Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, September 29

Teringat Masa Muda-Muda dulu~ ^^

  Wah..sejuknya malam ni. Rasa macam nak berenang-renang  tidor atas katil je sekarang ni. Hehe.. Yang peliknya, tiba-tiba teringat pula peristiwa masa zaman muda-muda dulu. Kadang-kadang memang tak pernah jemu ceritakan zaman muda-muda dulu bila berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Manakan tidak, zaman muda-muda memang zaman yang sangat indah dan seronok!.

 Cerita yang memang sangat menarik sewaktu saya darjah 2 kalau tidak silap saya. Kalau bukan darjah 2 mungkin darjah 3 yang penting bukan darjah 4 atau 1. Hahaha.. Tak kisah la mana-mana pun, yang penting saya nak bercerita juga.! ^__^

 Masa  itu kejadian ni berlaku di sekolah rendah saya. Dimana? Jangan ditanya, kerana jawapannya adalah rahsia. Hehe.

 Kelas saya ditingkat satu, zaman itu banggunan sekolah memang dua tinggkat saja pun. Tak la tinggi sangat, tapi banggunan baru empat tinggkat sedang dalam pembinaan di kawasan tapak kelas saya sewaktu darjah 1 dahulu.

 Waktu itu saya bersama dengan sahabat saya yang masih lagi berhubung dengan saya sampai sekarang! ‘Uye’ namanya. Nama manja  zaman muda-muda dulu. Hahaha. Cerita ini bermula sewaktu Kami sedang turun tangga untuk pergi ke tandas kalau tak silap saya. Tiba-tiba…..

“ Farhah, Fazura, masuk kelas saya sekarang.” Ustazah Asma’ memanggil kami dari kelas darjah 1. (lebih kurang macam itu la ayat ustazah Asma’ panggil kami berdua, maklumlah dah tua-tua ni banyak dah lupa)

 Tanpa membuang masa kami pergi masuk kelas murid-murid darjah 1 itu. (murid yang taat la katakan.hahaha). Kami ingatkan Ustazah Asma’ panggil sebab nak suruh kami tolong angkat buku ke apa ke. Tapi disuruhnya kami berdua duduk di belakang kelas darjah 1 itu pula. Terpinga-pinga kami waktu itu, apalah yang Ustazah nak suruh kami buat sebenarnya. Rupa-rupanya…..

“ Ha, kira rambut kamu sekarang.” Ustazah Asma’ menyuruh kami. ( zaman muda-muda dulu saya dan Uye memang tak pakai tudung pergi sekolah kecuali sekolah agama waktu petang saja)

Hahaha..padan muka kami. Amat memalukan dihadapan budak darjah 1 kena kira rambut sendiri..! Sangat-sangat lawak bila diingatkan kembali. Saya sambung cerita lagi ye. Kami pun duduk kira lah rambut sendiri di belakang kelas itu.

“ Fazura, berapa rambut awak semua sekali?” Tanya Ustazah Asma’.

“ Erk, ada seribu ustazah” Jawab Uye. (padahal dia sendiri pun tak tahu berapa banyak rambut dia.haha.)

“Farha, rambut awak ada berapa banyak pula semuanya?” Tanya ustazah pada saya.

“ Ada, seribu juga ustazah Jawab saya. ( memang pakai tiru je ayat kawan, sebenarnya nak kira sampai habis pun tak sempat waktu itu..hahaha)

“ Banyakkan rambut kamu itu, cuba bayangkan semua rambut kamu itu jadi ular kemudian patuk-patuk kepala kamu.” Terang Ustazah kepada kami dihadapan murid-murid darjah 1.

“ Kamu rasa sakit tak agaknya?” Tanya ustazah.

“Sakit ustazah.” Jawab kami jujur. (entahla, rasa-rasanya itulah yang kami jawab..haha.)

“Ha, itulah sebenarnya balasan di akhirat kelak kepada orang yang tidak memakai tudung dan tidak menutup auratnya, setiap helai rambutnya menjadi ular yang sangat berbisa dan mematuk-matuk kepala tuannya.” Ustazah Asma’ menerangkan lebih lajut kepada kami. (lebih kurang macam itulah kata-kata ustazah)

“Mulai esok ustazah nak tengok kamu pakai tudung, jangan buka-buka tudung itu.”

 Maka, tamatlah cerita yang saya hendak kongsikan. Bila diingat-ingatkan kembali, banyak pengajaran yang saya dapat dari peristiwa ini. Ustazah Asma’ sangat padai mendidik saya sehinggakan terkesan sampai sekarang.  Tarbiah memang perlu diberi dari awal dan sentiasa diingatkan kepada anak-anak kecil. Bila sudah besar, susah pula nanti jadinya. Guru memang perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak. Dengan adanya guru seperti Ustazah Asma’ ini saya rasa sungguh seronok dan bangga.

 Ingat lagi semasa saya mewakili sekolah dalam sukan sekolah peringkat Daerah Batu Pahat untuk acara larian, ( memang saya sangat aktif bersukan waktu sekolah rendah dahulu.hehe..) Ustazah Asma’ sering mengingatkan kami supaya jangan pernah menanggalkan tudung walaupun dalam bersukan. Tapi waktu itu saya memang agak keliru sebab cikgu sukan saya tak bagi kami pakai tudung. Mana satu yang perlu saya ikut?. Haha, pada usia yang sangat mentah itu manalah saya tahu hendak ikut yang mana satu. Kata cikgu sukan saya kalau pakai tudung nanti mengganggu kami untuk berlari dengan pantas dan boleh menyebabkan kekalahan. Jadi , kami pun tak pakailah tudung. (main ikut je cakap cikgu, padahal tak tahu mana satu yang nak ikut..haha.)

 Tiba-tiba, sewaktu acara sukan peringkat daerah itu ustazah Asma’ datang melawat kami. Kami pun apa lagi, cepat-cepatlah pakai sarung saja tudung  dari beg sekolah kami. Takut kena marah la katakan. Hahaha. Budak-budak memang macam itu.

 Bagi saya, siapa sahaja yang bernama pendidik, didiklah anak-anak pada jalan Islam yang betul. Janganlah memberikan pendidikan yang salah yang boleh mengelirukan anak-anak. Apa yang ada dalam Islam sebarkanlah, jangan hanya kerana dia hanya seorang anak kecil kita memperlekehkan mereka dan mengajar hanya asal boleh sahaja. Ajarlah, bimbinglah, dan tarbiahlah mereka.  

p/s:  Rindu sangat pada semua pendidik-pendidik saya. Semoga mereka semua mendapat tempat disisNYA. Amin.
                          




Wednesday, September 22

Apa ada pada 18??


1,2,3,4,5,,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18! Ye, 18 lah!! 



Kenapa dengan 18 ni?? Apa topic saya sebenarnya??
Hahaha..bagus, jika anda sedang berfikir, sebab berfikir membantu perkembangan minda kita. Pada yang tak berfikir, berfikir la sekarang!



Topic malam ni sebenarnya tentang umur 18. Adakah anda sudah berumur 18 tahun atau sudah melepasi 18 tahun? Jika jawapan anda ‘ya’, tahniah untuk anda! Kerana anda sudah boleh menonton rancangan kelas 18SX, 18SG, 18PA dan 18PL. Pada yang ‘tidak’, jangan kecil hati. Makan banyak-banyak ye biar cepat membesar dan layan lah dulu rancangan kelas U(umum). ^^
Anda tak tahu lagi apa itu 18SX, 18SG, 18PA dan 18PL??

Daripada dapatan saya di Lembaga Penapisan Filem(LPF) ; Sumber: http://www.kdn.gov.my/bmalaysia/mejabantuan/bahC.html

18 tahun ke atas: Tidak sesuai ditonton golongan bawah umur 18 tahun
18-SG: Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan  
18-SX: Unsur seks yang tidak keterlaluan
18-PA: Unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan
18-PL: Pelbagai (Lebih daripada satu unsur-unsur di atas)

Sekarang dah tahu?? Kalau sudah, bagus la senang sikit nak bercerita. (^___^)v
Tapi betul ke umur 18 tahun atau melebihi 18 tahun boleh menonton rancangan kelas 18SX, 18SG, 18PA dan 18PL ni? Apa pendapat anda?? Mari kita kongsi bersama…!
Bagi saya dan melalui pengalaman hidup saya semua rancangan yang berunsurkan 18SX, 18SG, 18PA dan 18PL ni memang kebanyakkannya tidak sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat Muslim. Tapi sesuai untuk mereka yang bukan Muslim. Mengapa ya??

Bagi anda yang pernah menonton filem-filem kelas 18SX, 18SG, 18PA atau 18PL ni, adakah anda tidak pernah melihat perkara yang dilarang Agama Islam dalam filem kelas ini?
Tipu la anda kalau kata ‘tidak pernah’! 
Tidak pernahkah anda rasa takut ketika menonton filem hantu 18SG?
Anda tipu lagi jika anda kata ‘tidak pernah’!

Seorang bapa sedang menonton filem kelas 18sx. Tiba-tiba anaknya yang berumur 8 tahun datang menonton bersama.

“Eh, adik tak boleh tengok cerita ni. Cerita ni tak bagus untuk adik” kata si bapa

Si anak dengan hampa berlalu dari situ dan tertanya-tanya mengapa dia tidak dibenarkan menonton filem itu. Pelik bagi si anak kecil itu.

Ini cerita rekaan sebagai contoh.
Bagi anda adakah cerita yang berunsurkan seks itu sesuai untuk si ayah yang beragama Islam tapi tak sesuai untuk anak kecil? Apa pendapat anda?

Berdasarkan carian saya dari Sumber Jabatan Mufti Negeri Melak, Hukum menonton wayang/tv adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang disiarkan. Jika filem yang ditonton itu mengandungi unsur maksiat dan kemungkaran maka haram hukumnya. Begitu juga sebaliknya, .
Bagaimanapun pada hari ini kebanyakan perkara yang dipaparkan di wayang/tv itu ada mengandungi unsur sedemikian. Oleh itu, kita hendaklah bijak memilih apa yang harus ditonton dan mana yang tidak.Sekian.

Jadi, apa jawapan anda? Ingin menolak atau terima hukum ini?? Nak syurga atau neraka? Pilihan ditangan anda. Sesungguhnya saya telah mengingatkan anda.

Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi..
hukumnya harus menonton wayang/tv selagi mana 3 syarat berikut dapat dipatuhi:

1) Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

Pendapat saya: contoh  macam cerita hantu yang semakin menjadi-jadi.cerita Keliwon la, Ular Emas kat Tv3 dan macam-macam lagi. Semuanya citer tu karut dan  kearah kurafat..
kita selalu kata, kita tengok untuk suka-suka dan tak  percaya pun. Hakikatnya,  kadang-kadang semasa menonton  itu, hati kita bergetar, terkejut dan takut...tegak bulu roma satu badan kita... kita rasa seram... kenapa takut?? Sedang kita hanya wajib takutkan Allah sahaja.Takutkan siksa Allah
Unsur seks pula memang selalu mesti ada pada setiap cerita barat, asia pun tak terlepas juga. Aksi bercumbuan memang tak pernah lekang, malah cerita animasi pon ada adengan itu! Yang lebih teruk daripada itu pun ada! Astagfillahalzim... bertaubatlah kita cepat-cepat.

2) Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu.

3) Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat.
Oleh itu sesiapa yg nak menonton wayang, penuhilah tuntutan syarat tersebut, maka ia dibolehkan..
Wallahua'lam..


*Cerita ini untuk peringatan kita bersama, saya pun sedang berusaha mengelakkan diri dari terjebak dan menonton cerita-cerita yang bertentangan dengan Agama Islam ini. Mari kita berjuang! InsyaALLAH, doa saya untuk kita semua juga demi kesejahteraan kita di Syurga kelak. Amin.(^___^)v

Written by: farhahzaba

p/s: cara penulisan yang agak skema kali ni mungkin makin dewasa agaknya.. hehe ^^




Thursday, September 2

Impian tercapai!! ^___^

Akhirnya aku bakal pulang juga ke batu pahat hari ni..yahoooooo!! Alhamdulillah.. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan akhirnya. Salam Lebaran untuk semua umat Islam di dunia ni. Semoga Lebaran kali ni tak membazir dan tak disambut dengan gaya orang-orang jahiliyah. 

Macam mana cara orang2 jahiliyah tu?? 

Oh, cara mereka adalah dengan mengadakan pesta-pesta hiburan atau sebarang program yang bercanggah dengan Syara’ iaitu semata-mata dengan berhibur, bersuka-ria dan bermain-main, duduk sepanjang masa di hadapan televisyen menikmati hiburan dan filem, mengunjungi panggung wayang, tempat-tempat hiburan, maksiat dan sebagainya. 

Tatkala Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, baginda melihat penduduk Madinah menyambut dua perayaan dengan mengadakan pesta dan permainan-permainan. Baginda bertanya mereka; “Perayaan apakah ini?”. Mereka menjawab; “Perayaan yang biasa kami sambut sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu baginda bersabda kepada mereka;

إن الله عز وجل قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم النحر

Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik dari perayaan yang kamu sambut itu iaitu; Aidil fitri dan Aidil Adha”. (Riwayat Imam Ahmad dari Malik bin Anas r.a.)

So, mari kita mengimarahkan hari raya dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya, banyak bertakbir, bertahlil, bertahmid kepada Allah, menziarahi sanak-saudara dan sahabat-handai untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaaf-maafan, memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan sebagainya. 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda;

زينوا العيدين بالتهليل والتكبير والتحميد والتقديس

“Hiaskanlah dua hari rayamu (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan tahlil (yakni mengucapkan Lailahaillah), takbir (yakni mengucapkan Allahuakbar), tahmid (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dan taqdis (yakni mensucikan Allah)”. (Riwayat Abu Na’im dari Anas r.a.)

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

Walaupun Ramadhan bakal meninggalkan kita, namun pengajaran dari Ramadhan janganlah kita lupakan begitu je. Ia hendaklah sentiasa dihayati sepanjang masa hinggalah kita bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang. 

sabda Rasulullah s.a.w.;

الصيام نصف الصبر

Puasa itu adalah separuh kesabaran”.  (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Sebagai  muslimin, kita dituntut untuk mengukuhkan diri dengan sifat sabar. Sabar bukan hanya ketika berhadapan dengan musibah dan ujian hidup tapi yang lebih utama ialah sabar dalam usaha meninggikan Syari’at Islam melalui dakwah, amar makruf nahi munkar, jihad dan menegakkan Islam dari segala ancaman dari musuh-musuh kite. 

Akhir kate, selamat hari lebaran maaf zahir dan batin andai kata ade kekhilafan dari diri ini..


 kad raya ni aku cipta khas untuk kamu semua. yeah, Ooooo..balik kampung!! ^___^