Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, July 17

terhukum untuk aku.

payah
payah
payah
bila yang dulu nya indah
kini buruk segalanya
tak mahu diperbaiki
tak mahu di jenguk lagi.

kecewa
kecewa
kecewa
yang indah di comot-comotkan
kerana ego yang tak terbendung
semua tersumpah buruk
semua tersumpah jahanam.

rayu
rayu
rayu
pada yang aku sayang
persahabatan yang aku jaga
dimahukannya kelayakkan
tapi bukankah keikhlasan itu lebih bermakna?.

penat
penat
penat
menjaga ikatan tali ini sejak sedekad yang lalu
senang-senang kau lepaskan
lalu aku jatuh tersungkur
mati tak berkebumi.

sabar
sabar
sabar
Tuhan ada untuk aku
menghukum ini sebagai rahmat
agar suatu masa nanti mampu diketatkan lagi ikatan ini
dan akhirnya kita tersenyum.

17julai12
4.03pm
Gambang

Budaktua

oleh A. Ghafar Ibrahim

Jangan menangis, budaktua
hidup tak selalu manis
tapi ombak tua
pantai keredut.

Kalau pun kau menangis
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.

Hanya yang bisa kau tunjukkan
perlawanan
budaktua
hidup ini perlawanan
berlawan dengan waktu
setiap waktu.

Berdiri atas kaki sendiri
budaktua
hidup mau berjaya.

Penderitaan bukan penyakit
ia mesrarasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.

Sunday, July 15

simpati.

Bila orang dah tak sudi untuk kau,
apalagi yang kau terhegeh-hegeh menunggu simpati??
angkat kaki dan berambus lah!

takkan lah kau nak menabur kata-kata yang kau pura-purakan sempurna?
takkan lah kau nak dia mendengar dan terima kau yang bangsat?
kenapalah wujudnya manusia bodoh macam kau ni?

tak di mahu lagi tapi masih mahu melutut,
tak di ingin lagi tapi masih mahu merayu-rayu.

mana wujud lagi sahabat dalam dunia sekarang?
mana ada lagi sahabat baik dalam dunia ni!

jangan bermimpilah
jangan beranganlah!

kau itu tak ada siapa yang mahu.



Ahad
15julai12
1.34am


persahabatan itu cukup payah bila harganya semakin menurun secara mendadak..

Thursday, July 12

telur di hujung menara gading.

Sudah lama tidak aku susunkan abjad-abjad berjela panjangnya. Yang selalunya abjad-abjad ini melayang-layang berterabur tak difahami, malah aku sendiri. Contengan dari jari-jemari yang kasar hujungnya akibat bermain gitar yang masih tak pandai-pandai. Hampir sepurnama aku seperti telur di hujung menara gading, hujung minggu sudah tak ada bezanya dengan hari-hari yang dipaksakan untuk bekerja dengan hidupan-hidupan seni di dalam makmal. Bangun tidur, beramah mesra dengan hidupan-hidupan seni, makan, tidur, menunggu hidupan-hidupan seni hidup dengan sihat di dalam rumah kacanya dan hari esok mengulanginya lagi dan lagi dan lagi. Sepertinya motif hidup aku adalah menunggu hari esok dan esok dan esok dan esok...

Hidup aku tak ada bezanya dengan hidupan-hidupan seni yang aku biarkan hidup di dalam rumah kacanya, sama, hidup dalam ruang yang berbatas. Hidup hanya dengan izin Tuhan. Cuma bezanya dia bukan diciptakan untuk memberi peringatan pada manusia. Dan setiap harinya aku berkata dengan hidupan-hidupan seni itu sambil menogkat dagu,

"hey, kita ini sama sahaja. punya had dalam hidup dan mati bila tak cukup makan. jadi silalah berkerjasama untuk baik-baik saja dalam balang kaca ini."

kemudian sebelum pulang aku berpesan pada hidupan seni itu,

"aku pulang dulu, jangan bergaduh sesama kamu, hiduplah dengan aman ya supaya mudah urusan projek akhir tahun aku!"

errr..errr.. rasa macam tak betul pun ada.

Sungguh yang hidup aku sekarang adalah menghadapi orang-orang yang sama setiap hari. Berbual dengan orang-orang yang sama, yang lapan puluh peratusnya selalu dengan perbualan kosong, buat perkara-perkara kosong, termasuklah aku. Sepurnama ini buat aku lebih mengenali insan-insan di sekeliling aku yang wataknya pelbagai. Ada yang jenis berkawan bila perlu, berkawan bila ditawarkan dengan belanja, berkawan hanya dengan yang rapat, berkawan hanya untuk berbual ketika sunyi, berkawan untuk minta sesuatu.. Nampaknya aku mungkin telah mencemar erti berkawan. Maaf. Dan aku pula hanya berkawan rapat dengan komputer riba. Memang tak layak untuk memberi definisi berkawan.   

Ada juga manusia yang suka memburukkan orang lain masih wujud di luar balang kaca hidupan-hidupan seni. Jenis yang pentingkan diri dan tak suka menghulur tangan. Di almari akalnya mungkin tersimpan idealism2 negatif bila melihat manusia. Atau mungkin jenis ini perlu dibutakan matanya dari melihat manusia supaya selesai masalah perselisihan dan pergolakkan dari mulut ke mulut. Doaku semoga yang jenis ini berubah dari memburukkan manusia. amin.

Tuhan aku beryukur dengan masa-masa kurniaanMu ini, cumanya aku perlu perbaiki perjalanan hidupku ini menjadi semakin berharga dan berharga dan berharga dan berharga. senyum.

Semoga aku bersedia dengan ramadhan tahun ini. InsyaAllah.

Mungkin dia juga sedang berbual tentang manusia..


p/s: satu hari sampai 2 post ni pehal.. dah pukul 3pagi ni woii!!! esok nak g lab lagi..


ini jiwaku.

aku ini pengorban diri
beribu batu aku jalan demi cinta
berpeluh aku berlari demi kasih
ini relaku
ini jiwaku.

sungguh walau jalan ini payah
walau kaki ini sakit
aku tetap masih mahu
pergi mendapatkan kamu
mendakap kamu.

sebab masa aku cuma ini
pendek dan sempit
tak lama
hanya seketika..

p/s:  hargailah kehadiran dia dalam hidupmu...


1.38am
16jun12

Sunday, July 1

fungi

rapuh lutut
nadi berdenyut perlahan
setiap hari mengulanginya
maka dia kuatkan jiwa

dia asahkan hari-harinya
melintasi lebuh raya
memanjat pagar
membuka mata seluas-luasnya dihadapan fungi

pagi sampai petang
tak bergaji
tapi berganjaran dari Tuhan
semoga

dia tak tahan
tapi dia masih bertahan
bersama langkah yang dia gagahi
bersama semangat yang dia kuatkan

semoga berjaya!




p/s: FYP mood.. =_=''

1Julai12
12.20pm