasihatkan kau cakap kat dia--
"aku nak senyap ni sebab aku tunggu kau tegur aku dulu"

*tammat*






Wednesday, December 18

kimia aku C masa SPM.

ada orang kata;-- kalau kita dah jumpa orang yang baik akhlaknya, solat pun tak tinggal. cepat-cepatlah dibuat peneman hidup yang halal. dah cukup beruntunglah tu.

yup, memang betul untung!
well..itu orang yang katalah.
bukan aku kata.

bagi aku yang penting ialah kimia.
baik mana pun, tinggi mana pun ilmunya tapi kalau tak ada kimia, semua tak menjadi.
tak sebulu or tak ada persefahaman ibarat air atas daun keladi. tak meresap. tak rasa.

hati tak ada kimia
perasaan tak ada kimia
cinta tak ada kimia
kata-kata tak ada kimia
teguran tak ada kimia

tak seronok bukan?
bila tak ada kimia, menangis dalam hati sendiri, sorok rasa hati.
kau tak faham dia, dia tak faham kau.
lama-lama apa?

waktu tu baru kau tahu yang kebaikkan dan ilmu bukan yang kau mahu,
tapi kau mahu kimia.