Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, August 31

abah

malam tadi, 
di akhir pertemuan abah dengan sahabatnya;--
mereka berjabat tangan.

mereka berdua saling berpelukkan.
Dalam berpelukkan abah berbisik di telinga sahabatnya;--

"semoga dengan baki usia yang masih ada, Allah sihatkan tubuh kita, 
Allah permudahkan kita untuk beribadah padaNya."

sebak
sersentuh

aku tahu usianya makin lanjut
dan aku makin dewasa.

Tuhan,
Kau makbulkanlah permintaanya
rahmatilah usianya

Itu pintaku.


29ogos2013

Tuesday, August 27

mahkota ibu

malam ini,
dia memanggil-manggil aku,
menyuruh tengok-tengokkan kepalanya yang agak gatal
katanya;-- "uban tua menyerang aku!"

dengan langkah malas
dan sedikit merungut
aku laksanakan permintaanya.

sehelai demi sehelai
aku membelek-belek mahkotanya,

lalu-- "mari aku cuci mahkota mu!"
lantas pintaku.

kemudian;--

mahkotanya aku cuci,
disetiap selak mahkotnya;- aku nampak uban-uban tua.
aku cuci dan kemudian aku bilas,
aku lapkan dengan tuala biru,
mahkotanya masih lembab.

lalu aku sapukan minyak,
uban-uban tua melambai-lambai aku,
tersenyum dibelai kasih anak,
mahkotanya aku sisirkan dengan lembut.

di setiap sisir; aku doa pada Tuhan--
rahmatilah usianya
kuatkanlah iman dan jasadnya
tempatkanlah dia disisi Mu.

Tuhan,
itu pintaku,
dialah ibuku.

2.15am
27ogos2013

Thursday, August 22

Bismillah...

Dan dengan nama Tuhanku,
menjunjung segala titah dan laranganNya-- amin
aku berserah diri kepadaNya
bahawa seluruh hidupku dan matiku
terserah padaNya
segala apa sahaja kehendakNya

aku reda

dengan izin dan rahmatNya.

1.40am
22ogos2013

Sunday, August 18

gadis yang ditinggalkan.

dulu-dulu jejaka pernah bertanya--
"aku ini pelik mengapa bila lepas berkahwin si suami jalan di hadapan tapi si isteri ditinggal di belakang?"

lalu gadis senyap--
dalam hatinya-- " suatu hari nanti kau tahu jawapanya."

itu cerita jejaka dan gadis lamanya dulu.

belum sampai ke jinjang pelamin;-- jejaka sudah pergi meninggalkan gadis.

batu pahat
18ogos2013

Thursday, August 15

salah atau betul?

Tolong...
tolong kata salah jika salah.
tolong kata betul jika betul.

jadi adil yang benar
bukan adil yang ikut rasa

wujud golongan yang kononnya tidak menyelebelahi mana-mana pihak
lalu dikatanya; 
dua-dua salah.
dua-dua betul.

makanya yang salah bertambah salah.
yang betul menjadi salah.

tolong buka minda dan mata.
salah atau betul?

2.20am
15ogos2013



Friday, August 9

kau mahu

silalah benci aku
pukul kedua belah lutut aku
biar aku terlutut di hadapanmu-- itu yang kau mahu
bukan?

silalah bunuh aku
kerana awalnya jiwa ini dah kau tusuk dulu
biar aku mati di hadapanmu-- itu yang kau mahu 
bukan?

silalah bangsatkan aku
cacimaki aku sepuas yang kau mahu
biar aku dihina di hadapanmu-- itu yang kau mahu
bukan?

aku bukan lawan mu.
kau menang.

8Ogos2013
12.36am