Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, November 12

objek pegun

Ya, aku ni memang objek pegun. Tak punya perasaan, Tak mampu bergerak, Tak ada jiwa, Kaku beku. Ya, aku ni memang objek pegun, Yang kau boleh biarkan Di bawah terik matahari Atau dalam ribut taufan. Ya, aku ni memang objek pegun, Yang kau boleh kutip Lalu kau lemparkan Atau kau biar saja aku begini.

Monday, October 6

rindu.

bila aku rindu
hati jadi celaru
fikiran tak menentu

bagai manusia yang tak punya punggung
tak tahu bagaimana harus duduk.

gelisah
resah.

6oktober14
1.40am

Tuesday, September 30

Kadang-kadang

kadang aku rindu;--
rindu yg tak terluahkan.
kadang aku benci;--
benci yg tak dibelaikan.
kadang aku sunyi;--
sunyi yg tak dikhabarkan.

kadang aku keliru;--
keliru yg tak diketahui dimana aku dalam hati mu.

2014

Monday, September 22

Liz dan Lia

   Ada seorang wanita bernama Liz (bukan nama sebenar). Wanita yang berasal dari sumatera Indonesia dan sudah menetap di Malaysia. Liz ada seorang anak perempuan bernama Lia (juga bukan nama sebenar) yang berusia 12 tahun. Lebih kurang 10 tahun Liz tinggal dengan Lia berdua tanpa lelaki bernama suami.
   Bukan Liz tak pernah berkahwin atau dia melahirkan anak luar nikah, tetapi Liz sudah ditinggalkan suaminya 10 tahun yang lalu ketika Lia berusia 2tahun. Bekas suami Liz orang Malaysia, bukan Melayu tapi Cina. Suami Liz Cina beragama budha sebelum berkahwin dengan Liz. Kerana cinta, Liz berjaya membuat bekas suaminya mengucap syahadah dan berkahwin dengannya 10 tahun yang lalu.
   Tapi perkahwinan Liz hanya bertahan 2 tahun kerana ibu mertua Liz tidak suka anak lelakinya memeluk agama Islam. Juga tidak suka kepada Liz. Seorang suami yang imannya masih lemah dan tidak punya pendirian diri, akhirnya telah mengikut desakkan ibunya untuk murtad ke agama budha.
   Liz yang masih menyusukan Lia pada waktu itu tidak mampu mempertahankan akidah suaminya. Ibu mertua yang kerap kali datang kerumah Liz, menghina dan mengherdik dia akhirnya berjaya mendapatkan semula anak lelakinya. Liz tinggal berdua dengan Lia sehingga hari ini.
   Tetapi, kehidupan Liz dan Lia tetap tidak tenteram. Ibu mertuanya masih tidak suka padanya dan terus menerus menghantar gangguan halus. Setiap hari rumahnya berlaku perkara-perkara pelik, dan Lia juga kerap menangis dan tubuhnya menggigil di malam hari. Berat dugaan Liz dan Lia. Tapi aku tahu Liz dan Lia adalah insan terpilih.

Cerita tentang hari sabtu, mengikuti kursus herba. Liz tidak kedekut ilmu dan peramah orangnya.


Sunday, July 6

mahu

dalam diam kau bertanya
langkah mana kau harus pergi
sedangkan nyawa kau sudah sarat
penuh dengan soalan tak terjelas fikiran

apa kau mahu yang sebenarnya
yang kau nanti tetap di sana
cuma  penjelasan yang belum pasti
buat kau terduduk sayu

jauh
tak terlangkah kaki melangkah
tak tercapai tangan melampai
mana kau harus pergi

6Julai2014

Monday, May 5

Gadis compang-camping

dulu-dulu
Tuhan campakkan kita bertiga ke bumi
dan Tuhan beri kita seorang 'cinta' dan 'sayang'
kita panggil mereka 'umi' dan 'abah'
rumah kita rumah papan beratapkan zink
kita bermain dan terus bermain
berkhayal merentasi masa
masih kau ingat?

dulu-dulu
abah hadiahkan kita seekor tupai
itu haiwan peliharaan pertama kita
tapi akhirnya dia mati diterkam kucing
masih kau ingat?

dulu-dulu
Tuhan campakkan kita di rumah batu kecil
kita terus bermain dan merentasi masa
kita masih berkhayal dan mencipta mimpi-mimpi
kita memanjat, berlari, bergayut, berenang, bergaduh--segalanya bersama
kita mendaki rumah batu kecil kita hingga ke puncaknya!
masih kau ingat?

dulu-dulu
basikal kita berwarna merah
satu-satunya basikal kita bersama
satu kampung ini kita teroka kita jelajah kita jejaki!
masih kau ingat?

dulu-dulu
kau berdua sudah memakai baju kurung putih berkain biru gelap
dan aku masih berbaju kurung hijau muda
lalu Abah beli satu basikal biru untuk mudah kita ke sekolah
dan aku basikal kecil beroda empat
setiap pagi kita meredah ladang kelapa sawit ke sekolah
dikejar anjing ladang kita bertempiaran
masih kau ingat?

dulu-dulu
masa yang kita rentasi sudah di tahun 1995
lalu Tuhan campakkan seorang adik perempuan untuk kita
rambutnya kerinting dahinya luas
dia adik kita
masih kau ingat?

dulu-dulu
segalanya telah berlalu
memori kita terlalu mahal untuk dilupakan
jangan kau lupa sampaikan cerita kita merentasi masa kepada anak cucu kita
biar mereka terus merentasi masa dan mencipta mimpi-mimpi..

nanti
bila tiba masa terhenti untuk kita
Tuhan pungut kita kembali di sisi Dia
lalu dia campakkan pula kita ke syurga bersama-sama.

ini cerita kita
yang dahulunya hanya gadis compang-camping.

5Mei2014
3.04am

sampai

sebelum kau sampai di sisiNya,

hiruplah udara sampai ke paru tembus ke jantung
pejamlah mata sampai lena tembus ke mimpi
capailah hasrat sampai genggam tembus ke cita
kejarlah cinta sampai merasa tembus ke jiwa

apa sahaja-- sampai tercapai
apa sahaja-- sampai kau jumpa
apa sahaja-- sampai kau lelah dan pergi...

di sisiNya.

5mei2014
1.41am

Sunday, April 13

sarat

otak ini beku
hati ini berliku
langkah ini kaku
lidah ini kelu
fikiran ini celaru

kelat terlalu palat
berat terlalu sarat
terjerat lalu terkerat

sekarang halnya adalah jiwa aku.

13april14

Sunday, April 6

hutang pinjam

pelik, pelik, pelik
rasa janggal yang bila mana mahu menuntut hak diri,
sudah kau bermurah hati dan tersenyum lega dapat membantu--
memberi pinjam harta yang penat kau usaha untuknya.
lalu tiba masa kau mahu dikembalikan harta sendiri
kau rasa janggal dan serba salah untuk luahkan hasrat;-
"eh, aku mahu semula harta aku yang kau pinjam tahun lalu."

payah, payah, payah
rasanya seperti mahu meminta seringgit daripada pengemis jalanan--
tak sampai hati dan serba salah.

pelik, pelik, pelik
tapi si peminjam terus senyap dan diam seolah-olah lupa,
kau betul-betul lupa kah?-- ah, aku tak mampu luahkan!.




Sunday, March 16

kerja Tuhan

kau di letakkan oleh Tuhan di situ kerana cinta
lamanya terpacak kau di situ kerana ar-Rahman dan ar-Rahim
Dia beri kau peluang untuk syurga yang hanya terlihat oleh mata hati kau
kau tak akan mampu nampak dengan bebola mata hitam kau
sebab ini ujian untuk kau.
ya, ujian untuk kau!

kadang kau mengeluh merungut
kau merengek merayu pada Dia
kerana dunia kau dipagar Tuhan untuk suatu yang kau mahu
rupanya Tuhan sedang beri kau masa untuk syurga.
ya, untuk syurga!

bukalah bebola hitam dan gantikan dengan hati untuk mata kau
kau lihat dan kau rasa cintaNya
Dia ada bersama kau.
ya, Dia ada bersama kau!

14Mac2014

Friday, March 14

subuh di kubur

pagi semalam aku bangkit dari lena untuk subuh yang sudah di penjuru bumi
penuh berekor-ekor semut berpesta di atas katil dan jasad aku
terlelap tanpa sedar malam tadi bersama coklat Kitkat.

lalu tersedar dari lena dan terhinggap rasa;--
"ya Allah, apakah di kubur nanti lagi penuh dengan pelbagai jenis serangga?"

istigfar di bibir berkali-kali
munajat insaf di penjuru bumi.

14mac2014




gambar hiasan

Wednesday, February 26

24

Dua puluh empat
Bagai kayu tunggul di atas bumi
Bagai angin lalu di tepi tunggul
Bagai habuk berdebu di bawah tikar

Dua puluh empat
Masih berhigusan menangis dibuli
Masih diberi duit jajan berseronok
Masih menunggu dibawa pulang.

Dua puluh empat
Punyai ketinggian yang tak tinggi-tinggi
Punyai jiwa kemanjaan budak-budak
Punyai akal penakut bertatih jauh.

Dua puluh empat.
Menunggu saat dua puluh lima.

26feb14

Friday, January 31

Tuhan menjawab cinta perempuan.

oh ya, dua tahun lepas aku pernah tulis puisi bertajuk 'cinta perempuan'.

puisi ini aku tuliskan tentang perempuan cantik yang indah akhlaknya. Aku cuma empati dalam diri perempuan ini yang sudah bertunang dengan pilihan keluarganya selepas beristikharah bersama Tuhan di setiap tiga per empat malam. Namun, seminggu sebelum tarikh perkahwinannya jejaka pilihan keluarga tidak mahu meneruskan ikatan mereka. Lalu berakhirlah pertunangan. Tiadalah perkahwinan.

Aku tahu dia perempuan kuat, yang aku dapat rasakan betapa pahitnya ujian ini untuk dia. Menghadapi malu pada orang sekeliling bukan mudah bagi aku.

Dan akhirnya, benarlah aku katakan 'tunggulah' di akhir puisi aku. Sebab perempuan cantik yang indah akhlaknya itu berkahwin dengan jejaka mulia yang pernah hatinya tersimpan sewaktu dulu, Tuhan telah menjawab cintanya.

*senyum*

Tuesday, January 28

siapa wanita itu?


malam kelmarin aku bermimpi,
berlayar di atas kapal besi yang dipenuhi ribuan muslim. kapal itu menuju ke negara asing, Finland katanya. lalu azan waktu zohor telah berkumandang, aku menuju ke surau di atas kapal itu. begitu ramai muslim di dalam surau sedang menunaikan solat.  aku tidak membawa telekung, tiba-tiba seorang wanita menghulurkan aku telekungnya untuk dipinjamkan. dan hingga aku terjaga dari lena sampai ke saat ini, aku masih teringat senyuman wanita itu.

13nov13

Thursday, January 23

I Do.


Dalam satu majlis perkahwinan, Tang wei wei  yang sudah berusia 32tahun tidak menyangka kawan sepejabatnya yang berusia 40an berkahwin dengan lelaki berusia 20an. dengan muka terkejut dia merenung mata kawan sepejabatnya tanda pelik. lalu rakan sepejabatnya tersenyum dan berkata pada Tang wei wei,

"perempuan perlukan lelaki pada usia 20-40, tapi di usia 50an dia hanya perlukan anak."


Movie: I Do  "Wo Yuan Yi" (original title)
Country: China
Language: Mandarin
Release Date: 10 February 2012 (China)
Genre: Comedy | Romance
Stars: Bingbing Li, Honglei Sun and Yihong Duan

Synopsis:

Tang wei wei is an educated high paid 32 year old career woman who has only ever had one lover. She has pragmatically decided it is time to find a husband and have a family so she embarks on a series of blind dates. Through trial and error she meets Huawei who slowly becomes a part of her life and a close confidant. Just as Wei wei puts Huawei on a trial period as a potential husband, her ex lover who is now a wealthy businessman returns to her life.

Wednesday, January 22

gadis yang bernama Alimah

ada sebuah cerita tentang gadis alim bernama Alimah yang baru berkahwin.

*flash back*

sepuluh tahun yang lepas si gadis sukakan si jejaka alim bernama Halimunan. rupa-rupanya, hati yang si gadis pendam tidak bertepuk sebelah tangan, Halimunan juga mempunyai hati terhadap Alimah. mereka saling suka menyukai. mereka bercinta dan berhubung melalui orang tengah. segalanya melalui orang tengah selama hampir tujuh tahun.

selama tujuh tahun hubungan meraka, pernah si Alimah bertanyakan pada si Halimunan tentang hala hubungan mereka. malangnya, jawapan Halimunan tidak seperti yang di impikan Alimah. Halimunan hanya menjawab,

"jika kamu menjumpai jejaka yang lebih baik daripada saya, maka pilihlah jejaka itu".

sungguh bukan itu yang Alimah mahukan, Alimah mahukan jawapan yang menyenangkan hatinya. dia mahukan Halimunan menjadi separuh daripada hidupnya dan membina keluarga bersamanya. bukankah hubungan yang dijaga selama ini untuk kearah itu?. selama tujuh tahun Alimah menunggu Halimunan, nampaknya penantian dan masanya terbazir begitu sahaja. jawapan Halimunan langsung tidak menggambarkan kematangannya yang seolah-olah tidak memikirkan kesakitan penantian Alimah selama tujuh tahun. Halimunan mungkin tidak mahu Alimah menjadi isterinya.

apakah selama ini Alimah hanya bermain dengan perasaan, ataukah Halimunan yang permainkan perasaan Alimah. dijadikan seperti sebagai pemain tambahan yang diambil bila perlu?.

Alimah si gadis alim yang sudah bertambah usianya dua puluh lima tahun. lalu dengan berkat kesabaran dan doanya, Tuhan hantarkan jejaka bijak yang bernama Alim kepada Alimah. Alim melamar Alimah dengan cara terhormat, tidak perlu orang tengah tetapi terus kepada ayah dan ibu Alimah. Akhirnya Alimah berkahwin dengan Alim.

*back to real*

sebenarnya, Halimunan mempunyai gadis lain yang juga menyukainya. hubungan Halimunan dengan gadis lain itu juga menggunakan orang tengah. masih di takuk lama. Halimunan tetap masih menjadi halimunan.

TAMAT.


semoga Halimunan tidak terus menjadi halimunan pada gadis-gadis alim.



Tuesday, January 21

Plagiarism

Kehadapan suamiku, (bakal suami)

aku bukan sempurna, bukan menawan, bukan comel, bukan cantik, bukan menyenangkan, bukan penyabar, bukan pemarah, bukan periang, bukan penyedih, bukan bodoh, bukan hodoh, bukan baik, bukan jahat, bukan lurus, bukan seperti watak-watak di dalam drama TV.

Aku adalah aku yang bukan plagiarism dari wanita-wanita di kaca TV atau novel.

Tolong berhenti berangan.


tulisan lama
13April12

Wednesday, January 15

1 cinta 1 lagu.

otak terpana kaku
terkebil-kebil akal berfikir.

kau akan faham kenapa aku suka mempersoal
ini bukan soal percaya atau khianat
malah bukan untuk merendah-rendahkan.

tapi kerana influenza hingusan yang mahukan;--
yang mahu tahu jawapanya
yang mahu tahu sebabnya
yang mahu tahu akibatnya.

maaf.
aku mahu tahu.

Thursday, January 9

surah yasin untuk kamu

Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.

sungguh dipermulaan surah ini hingga ke akhirnya
aku doakan kau tetap kuat mengalunkannya
moga kau tetap masih mahu membacanya
jadilah hatimu penuh dengan cahaya
harumnya pada seluruh penduduk bumi
mekarnya hingga ke jannah

Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.

Wednesday, January 8

Si Bodoh yang mahukan Si Jelita menjadi bodoh.

Pernah dulu-dulu ada sebuah cerita tentang si Jelita dan si Bodoh. cerita yang di kisahkan oleh orang-orang dulu yang tidak terberi nama oleh masyarakat. cerita bermula...

si jelita seorang gadis yang sangat terkenal dengan keayuannya dan keberadapannya. si bodoh pula seorang jejaka yang bertubuh segak dan berjiwa cinta. tak pernah terlintas di fikiran si jelita bahawa suatu hari nanti dia dimahu oleh si bodoh. suatu hari ketika si jelita sedang bermain-main air di taman, datang si bodoh memberanikan dirinya meluahkan hasrat hati kepada si jelita. dengan jelik sekali, si jelita memandang si bodoh. lama. tiba-tiba si jelita bersuara.

"kau si bodoh tapi kau berani kerana tiada siapa yang pernah melamar aku sebegini rupa". si bodoh tunduk menunggu lagi. si jelita sambung. "semua tak berani bila bersua dengan aku kerana aku si jelita. tapi kau sungguh lain dari mereka". maka dipendekkan cerita, akhirnya si jelita menerima permintaan hati si bodoh.

siapa saja yang mahu si bodoh lebih-lebih lagi sebagai kekasih hati. kekasih hati? memang sudah takdirnya si bodoh mendapat si jelita. apakan daya, mahu dikata apa lagi? setelah mengenal isi hati masing-masing, mereka hidup saling menerima.

si bodoh mencintai si jelita. dijaganya si jelita dengan cinta. si jelita amatlah suka. dia mencintai si bodoh dengan sepenuh jiwa dan raganya. sebelum  ini,  belum pernah dalam hayatnya dicintai seorang jejaka. cinta si bodoh kepadanya membuatkan dunianya telah berubah menjadi pelangi yang berwarna warni. indah. berbunga-bunga.


dicepatkan cerita, cinta mereka semakin hari, semakin layu. semakin di siram, semakin tak berbunga. semakin dibaja, semakin tak mahu hidup. semua sudah menjadi bosan. cinta terkubur. si bodoh tidak mahu lagi si jelita. katanya si jelita terlalu jelita untuk dia dan tidak sesuai untuk dia. jika mahu diteruskan hubungan ini si bodoh mahu si jelita menjadi bodoh. ya, menjadi bodoh seperti dia si bodoh.

*kepada pembaca jangan diulang bodoh melebihi 40 kali, takut-takut anda pula yang menjadi bodoh.

si jelita jatuh terduduk mendengar kata-kata si bodoh. sedih. pilu. dikatanya pada si bodoh. "berilah aku peluang perbetulkan hubungan ini, beri aku masa". teresak-esak si jelita menangis kerana mahu lagi pada si bodoh. Dengan keras nya hati si bodoh seperti batu dia tetap dengan pendiriannya. tidak mahu lagi bersama si jelita.

seluruh orang dulu-dulu, merasa pelik dengan peristiwa itu.

rupa-rupanya si bodoh sudah ada cinta lain di hatinya. dia mencintai si Jelek. si Jelek anak pakcik Kasihan yang tinggal di Kampung Bangang Nak Mampus.

makanya, bersendirianlah si Jelita termenung mengenangkan nasib.

*tammat*

13Mac2012
cerita yg sudah lama aku tulis, cumanya tak tahu mahu diletak apa di penamatnya.



Monday, January 6

Problemático

kehidupan setiap kita punyai masalah. ternyata bukan seorang, dua orang mahupun tiga orang. tapi semua orang! ya, semua orang ada masalah! masalah yang menjadikan kita sedih, sakit, marah, benci, merungut, lemah lalu berputus asa. kerana kita lupa itulah satu jalan untuk ke syurga. pintu syurga itu banyak, bukan solat semata-mata. tapi, masalah kita sendiri! ya, masalah yang sepertinya haru-biru itulah peluang untuk kita ke syurga. semuanya tergantung pada keredaan hati kita menerimanya juga cara kita mengharunginya.

pilihlah untuk ke syurga! :)

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?  
[Al 'Ankabuut;2]