Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, October 30

Please...dun disturb me..

Tetibe je tajuk ni. apa kaitan? (untuk sesiapa yang bertanya la)
Tajuk ni ditujukan khas tuk sorang member sekelasku nana. (seorang yang kaki merepek, mungkin mase dia kecik suka makan kerepek kot!)
 (sejak bila pulak ko dah ada syarikat sendiri ni nana)

Tapi kenapa dia? (sekali lagi untuk anda yang suka bertanya)
ish, banyak tanya pulak.. sudah2 la tu, suka hatilah nak tulis apa2 pon..
 (bertanya adalah bukti anda berfikir)


p/s: nana, jgn strees k. jgn malas mcm ak. jom kite buat ape yg telah kita bincangkan time tengah tunggu print assigment tech. rep. writing kat bilik 'anak sape entah' sambil guna calculator kat handphone cikai kite tu. hahaha. (panjang betol ayat ni)

Tuesday, October 26

Nasib Kau.

Aku benci,
Benci dengan sikap kau,
Tapi aku tak benci kau,
Sikap itu kau sendiri yang cipta,
Tapi diri kau ciptaan Yang Maha Kuasa,
Aku hormat pada ciptaan Tuhan,
Tapi sikap kau yang hina siapa yang perlu hormat,
Aku tak suka bercerai berai,
Tapi kau yang malapetaka,
Habis semua mati kerana kau,
Tapi bukan mati jiwa,
Mereka mati hormat,
Tiada lagi hormat untuk kau.

 Copyright © 2010-2011 farhahZaba

kisah manusia yang seringkali suka menyakiti yang lain hinggakan rasa hormat untuk dia semakin hilang.

Sunday, October 24

My favorite Song~ ^^

OrAnG KeCiL
(Wani Ardy)

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa
indahnya kehidupan yang sebenar
Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya
orang kecil
Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana
Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa
indahnya kehidupan yang sebenar
Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil


thumbsup to this songwriter!  Saya memang suka semua lagu wani Ardy ni. kesemua lagu yang ditulis sangat berintikan kehidupan. Cubalah dengar! (macam promoter la pulak)


 (pinjam gambar adik sendiri jap)

No Idea lah!



Urmm... Bila ditenung lama-lama jadual periksa ni, mau jadi tak boleh nak lelap mataku ini.. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, bla..bla..bla..bla.. (macam orang angau bercintun la plak)

Ok la, perasaan sedang bercampur baur sekarang ni, tak boleh nak melalut banyak-banyak kang nanti leh jadi langau. (ape kaitan dengan langau ek?)
 Handphone putih kesayangan rosak pula kelmarin, huh~ sedih dan pilu hati ku.. Nampaknya kena beli handphone baru, tapi mana nak cekau duit ni? (mieow!!..jadi kucing bleh la nak cekau-mencekau ni)

Cukuplah luahan hatiku hari ni, Selamat Menempuhi Peperiksaan Semua!!MySpace

 “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman
(pengertian yang baik dan fahaman)."

Thursday, October 14

Beban yang tertanggung

Cehh...tajuk macam cerita drama la pula...  MySpace 
Huh~ ^^ akhirnya siap juga assignment academic report writing saya.!!!MySpace
Projek ni dah hampir 4 bulan menguasai diriku tanpa ada waktu untuk saya berehat.(ceh…ayat hiperbola) Tapi betul la tu..memang tidak dapat dinafikan.. 

 Academic report writing? Binatang apakah itu?MySpace
   Ooh..itu adalah sejenis binatang yang sangat mencabar dan memeningkan..binatang ni sangat cerewet ye.. macam-macam kena buat. Bukan setakat kena buat report saja, tapi kena buat power point dan presentation. Sebelum nak buat report ni kami dikehendaki buat survey pada orang ramai dulu, tak kisah la siapa pun yang penting ada kaitan dengan objektif kami.
So, objektif saya adalah nak tahu cara belajar student tahun dua fakulti saya (FIST la…).
   Setelah kajian dibuat, barulah saya tahu majoriti student tahun dua FIST seimbang dalam pembelajaran mereka. Tahniah kepada mereka!! (termasuk la saya….hehe). MySpace
Tak percaya tengok kat bawah ni ----->

* ( tanda X pada atas nombor tu menunjukkan skala)
*Setiap skala menunjukkan cara anda belajar- sila rujuk maklumat dibawah skala


NC STATE UNIVERSITY  
    Learning Styles Results



      Results for: Farhah Zaba


      ACT              X                                    REF
           11  9   7   5   3   1   1   3   5   7   9   11
                              <-- -->

      SEN                          X                        INT
           11  9   7   5   3   1   1   3   5   7   9   11
                              <-- -->

      VIS                  X                                VRB
           11  9   7   5   3   1   1   3   5   7   9   11
                              <-- -->

      SEQ                          X                        GLO
           11  9   7   5   3   1   1   3   5   7   9   11
                              <-- -->

         


·         If your score on a scale is 1-3, you are fairly well balanced on the two dimensions of that scale.
·         If your score on a scale is 5-7, you have a moderate preference for one dimension of the scale and will learn more easily in a teaching environment which favors that dimension.
·         If your score on a scale is 9-11, you have a very strong preference for one dimension of the scale. You may have real difficulty learning in an environment which does not support that preference.
We suggest you print this page, so that when you look at the explanations of the different scales you will have a record of your individual preferences.
For explanations of the scales and the implications of your preferences, click on
Learning Style Descriptions.
For more information about learning styles or to take the test again, click on
Learning Style Page



Kalau anda nak tahu cara belajar anda sekarang betul atau tak, cuba la survey ni Index Of Learning Styles By Richard Felder di  http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html
 cuma jawab 44 soalan mudah saja..

Semoga dengan cara ini dapat membantu anda memperbaiki cara belajar dengan betul.

Selamat mencuba!! MySpace

Wednesday, October 6

Saya yang gedikss~



    Haish.. tiba-tiba rasa rindu pada umi dan abah. Biasa la tu.. Malam ni teringat pula detik-detik bersama mereka di rumah masa cuti raya semalam. Masa hari raya itu jari kelingking kiri saya luka berdarah sebab terkena gelas kaca yang pecah semasa sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur. Entah macam mana boleh pecah atas tangan sendiri, mungkin memang dah takdir untuk cedera malam itu. Sangat ‘touching’ pada malam itu. Apa yang membuatkan saya rasa terharu malam itu?

   Malam itu saya jerit minta tolong sebab darah menitis-nitis dengan derasnya. Luka pun agak besar sebab daging di hujung jari tu tersiat dengan dalamnya (hiperbola pulak..haha). Masa malam itu umi sudah tertidur, tapi abah masih di ruang tamu. Masa saya menjerit, abah cepat-cepat berlari ke dapur dan terus ambilkan kain untuk balut luka saya apabila beliau melihat darah yang dah melimpah-limpah atas sinki dapur. Kemudian abahpun sapukan minyak gamat pada luka saya itu. Terasa dilayan macam budak-budak pula. Tapi rasa terharu sebab abah sendiri yang sapukan minyak gamat pada jari saya. Sayang abah sangat-sangat!


   Lepas darah makin beransur berhenti, umi tersadar dari tidur. Umi terkejut lihat darah pada kain tuala yang abah buat balut jari saya. Rupa-rupanya umi tak dengar langsung jeritan saya. Penat je jerit kuat-kuat mintak tolong malam itu. Sebenarnya saya jerit sebab nak bagi umi lihat dan rawat saya (nak manja manja dengan umi kononnya sebelum pulang kampus..Hahaha..). Macam-macam la saya ni. Gedikss kan??..Hohoho.. suka hati sayalah nak gedik dengan umi dan abah saya. 


Maksudnya:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


p/s: Kalaupun abah tak tolong saya malam itu, saya tetap sayang beliau sampai bila-bila! sayang umi juga tau! ^___^

Monday, October 4

Konsert Maher Zain- Save The Soul

Anda peminat Maher Zain ?? Tahu tak yang dia akan datang ke Malaysia untuk mengadakan mini konsert sulungnya di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010 bermula jam 8 malam. Konsert 'Save The Soul' ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di Malaysia ini. Saya memang minat gila nak pergi konsert ni. Tapi tiket untuk menonton konsert Maher Zain ni dah fully booked pula. Kalau sesiapa yang ada tiket lebih nak jual bagi tau la cepat2 ye. Untuk semua yang dapat pergi nanti, selamat berhibur la ye... =(