Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Thursday, November 24

lepaskan.

sila buang aku
sila benci aku
sila bunuh aku
cukup?
lagi?
kejimaki saja
ludahsepak saja
henyaktibai saja
biar ranaphancur aku
biar pecahlebur aku
biar berdarahluka aku
biar hilangghaib aku
biar sakitmati aku
untuk kamu
jangan sayangcinta aku
jangan mahu aku
tanam aku hidup-hidup
hingga henti nafas
sampai aku lepas
cukup.

9.30p.m
24nov11

untuk diriku sebagai peringatan


Thursday, November 17

sungai mati.

risau aku ini risau
mana saja jalan aku pergi risau
apa saja yang ditelan aku risau
yang sedang aku belajar jadi risau
melihat menambahkan aku risau
tidur aku dalam sedar sasau
jaga aku tersasar
lesu
penat
sakit
meronta air jiwa meruah
akal meletak jawatan
hati ponteng; takhadir
bertubi-tubi risau
dikoyak-koyak nyawa
dikapak-kapak aku
penat
sakit
lesu.

FarhahZaba
17nov11
1 a.m
menara gading.



Wednesday, November 16

berapa RINGGIT?

sebuah kereta mewah melintasi dihadapan.
kemudian kereta itu 'parking' di depan banggunan tinggi.
seorang lelaki keluar dari kereta mewah itu.

"laa..Mamat rupanya!"

berlari menuju ke arah Mamat.

"wahh...cantik kereta. peh! baru beli ni. berapa RINGGIT kau beli ni Mat?"

"BERAPA RINGGIT kau tanya??!"

"aku tanya je berapa ringgit, janganlah nak marah. Sorry la.."

"BERIBU RIBU harga ni tau tak?!"

*fullstop*


situasi macam ni memang selalu je berlaku, sebabnya nak pertahankan yang dia beli tu mahal.
watdehel?
'of course' lah aku tujukan pada yang beli barang DALAM negara ni sendiri.

aku masih tak faham dengan rakyat Malaysia; terutamanya.
--sebab, apa yang mereka faham dengan makna RINGGIT sebenar ni?
padahal ringgit tu kan nilai matawang negara dia sendiri; MALAYSIA.
dulu-dulu zaman sekolah tadika pun cikgu ada ajar aku rasa--memang pun.
Jadi tak perlulah kau sebagai rakyat Malaysia nak menempelak bila kau beli barang mahal 'then' kau nak kata yang harga ni BERIBU atau BERJUTA.
--sebab nilai akhir harga barang yang kau beli tu ialah RINGGIT Malaysia ok?.
dalam cek pun tulis macam ni; Dua Juta dan Lapan Puluh Sen RINGGIT MALAYSIA.

hey,

Tak ada pun dulu aku belajar RINGGIT tu untuk 'SERINGGIT', 'DUARINGGIT', atau apa saja untuk nilai yang kecil.

*okey, aku nak pergi kelas.*


Tuesday, November 15

siapa tahu?

mengenali insan yang tak pernah aku rancang; sungguh aku masih terpinga-pinga
kerja Tuhan siapa tahu.
untuk aku sendiri pun aku tak tahu. sudah tentulah bersebab kenapa Tuhan susun ini untuk aku.
yang jahil menjadi bijak; untuk aku--supaya tak jauh aku dari Dia
supaya tak jauh mereka dari Tuhan.

siapa tahu?

15nov11
12.20a.m

Monday, November 14

Impian aku.

hujung minggu lepas...
seorang bertanya pada aku; apa impian aku?
lalu aku menjawab dengan mata memandang kebawah, bersuara kipas dan bermulut katup.
bukan aku tidak punya impian atau tak terfikir lagi oleh akal yang waras, cuma...

ya,

cuma terlalu banyak impian yang aku mahu, yang aku hendak, yang aku ingin!

dan impian aku juga untuk menjawab soalan kamu.

*hela nafas lega*

*senyum*


Friday, November 11

Pinjam.

aku si gadis bertopeng pinjaman Tuhan,
tidak punya wajah cantik milik sendiri,
tak berjasad menarik milik sendiri,
aku punya; yang hanya pinjaman.

"sudah diberi pinjam dipulang nanti biar yang sempurna",
aku jaga; untuk Tuhan.

milik aku sementara,
tak lama mana,
hidup di antara julat masa pinjaman,
aku pinjam dan main peranan.

esok, lusa, aku pulang.

11Nov11
12:08 a.m.
Batu Pahat.

Tentang manusia yang perlu peliharalah apa yang dia ada, jasad, nyawa, teman, keluarga, peribadi, maruah. 
kita hanya peminjam.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..".
 (QS. At Tahrim:6)

untuk diriku sebagai peringatan.

Wednesday, November 2

Raya haji.

Salur-salur medulla oblongata aku sungguh serabut menjadikan kewarasan otak tak berapa bagus,
pemikiran tak keruan. kerja duniawi bertubi-tubi, tapi bukan itu penyebabnya. 
sekarang hanya dapat ditenangkan dengan tiket bas balik batu pahat raya haji ni. 
mana aku nak cari ni?!
semua dah habis.

Ya Rab. mampus.

kejar bas pun memang belum tentu dapat naik kalau takda tiket. :(


Tahniah Kak Angah!

T.A.H.N.I.A.H.

Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Kejuruteraan Elektrik


Cerita depan laptop sambil layan 'muka buku':



"Cuba ude teka kenapa angah letak profile pic gambar ni?"
"Elee..dah tau da, angah nak bunga matahari time konvo nanti kan..."
"Eh, camne ude leh tau ni??"
"Hye, ude ni kan ade 'six senses'"

*memang 'demand' betol akak aku ni..=.="*


tengok, punyalah sayang aku kat dia.. dapat gak dia 'sunflower'.


Tuesday, November 1

Mid-Sem.

kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri yang terlalu 'relax'.
'assignment' berlambak, 'exam midsem' ada 5 subjek minggu ni, quiz ada 1 subjek.
'assignments' pula kena hantar minggu ni juga.
tapi otak masih lagi tak gelabah.

"ko bukan banyak test ke minggu ni? apasal aku tengok ko ni relax je.."
*tengok, kawan aku sendiri pun perasan yang aku ni terlalu bersantai*

peh..kenapa dengan aku ni?? =.='
manja betul la tubuh aku ni..haishh...
sell-sell otak cepatlah berhubung!!
saraf-saraf jasad bergeraklah pantas!
gerak! gerak! gerak!

Tuhan, rahmatilah aku.



p/s: kejayaan dicipta oleh orang-orang biasa yang berusaha secara luar biasa. :)