Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, June 26

usaha untuk apa?

saya tahu walau sekuat manapun saya, saya tetap tak mampu
tapi saya tahu walaupun saya tak mampu saya perlu usaha
sebab Tuhan bukan mahu tengok saya
Dia mahu tengok usaha saya.

malangnya tiada satu pun yang saya berusaha bersungguh-sungguh untuk saya beri pada Nya
masih belum lagi dan saya perlu berubah untuk itu.

berjalan ke masa depan hanya untukNya.

...menulis untuk diriku sebagai peringatan.


Bogel Menuju Tuhan

Bogel Menuju Tuhan ni baru saja dilancarkan 18 Jun 2011 di Annexe, Central Market minggu lepas.
Siapa yang tak kenal zahiril adzim ni dia ni la Daim dalam cerita Juvana TV3.

Tajuk Buku: Bogel Menuju Tuhan
Penerbit & Penyunting: Faisal Mustaffa
Penulis dan rekabentuk Kulit: Zahiril Adzim
Blurbs: Ana Raffali
Harga: RM30

SINOPSIS

BOGEL MENUJU TUHAN adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia terlepas dari dugaanNya maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. 

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi, sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum Jingga.

*ZAHIRIL ADZIM*

p/s: yeah..tak sabar nak tunggu buku ni sampai rumah!

Friday, June 24

meluat.

dia kata sekali petik seribu yang datang. 
baik, silalah buktikan!
....
..
*dasar lelaki perasan*
.....
..
teruskanlah condong di posisi ego.
...
*mengeluh*

Thursday, June 23

jom2!! ^^

hei, mahu ketawa bersama saya?
gelak guling-guling lompat-lompat riang!
suka tak? suka tak?
1,2,3 jom lompat!
hahaha..
*buka mulut besar2*
*jangan curi2 makan lalat*

jom nyanyi lagu masa zaman sekolah tadika dulu2.. hehe..^^

"lompat-lompat si katak lompat
lompat lah tinggi-tinggi
cepatlah adik cepat
kalau tak nanti kita yang rugi..
lalala..."

*betul ke lirik ni?? dah lupe la..^^*
...
..
.
"heeee~" 
:)
*sengih cam kambing kot*
hahahaha..
:p

Wednesday, June 22

diamku hilangmu.

hilangnya aku waktu kosong
dan hilangnya kamu waktu aku terdiam
kelam kabus hampir membunuh
menjadikan kelat lidah ini hampir bisu

terpijaklah iman dihenyak-henyak nafsu
membiarkan jiwa terpana menangis pilu
manalah kamu yang aku tunggu?
ah, celaka perasaan yang tak aku mahu!

terhurung aku tercangkung luka
kerana hidup yang tak pernah ada
kalau dah disiat-siatkan mata
manakan nampak tahu pun tidak

manalah kamu yang aku tunggu?
tunjukkan aku..
tunjukkan aku.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

"jangan nanti diamnya saya hilangnya kamu"..
Menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Sunday, June 19

besi emas dan kertas harum.

bertepuk disekalian umat berpaksikan rakus
lalu memeluk tubuh yang bangkai itu penuh hormat
tak dahagakan duit kononnya hingga rata semua bukit
apa buta yang dia bayangkan kepada hamba yang merdeka mindanya?

tak tertelan besi emas.. tak termamah kertas bernilai
mahu lagi dan lagi dan lagi...sampai tersedak nyawa pun mahu lagi
tergulung lidah tersepit, diputar lagi sampai menjadi hukum 'tuhan'
bangsat sungguh hukum yang kau syariahkan
apa kau ingat Tuhan itu mahu besi emas dan kertas harum?

minda dijadikan tahi dan tahi dijadikan akal yang tak bermaruah
bersepah-sepah dijalanan untuk disekalian umat
yang terleka masih memungut...yang sedar berpaling arah mencari maruah
kata terkota bersama harta hamba yang percaya
sampai bila mahu bersama najis?

tak terbau busuknya bangkai yang najis kerana bersalut besi emas
tak mengapa...neraka nanti yang cairkan besi emas hingga terlihat bangkai yang berbau

waktu itu baru kau tahu siapa Tuhan siapa umat.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba

menulis untuk kamu yang mampu berfikir bukan untuk kepentingan sesuatu politik tapi untuk kita yang mewarisi tanah ini. 
....dan juga untuk diriku sebagai peringatan.



Saturday, June 18

sendiri lagi.


"mahu saja aku menjerit sampai perang,
seperti ranapnya saat aku sendiri".


Friday, June 17

Alien..

Masa kecil dulu saya selalu mimpi ada alien bawah katil saya. kenapalah alien tu muncul dalam setiap tidur saya?.
Alien tu warna hijau dan matanya merah. Takut sangat..
Itulah mimpi yang paling saya ingat sampai sekarang sebab mimpi tu berulang-ulang.

kalau lah saya mimpi lagi alien tu sekarang, saya nak tanya dia "eh, kite ni ada kaitan ke?"

di sebabkan mimpi itu lah buat saya tak boleh tidur sorang2 masa kecil dulu.
*mengeluh*

p/s: bila duduk rumah ni buat saya asyik teringat zaman muda-muda je..haha..^^

Thursday, June 16

sampah

Maaf untuk kamu-kamu yang terpaksa membaca penulisan sampah di blog ini kerana saya tak pandai menulis. Saya ini memang tidak pandai menulis dan seorang yang suka merapu dan bersentimental berlebih-lebihan. dush2! ^^
.........
.....
Terima kasih juga membenci kata-kata dan penulisan saya kerana kamulah orang yang saya cari. Tanpa kamu manalah silapnya saya dapat saya tahu.Terima kasih kawan!
......
Saya tak pernah minta kamu untuk baca tulisan saya, tapi kalau kamu mahu baca juga,terima kasih kerana inilah jiwa saya yang kamu sudikan untuk saya.
 ...
..........
Perjalanan saya masih jauh dan saya masih mahu menulis, kalau kamu tidak suka silalah berhenti membaca sampah ini. Sampah ini kalau tak sudi jangan diambil dan di buang jauh-jauh kerana saya mahu simpanya lagi sebagai peringatan untuk saya.

*berhenti*

-sayafarhahzaba-

Wednesday, June 15

lelaki gila.

dia berbaju hitam lusuh berambut masai,
ditengah-tengah kota pudu berdiri depan kedai kopi,
merewang-rewang mindanya bersama gerakan jari,
seolah tidak punya perasaan malu lagi,

aku melihat dia lelaki gila bersuara lantang seorang diri
katanya "aku ini kuat mahu ke langit dulu jatuh ke bumi"
"eh encik, mahu ikut saya ke langit?" katanya lagi.

apalah nasib kau lelaki menjadi gila di tengah kota?
bertubuh sasa fikirannya tak terbela,
lalu aku melihat manusia yang pintar di kedai kopi mencela,
kasihan aku melihat lelaki gila yang dicela.

dia lelaki gila tidak berotak sudah Tuhan berikan tempat istimewa,
apa kau yang pintar sudah punya tempat?
gilanya dia lebih mulia dari mereka yang gila judi dan perempuan,
berhentilah mengeji wahai si pintar yang tak terajar menghormat

sebab dunia ini ada karma yang dijanji Tuhan.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

kisah lelaki gila di tengah kota pudu yang aku terlihat dari jauh.
menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Pemburu.



"Bahawasanya seorang memburu cinta, adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu bertambah jauh dia lari. Akhimya tersesat dalam rimba, tak mampu pulang lagi."

-Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-




bulan oh bulan...

Tengok bulan malam2 ni tetiba teringat waktu kecil dulu...

Dulu masa kecil saya ingat ada arnab tinggal kat bulan sebab dari jauh nampak macam bentuk arnab kat bulan tu.

betul tak??

(memang macam bentuk arnab pun kan??)


Tuesday, June 14

dia ketuk dia.

saya memang suka ungkit cerita lama, sebab bagi saya itu adalah suatu yang istimewa Tuhan beri. terima kasih Tuhan... :)

Saya             : Angah, masa kecik2 dulu angah ada buli ude tak? buli apa2 je la.. ingat tak?
Kak angah : Hurmmm..owh, ada. Yang angah ingat masa tu angah ketuk kepala ude guna jam tangan angah sampai rosak jam tu. kurang asam betul la, tak pasal2 jam angah rosak.
Saya            : Ada ke? tak ingat pun.
Kak angah : Kau dah kena ketuk mana nak ingat. *gelak*
Saya            : *sabar je la*

...............................................................
.........

Saya          : Dulu yang along ingat along ade buli ude tak masa kecik2?
Kak along : Mana ada along buli ude. Ude buli along ade la.
Saya          : Ude buat ape pulak?
Kak along : Masa kat rumah lama dulu along jatuh buai pastu kepala ni berdarah, yang ude ni konon nak tolong along la lapkan darah guna kain, tapi kau ketuk-ketuk kepala along ni. hampeh betol~
Saya          : Ade ke? macam tak pernah je.



saya rindu zaman dulu..



Friday, June 10

...

apa rahsia disebalik hidup ini?
aku tanyakan pada Tuhan tentang perjalanan ini,
sumpah aku sangat sedih,
dan aku tahu Tuhan sayang aku.
sabarlah wahai aku,
tahankan air jiwamu,
tahankan.

kaki licin

Cerita di dapur la pulak...

Adik:  Eh, licinnya kaki nyang. takde bulu roma langsung.
Moyang:  Oh, kaki ni licin sebab dulu angkat getah.
Adik:  Camne angkat getah kaki boleh licin pula?
Moyang:  Yela, dulu kan toreh getah, angkat getah. Getah kena kat kaki pastu gosok-gosok getah yang melekat kat kaki. lama-lama bulu roma pun dah taknak tumbuh.
Adik:  Waaahh..kalau macam tu nak keje angkat getah lah, nanti kaki licin. haha.
Saya:  *Gelak besar*


Wednesday, June 8

jepun.

lagi cerita bersama nenek dan moyang sebelum tidur...

cucu: nyang dulu masa zaman jepun nyang ada kan?
moyang: masa jepun dulu takut sangat.
cucu: masa tu nyang baya siapa?
moyang: masa tu kecil lagi macam ni.*sambil tunjuk adik yg umur 7thn*
cucu: abes macam mana zaman tu?
moyang: masa tu semua anak dara makan sirih.
cucu: aik, makan sirih nak buat apa?
moyang: makan sirih supaya nampak hodoh dan comot barulah jepun tak kacau anak dara. kalau tak nanti kena kacau jepun abes la kena rogol.
cucu: owhh..jahat la jepun.
nenek: memang jahat, sebab tu la negara diaorang banyak kena bala. dulu Al-Quran tu jepun buat lap berak diaorang tahu. kurang ajar betul.
cucu: *tetiba teringat remaja sekarang yang gila dgn artis jepun*


beza perempuan dulu2.

Cerita bersama nenek dan moyang di rumah....

Cucu perempuan: masa remaja macam saya ni nenek buat ape ye dulu-dulu?
Nenek: dulu masa zaman macam awak ni, kami pukul 5pagi dah bangun sapu sampah kat laman rumah, guna lampu pelita letak atas kepala tau.
Cucu perempuan: aik, awalnya bagun nak sampu sampah. abes sapu sampai pukul berapa?
Emak: orang dulu2 kan laman rumahnya luas. jiran pun jauh-jauh.
Moyang: dulu kami ni perempuan dijaga betul2. tak boleh keluar rumah langsung tau. kerjanya masak kemas rumah jela.
Cucu perempuan: abes dulu nyang masa muda2 macam saya jalan2 pergi mana?
Moyang: manalah boleh nak keluar rumah dulu2.
Cucu perempuan: abes macam mana nyang boleh kahwin? macam mana nak jumpa boyfriend?
Moyang: dulu kahwin takyah susah2. orang tua dah carikan. haha.
Cucu perempuan: bosan la kalau macam tu. keluar pun tak boleh.
Moyang: nak keluar pun macam mana kalau kasut lawa pun takde? haha. takkan  nak pakai selipar jepun kot? selipar pun takda.
Cucu perempuan: a'ah kan, betul jugak. *gelak besar*
Emak: sebab tu orang dulu ada sediakan tempayan air depan tangga rumah. tu kan untuk basuh kaki.

ni la makcik sedara nenek saya dan moyang sedara saya lahir tahun 1933. comelkan beliau?
so sweet~

Wednesday, June 1

cinta itu apa?


maaf,
untuk pertama kalinya saya tanyakan,
bahawa cinta itu apa?
kerana bagi saya cinta itu mulia dan juga celaka.
-farhahzaba-


"Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi."

-Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck-