Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, August 27

hey2, selamat hari raya! ^^


rasanya tak awal sangat kan nak ucap selamat hari raya? hehe..
ampun pak..gua mau mohon maaf banyak2 kalau gua ada buat salah sama lu..(versi sinetron)
jemput la makan kuih raya! haha. (konon-konon ada la..)
:D

ni Citra saya!


 --"Citra!" 
"whatt??"
--"Citraaa!!" 
"dah tak betul ek?"
--"nama kucing ni Citra la..nak juga!"

yeah! dah dapat bela kucing!. 
:D

Wednesday, August 24

siapkan cepat!

hip..hip..horeyy!! jom buat biskut raya! 

*kenyit mata*

calon-calon yang terpilih tahun 2011.
(ceehh..dah siap tampal kat dapur)

taarra! dah siap! peh, kalah biskut chipsmore tau..
(ni biskut raya paling besar dalam hidup aku)


peewwitt! ni lagi gila best.
(ni pulak biskut raya paling keras kat dunia..haha.)


abah: ude buat biskut berapa jenis raya ni?
saya: 4 jenis bah..   (buat muka comel)
abah: haa?? 4 jenis je? cuti 4 bulan 4 jenis je? buat malu je... (muka buat2 terperanjat)
saya: laaa..tak cukup ke? nak malu kat sape bah?
umi: aik, malu la kat diri sendiri..sape lagi. (menyelit)
saya: >.< *ok, fine dah kena perli*

makna nye kena tambah senarai biskut la ni..
alamak, cepat cari lagi resepi biskut yang senang2!!..
adoyai..orang nak raya la bah umi oii.. +_+

hahahaha.. :D

Tuesday, August 23

ini bukan pakar menjahit.

"warrrgggggghhhh!!"
menjerit tetiba.
*terkejut sendiri*

"penat la jahit camni kalau benang asyik putus je..jahit sikit dah putus, bosan betul!"

"cuba buat kerja tu baca bismillah"
ayat abah yang sama setiap kali kalau kerja saya tak menjadi.

*bukan setakat bismillah, selawat, ayat kursi segala bagai dah saya baca pun.*

"ok, takpa2..ni semua dugaan bulan puasa". (saja nak sedapkan hati sendiri)

*tekan mesin jahit dan terus menjahit*

sekali.

dua kali.

tiga kali.

empat kali.

bla..bla..bla...

berkali-kali.

....2 jam berlalu..

"arghhhhh! dah la! hisshh!". (sampai nak menitis air mata jahit langsir nenek dari pagi tak siap-siap lagi, semua benang punya pasal.)

*geram*
*masuk bilik.*
*tidur*

3jam kemudian.

"dah siap jahit langsir atok? atok dah nak pasang langsir tu".  soal umi.

"benci la jahit guna mesin tu benang asyik putus je, sebelum ni ok je. lepas tukar jarum patah hari tu terus dah tak betul".

*jarum patah sebab saya jahit ganas sangat.opss!*

"meh sini umi tengok". umi pergi ke mesin jahit.

"laaa..ni salah masuk jarum ni, jarum ni kan ade lekuk nya. yang lekuk tu kena hadap ke kanan"

"???" (what?? salah masuk jarum je pun sampai benang nak putus2, buat penat je aku tension2)

tu la.. lain kali tanya yang pakar sebelum nak geram-geram tak tentu pasal. yang penting abah bukan pakar bab mesin jahit. (hahaha.)



meh sini saya tunjukkan. gambar rajah di atas ini adalah jarum mesin jahit. yang ade tulis 'scarf' tu la lekuk yang umi saya maksudkan. hurmm, kalau pasang jarum tak betul sikit je boleh menyebabkan 'kegagalan' dalam menjahit. hahaha.. nasib baik mesin jahit kat rumah tu tak saya bakar!

peribahasa baru: disebabkan jarum, habis terbakar mesin jahit mak sendiri. haha.

p/s: yeahh! dah siap jahit boleh la suka2 buat biskut raye lepas ni! ^^

Monday, August 22

kembali.

terperuk perasaan mendalam
terpelosok fikiran lampau
kaki bersimpuh rapat menadah tangan
tak tertahan mengalir tangis shahdu.

terkesima rohani duniawi, berlari;
jiwa derita hiba
dulunya tak mahu kebas bersujud dahi
bila diingatkan, jauh berlari-lari.

kisah malap mati,
hati bersorak kagum sekali
dalam sepi kau memuja Ilahi
kau selitkan rasa pada kekasih hati.

semoga itu bukan pujaan yang sekali
tapi realiti yang berkali-kali
sampai ke mati.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba


menulis untuk diriku sebagai peringatan...

kritikal


umi ingat saya tengah mengamuk bila nampak bilik bersepah dengan cat warna.
dia kata lukisan tu menakutkan.
dia lebih tenang dengan lukisan abstrak rama-rama saya.--kebebasan;
ya, sememangnya saya sangat kritikal dengan kebosanan waktu itu.
maaf.

Wednesday, August 17

ini bukan cerita badut.

semua orang ketawa bedekah-dekah sambil menepuk-nepuk tangan.--riuh;
seorang badut baru sahaja lepas membuat persembahan.
demi menceriakan hati orang semua orang.

hebat.
sangat hebat.
watak yang ceria yang membuatkan semua orang
hampir lupa dengan segala masalah.
dimekapkan wajahnya berwarna-warni untuk buat orang tertawa.
si badut yang sangat gembira dan kelakar.

itu anggapan orang ramai bukan?
--kelakar;

aku rasa tidak.

menjadi badut bukan mudah, penat,
mengawal emosi supaya nampak ceria adalah satu yang hipokrit. kata orang melayu lah.
maka perbuatan membiarkan diri menjadi gembira dihadapan orang ramai yang pada hakikatnya sedih adalah gila.

namun,
itu mulia bagi aku.

cuma yang aku mahu sampaikan, si badut bukanlah barang permainan tak bernyawa.
dia juga punya jiwa yang tak mampu untuk gembira 24 jam.
hatinya sakit bila disakiti, sedih bila terluka.
macam kita bukan?--sama;

jadi.
kenapa harus melihat badut sebagai tempat untuk kita ketawa?

*berfikir*

penat aku kiaskan tentang si badut.
kalau boleh, hendak saja aku cakap lepas.
bukanlah apa sangat yang aku katakan ini.
tapi aku manusia beretika. berkias memang cara nenek moyang aku.

haishh...
macam dah melalut kan?

sekian...


Saturday, August 13

rupa-rupa

semua tak sama
semua tak serupa
tapi hampir sama
dan berupa-rupa.

dalam berupa-rupa ada bermuka-muka,
bermuka-muka dengan rupa yang ada
tapi mengapa?
cukup sudah Tuhan untuk saya.

farhahzaba
10pm

Friday, August 12

kagum diri.

perit luka berdarah disiat tajam lidah berego tinggi
kononnya seperti ustaz bertauliah mahu menjaga peribadi
salah berjuang orang menjauhi
semoga nanti kembali tak bermegah diri.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba


menulis untuk diriku sebagai peringatan... 


Thursday, August 4

rahmat

satu ramadhan hujan diberi,
dua ramadhan hujan lagi,
tiga ramadhan hujan lagi dan lagi,
empat ramadhan hujan lagi, lagi dan lagi,
lima ramadhan tak tahu lagi,
ramadhan bulan rahmat dari Ilahi.

farhahzaba
6 p.m