Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Thursday, December 27

luah rasa, telan jiwa.

satu perkara yang ramai belum mengerti--
luahan.

luahkan lah perasaan walau sekecil hama,
benci, sayang, marah, geram,
apa saja perasaan yang wujud,
maka luahkan lah.

luahkan lah dengan sehalus dan sebaik mungkin,
jangan mencemuh,
jangan menghina,
jangan berharap.

kerana takut-takut perasaan yang dipendam
akhirnya menjadi luahan yang membenci,
luahan dalam pergaduhan,
dan permusuhan.

berlembutlah,
luahkan,
tak rugi.

dan terimalah.

cinta adalah anugerah,
benci juga adalah pengajaran.

:)

27/12/12
10.40pm

Wednesday, December 12

kamu.

Kau tahu,
satu perkara yang aku sembunyikan?

senyap yang kurang bercerita,
bisu yang tak bersuara,
hati yang penuh cinta,
dan jiwa yang penuh bahagia.

kamu.

12/12/12
12.36a.m

*tarikh yang cukup tersusun

Wednesday, December 5

sampai masa.

Bila sampai masa kita hilang, 
yang jasadnya masih cantik sempurna, 
dan akalnya masih elok, 
tapi agamanya terserong sedikit. 

hilang dalam jasad sendiri, 
jauh dari jiwa abadi. 

saat itu hanya satu, 
rasa yang menggerutu, 
jeritan yang bisu, 
dan hati yang beku. 

23nov12

Sunday, December 2

We were young, we didn't care.

terkini perasaan aku hilang dibawa kesibukkan yang membabi buta.
kesibukkan yang kononnya lah.

muda.

lembab.

aku benci.




Tuesday, November 6

mesra rasa

kita lupa,
untuk bahagia bukan mudah,
perlu ada pengorbanan,
perlu ada kekuatan,
perlu ada strategi,
perlu ada manfaat.

bahagia bukan kesempurnaan,
tapi mesra rasa dalam hidup.

6November12
9.00 p.m

aku tak sempurna, tak akan sempurna, tapi mahu sempurna.

Thursday, November 1

impian.

Apa pun yang kita buat, ia untuk diri kita.
Jika orang pertikaikan tak perlu gelisah.
Pentingnya kita mesti tahu pantang larang hukum hakamnya.
Bila ditegur, kita ambil dan terima.
Tapi jangan sampai impian itu dimusnahkan.

14 julai 11

aku jumpa kat draft, bila dibelek semula ayat2 aku ni macam best pula. :D


rindu

kerinduan bukan pada ayat-ayat romantis
atau tulisan berbunga-bunga
bukan pada kata-kata penuh pujangga
bukan pada luahan rasa yang istimewa
ia ibarat jasad yang dikuburkan tanpa nama
tidak tahu siapa dia yang mati
tapi harum bau kubunya.

1 November 12
2.10 am

entah apa yang merepek di malam hari.


Friday, October 19

banyak mana pun kerja kita, berat mana pun kerja kita, susah mana pun kerja kita.

tidak perlulah diberitahu pada orang lain untuk menunjukkan betapa sibuknya kita, betapa hebatnya kita, betapa susahnya kita.

kerana takut 'keikhlasan' atas kerja itu hilang.
dan takut kerugian untuk mendapat pahala.

12.31am

19Oktober12

Sunday, October 7

Pondok.

Lemas mati separuh
jatuh luka cedera
patah agama rapuh
dia datang tiba.

Celik fikir akhirat
pejam tangis mengalir
langkah jiwa berat
iman hati terukir.

Harap kembali bersama
tenung langit Tuhan
doa ke padaNya
semoga makbul harapan.

Terima kasih.

7Oktober12 
10.29pm 

p/s: aku juga mahu ke pondok bersama kamu. ya, kamu. :)

Thursday, August 9

Tak, bukan.

Takbur
dia ke kubur
dikatil lebur
tak termamah bubur
makan semua tersembur.

tak
bukan
aku tak kejam
dia dulu kejam
derita aku jadi bahan
digaul bersama jahatnya kata
diuli-uli bersama dengkinya rasa.

sakit
perit
aku
dulu.

sakit
perit
dia
sekarang

tak
bukan
aku tak kejam
aku doa untuk dia
Tuhan itu lebih tahu
mana dengki mana benci
mana baik mana jahat
mana syurga mana neraka.

tak
bukan.

9ogos12
3.06am

tentang manusia yang punyai komplikasi hidup dengan manusia yang suatu dulunya mungkin terlalu bangga diri. Tapi dia tetap berdoa untuk kebaikannya.

Tuesday, July 17

terhukum untuk aku.

payah
payah
payah
bila yang dulu nya indah
kini buruk segalanya
tak mahu diperbaiki
tak mahu di jenguk lagi.

kecewa
kecewa
kecewa
yang indah di comot-comotkan
kerana ego yang tak terbendung
semua tersumpah buruk
semua tersumpah jahanam.

rayu
rayu
rayu
pada yang aku sayang
persahabatan yang aku jaga
dimahukannya kelayakkan
tapi bukankah keikhlasan itu lebih bermakna?.

penat
penat
penat
menjaga ikatan tali ini sejak sedekad yang lalu
senang-senang kau lepaskan
lalu aku jatuh tersungkur
mati tak berkebumi.

sabar
sabar
sabar
Tuhan ada untuk aku
menghukum ini sebagai rahmat
agar suatu masa nanti mampu diketatkan lagi ikatan ini
dan akhirnya kita tersenyum.

17julai12
4.03pm
Gambang

Budaktua

oleh A. Ghafar Ibrahim

Jangan menangis, budaktua
hidup tak selalu manis
tapi ombak tua
pantai keredut.

Kalau pun kau menangis
gunung akan di situ juga
sungai mengalir ke hilir
kecewa sendiri.

Hanya yang bisa kau tunjukkan
perlawanan
budaktua
hidup ini perlawanan
berlawan dengan waktu
setiap waktu.

Berdiri atas kaki sendiri
budaktua
hidup mau berjaya.

Penderitaan bukan penyakit
ia mesrarasa
intipati wibawa
hidup yang mesti dilanjutkan.

Sunday, July 15

simpati.

Bila orang dah tak sudi untuk kau,
apalagi yang kau terhegeh-hegeh menunggu simpati??
angkat kaki dan berambus lah!

takkan lah kau nak menabur kata-kata yang kau pura-purakan sempurna?
takkan lah kau nak dia mendengar dan terima kau yang bangsat?
kenapalah wujudnya manusia bodoh macam kau ni?

tak di mahu lagi tapi masih mahu melutut,
tak di ingin lagi tapi masih mahu merayu-rayu.

mana wujud lagi sahabat dalam dunia sekarang?
mana ada lagi sahabat baik dalam dunia ni!

jangan bermimpilah
jangan beranganlah!

kau itu tak ada siapa yang mahu.



Ahad
15julai12
1.34am


persahabatan itu cukup payah bila harganya semakin menurun secara mendadak..

Thursday, July 12

telur di hujung menara gading.

Sudah lama tidak aku susunkan abjad-abjad berjela panjangnya. Yang selalunya abjad-abjad ini melayang-layang berterabur tak difahami, malah aku sendiri. Contengan dari jari-jemari yang kasar hujungnya akibat bermain gitar yang masih tak pandai-pandai. Hampir sepurnama aku seperti telur di hujung menara gading, hujung minggu sudah tak ada bezanya dengan hari-hari yang dipaksakan untuk bekerja dengan hidupan-hidupan seni di dalam makmal. Bangun tidur, beramah mesra dengan hidupan-hidupan seni, makan, tidur, menunggu hidupan-hidupan seni hidup dengan sihat di dalam rumah kacanya dan hari esok mengulanginya lagi dan lagi dan lagi. Sepertinya motif hidup aku adalah menunggu hari esok dan esok dan esok dan esok...

Hidup aku tak ada bezanya dengan hidupan-hidupan seni yang aku biarkan hidup di dalam rumah kacanya, sama, hidup dalam ruang yang berbatas. Hidup hanya dengan izin Tuhan. Cuma bezanya dia bukan diciptakan untuk memberi peringatan pada manusia. Dan setiap harinya aku berkata dengan hidupan-hidupan seni itu sambil menogkat dagu,

"hey, kita ini sama sahaja. punya had dalam hidup dan mati bila tak cukup makan. jadi silalah berkerjasama untuk baik-baik saja dalam balang kaca ini."

kemudian sebelum pulang aku berpesan pada hidupan seni itu,

"aku pulang dulu, jangan bergaduh sesama kamu, hiduplah dengan aman ya supaya mudah urusan projek akhir tahun aku!"

errr..errr.. rasa macam tak betul pun ada.

Sungguh yang hidup aku sekarang adalah menghadapi orang-orang yang sama setiap hari. Berbual dengan orang-orang yang sama, yang lapan puluh peratusnya selalu dengan perbualan kosong, buat perkara-perkara kosong, termasuklah aku. Sepurnama ini buat aku lebih mengenali insan-insan di sekeliling aku yang wataknya pelbagai. Ada yang jenis berkawan bila perlu, berkawan bila ditawarkan dengan belanja, berkawan hanya dengan yang rapat, berkawan hanya untuk berbual ketika sunyi, berkawan untuk minta sesuatu.. Nampaknya aku mungkin telah mencemar erti berkawan. Maaf. Dan aku pula hanya berkawan rapat dengan komputer riba. Memang tak layak untuk memberi definisi berkawan.   

Ada juga manusia yang suka memburukkan orang lain masih wujud di luar balang kaca hidupan-hidupan seni. Jenis yang pentingkan diri dan tak suka menghulur tangan. Di almari akalnya mungkin tersimpan idealism2 negatif bila melihat manusia. Atau mungkin jenis ini perlu dibutakan matanya dari melihat manusia supaya selesai masalah perselisihan dan pergolakkan dari mulut ke mulut. Doaku semoga yang jenis ini berubah dari memburukkan manusia. amin.

Tuhan aku beryukur dengan masa-masa kurniaanMu ini, cumanya aku perlu perbaiki perjalanan hidupku ini menjadi semakin berharga dan berharga dan berharga dan berharga. senyum.

Semoga aku bersedia dengan ramadhan tahun ini. InsyaAllah.

Mungkin dia juga sedang berbual tentang manusia..


p/s: satu hari sampai 2 post ni pehal.. dah pukul 3pagi ni woii!!! esok nak g lab lagi..


ini jiwaku.

aku ini pengorban diri
beribu batu aku jalan demi cinta
berpeluh aku berlari demi kasih
ini relaku
ini jiwaku.

sungguh walau jalan ini payah
walau kaki ini sakit
aku tetap masih mahu
pergi mendapatkan kamu
mendakap kamu.

sebab masa aku cuma ini
pendek dan sempit
tak lama
hanya seketika..

p/s:  hargailah kehadiran dia dalam hidupmu...


1.38am
16jun12

Sunday, July 1

fungi

rapuh lutut
nadi berdenyut perlahan
setiap hari mengulanginya
maka dia kuatkan jiwa

dia asahkan hari-harinya
melintasi lebuh raya
memanjat pagar
membuka mata seluas-luasnya dihadapan fungi

pagi sampai petang
tak bergaji
tapi berganjaran dari Tuhan
semoga

dia tak tahan
tapi dia masih bertahan
bersama langkah yang dia gagahi
bersama semangat yang dia kuatkan

semoga berjaya!




p/s: FYP mood.. =_=''

1Julai12
12.20pm

Wednesday, June 27

celaka.

Sudah hampir jauh dia berlari,
meninggalkan celaka yang dulu,
tapi manis celaka itu datang,
menghantui dia,
lalu dia jilat semula celaka itu,
kerana manisnya ia,
kerana jahilnya dia,
maka akhirnya dia mendapat penyakit,
celaka.

23Jun12
1.50am

Friday, June 1

3rd

EXAM
dan
hari2 terakhir sebagai 3rd year student




Wednesday, May 23

Ketika cinta Bertasbih versi Rosak.

Semalam, laptop rosak, keyboard dengan sound tak boleh nak detect. Nasib baik ada yang dapat tolong. (senyum lebar)

Dipendekkan cerita lepas laptop siap dibaiki...

Gadis: terima kasih.
Jaka: takpe, nanti kalau ade masalah roger je saya. kalau boleh tolong saya tolong.
Gadis: emm..sape name ye?
Jaka: muhammad... panggil muhammad.
Gadis: emm..Muhammad..
Jaka: muhammad hariz

Masa that guy bagi tahu name dia 'muhammad', aku dah rase macam filem Ketika Cinta Bertasbih pulak. Alaa..kan ada time Anna alfatunisa tertinggal buku dalam bas, pastu Azzam tolong..lepas Azzam dah selamatkan, Anna tanya sape name dia. Then dia jawab name dia Abdullah..

cuma bezanya dalam citer tu dia bagi nama depan dia 'Abdullah'
tapi cerita aku ni nama depan dia 'Muhammad'..

Hahahaha..
kuat berangan betul aku ni!.

dush2!! 

sengal.



Saturday, May 19

meronta II

Di saat air mata meronta mahu keluar,
aku pujukkan dia-- "sabar sayang".
aku biar dia terperuk dalam jiwa,
dan akhirnya dia lari sendiri,
mengalir dan terus mengalir.

Dan saat itu aku tahu,
bahawa dia juga mahu bebas
keluar dari derita jiwa.

18mei12
yang aku paksakan


Pinta si gadis.

Jika usia ini aku pilih,
aku pilih untuk mati selepas bidadari dan pendekarku pergi.

kerana aku mahu jaga mereka
hingga akhir nafas mereka
hingga sampai mereka ke syurga.

Dan akhirnya nanti,
sampai tiba aku pergi
mereka tunggu aku di pintu syurga
membuka dakapan
dan senyum pada ku.

Tuhan
ini pinta ku.

19mei12
hening subuh

Friday, May 18

belajar tentang cinta.

Aku pelajari cinta dari manusia,
Tuhan tunjuk padaku-- cerita cinta.

yang payahnya cinta untuk dipaksakan,
yang sukarnya cinta untuk dimiliki,
yang susahnya cinta untuk diberi,

bila hati suka; semua indah belaka
dan bila hati benci; semua jadi celaka

aku berfikir-- bagaimana manusia punya rasa cinta yang akhinya dibangsatkan sendiri?

aku bukanlah orang-orang cinta,
tapi aku belajar tentang cinta,
dari mulianya ia hinggalah sebangsatnya ia,
dari cantik eloknya ia hinggalah sehodohnya ia,

cinta,
manusia,
itu komplikasi.

Jumaat
18mei12
4.20pm

Tuesday, May 15

Terbatas.

pari-pariku
dan pendekarku
aku serahkan sepenuhnya pada Tuhan
pelihara kau disetiap detik
tika tiada aku disisi mu
kerana hari-hariku terbatas untuk bersama mu.

12.36am
15/5/12
selasa

p/s: aku rindu kamu abah dan ummi...

Saturday, May 12

meronta

dan jiwa ini meronta untuk berhenti menangis...



Wednesday, May 9

malam ini.

Malam ini
Di bangku batu
Aku baring menghadap langit yang jauh
Melihat bintang-bintang
Merenung bulan jingga

Dibawah pokok
Menghitung rasa
Punyai perang jiwa
Berantakkan sang akal

Apa aku fikir?
Apa aku rasa?
Apakah kompliksi ini?

Bintang temankan aku
Bulan terangi aku
Unggas malam bisik pada ku

Aku takut

Aku sunyi.

11:35pm
9mei12
Bertemankan nyamuk.


si kalah.

dia,

si gadis comot yang baran sifatnya,
yang manja di dalamnya,
yang gila perbuatannya,
yang tak berdaya memikul dugaan yang hama cuma.

si kalah.

rabu
20:18
9mei12

Tuesday, May 8

ini untuk aku.

dugaan ini untuk aku
entah mana hadirnya ia

merancang; jadi pincang
menyusun; jadi pesong
mengatur; jadi serong
berjalan; tersungkur
berlari; terhenti

ini dugaan
dugaan untuk aku.

2mei12
musafir

Monday, May 7

paru-paru

layan rasa jiwa-- sesak
bernafas dengan paru-paru sempit
selangkah pergi-- semakin sempit
jiwa-jiwa berarak
pergi dan kembali
kembali dan pergi
sesak
sempit

isnin
22:30 pm
7mei12

p/s:rindu kamu. :)

 Pantai Pelindung-Kuantan,Pahang


Sunday, May 6

palm tree coffee house.

Moca berkrim,
Teh lemon ais,
Meja kayu bulat,
Menongkat dagu,
Menaip skrin sentuh,
Menunggu hidangan tengah hari,
Jam 3 empat puluh lapan petang,
Gadis-gadis.


Friday, April 27

senyap.

senyap bukan bodoh,
senyap itu berfikir,
senyap menahan baran.

bila marah jgn bersuara, buruk padahnya.

nasihat boleh jadi petaka,
damai boleh jadi celaka,
bincang boleh jadi pincang.

senyap.
jangan bersuara.


farhahzaba
April12

Saturday, April 21

kisah tikus.

tikus nak tinggal di gunung
nak tengok bintang lebih dekat
gajah takmahu
mahu tinggal di hutan katanya
masih mahu di tempat lama.

apakah daya tikus kecil
mahu tak mahu terpaksa mahu juga
sudahlah kecil
tak mampu melawan gajah.

sedih.


Friday, April 20

Jodoh.

Dan bagi aku 
jodoh itu bukan sesuatu yang wujud untuk sepanjang hayat kita
atau sampai mati
jodoh itu adalah satu kadar masa yang kita tak tahu sampai bila
1 tahun, 1 dekad, 1 abad
mahupun satu saat
kita tak akan pernah tahu.
tak akan...

farhahzaba
jumaat
20april12
2.11a.m

untuk diriku sebagai peringatan.

Thursday, April 19

lullaby untuk aku.

wahai aku,
lelapkanlah matamu
lenakanlah dirimu
malam sudah tiba untuk mu rehat
bantal dan tilam sudah tersedia
pejamlah matamu
esok masih ada untuk mu.
rehatlah dahulu,
bukan untuk selamanya
untuk lima, enam jam cuma.
kemudian bangkitlah
meminta rayu padaNya
kau belum sempurna aku
mintalah padaNya
cuma perlunya kau lelap dahulu aku
hentikan jari-jari mu menaip
lenalah aku
tidurlah...

10April12




Wednesday, April 18

FYP

misi hari ini: FYP presentation
masa: 3.30pm-3.45pm
kelengkapan diri: 56%
kelengkapan minda: 53%

semoga selepas doa

100% yakin dan sempurna.

tolong doakan aku! ^_^

Tuesday, April 17

Prejudis.

dan betapa prejudisnya manusia itu dalam soal menghukum.

(yang paling menyedih bila dalam soal 'Agama Sejahtera' ini)

perlunya prejudis di kakikan, di buntutkan.
aku rimas.


17April12
2.21a.m
aku yang didodoi cemuhan manusia.


Monday, April 16

aku dan menulis.

Lampu kuning
aku menulis
bayang-bayang pekat
lagu 'my heart will go on' di telinga
minda terangsang mahu menulis
mata terduduk di hadapan buku
apa sedang aku fikir?
mata belum mahu pejam
jam 3 setengah pagi
lagu tamat.

13April12
3.30a.m

Saturday, April 14

sila berhenti.

*ketuk2 mikrofon*

"sila berhenti bersangka buruk."

*hela nafas*

"tolong."

*tunjuk*

"ya, kamu."



Friday, April 13

berkawan buat aku berfikir.

Berkawan itu payah,
kadang bila sedang bergelak tawa bersama-sama,
--aku terfikir yang sampai bila situasi ini?
buat aku terdiam hingga terperasan oleh mereka.
bukan aku tak menghargai,
cumanya aku berfikir.

ya, berkawan itu bukan mudah.

penghulu hari
13April12
3.11 a.m

Wednesday, April 11

facebook itu penting.

Tsunami datang lagi,
habis mati ikan di lubuk,
tapi manusia berlari-lari,
bergambar untuk facebook.

farhahzaba
rabu
11april12
21:53

untuk diriku sebagai peringatan.

Cita-cita yang tak kesampaian.

Dahulu masa kecik2...

Nenek: dah besar ika nak jadi apa?

*dengan bangga dan lantang aku menjawab*

Gadis comel: nak jadi Malik Noor!

Nenek: @#$%^&*/???

wooppss, seksinya~

Dulu masa umur 5,6 tahun aku memang peminat fanatik giler dengan malek noor. Entah kenapa pun aku tak tahu. Yang pasti sebab dia macam kuat. Aku tak mainlah nak minat-minat benda yang khayalan ni macam ultraman ke, batman ke, or pape je la.. semua tu mengarut je. Hebat gak pemikiran aku dulu2 ek.. hahaha.. :D

p/s: Anda bagaimana pula?? :)

Rabu
11April12
2.33 a.m
mengingati kenangan.

Tuesday, April 10

siapa gadis pemalu??

cerita di cafeteria...

Jelita: korang, jap ey.. aku g toilet jap.
Mereka: ko pergi la, kiteorang makan kat meja ni tau.
Jelita: ok ok..

*dalam keadaan kelam kabut menahan sistem kumuhan*

Budak perempuan kecil: (pandang pelik)
Jelita: (senyum)
Kakak cantik cleaner: Eh, nak pergi mana tu dek?
Jelita: tumpang lalu jap ye kak. sorry. (lantai basah dicuci)
Kakak cantik cleaner: Perempuan sebelah dek. ni toilet lelaki.
Jelita: Erkk..tak perasan. sorry kak. thanks ye. (malu)
Budak perempuan kecil: ahaa..akak salah. akak salah masuk toilet. ahaha.. tu kan ada gambar tu. ahaaa, akak tak nampak..(sambil menunjuk ke arah pintu tandas)
Jelita: (senyum)


serius, aku malu dengan budak perempuan kecil tu, rasa cam nak debik pun ada gak. haishh.. nasib baik budak lagi.
arghh, memalukan! =_="


Sunday, April 8

this is true story. maybe?

Gadis: abang, boleh tunggu kejap tak? kawan saya tengah on the way ni...
Pemandu bas: saya boleh tunggu 5 minit je lagi.
Gadis: terima kasih bang.

*tiba2*

Pakcik tua: dah pukul berapa ni? kan dalam tiket pun ada tulis suruh tunggu bas 15 minit awal. nak salahkan siapa kalau bas dah jalan? salahkan diri sendiri tu la. dah tau bas pukul berapa, tunggu la awal. (nada marah)

Gadis: betul tu pakcik. samalah macam mati juga kan? kalau dah tua ni bila2 masa je boleh jalan. tak boleh nak tangguh2 kan? (amek kau kena!)


*mantap betul ayat gadis dalam bas tadi. pakcik tu pun cakap la baik2, lebih baik tak payah cakap langsung la pakcik. buat orang sakit hati je. aku yang dengar pun menyampah. manalah tau, budak yang lambat tu ada masalah kereta bapak dia rosak ke apa ke... haishh..



p/s: yang muda disayangi, yang tua dihormati. peace yaww~


Saturday, April 7

Menawan.

Suke betol tengok lelaki berjambang--kemas
*tak boleh tengok lama2*

hahaha...

*aku--pengsan*

Thursday, April 5

yang terlintas di fikiran sekarang.

ketenangan
biomaterial
menjahit
hafal
berkebun
kemas
presentation PSM
masa
kasut
baju
masak
along
angah
sai
nisa
gitar
lab report
baja
kek
Yash
nor
teater


Pernah try tulis apa yang terlintas di fikiran, then lihat semula?
See, ini lah apa yang terlintas kat cells otak aku sekarang.

khamis
5April12
2.40 a.m

Wednesday, April 4

tak bertajuk-- .

kepuasan jiwa yang dirantai
penipuan yang tak bisa dikenali
apa mahu sebenarnya hidup?
ini bukan yang dimahu Tuhan
tapi untuk kepuasan manusia.

sedang diteliti wajah sendiri
dibaling batu-- air berkocak
mana nampak lagi?
dengki sungguh si jahil
sudahlah tak mahu membantu
dipalit pula lumpur.

sibuk menghargai
terlupa meletak harga diri
lompat-lompat tak tinggi
terlupa diri sendiri masih boleh berlari

tidur-tidur berdengkur
penat kononnya dengan kerja
kerja untuk Tuhan ada?
kerja untuk manusia sanggup.

entah apa lagi,
aku tak tahu mahu sambung apa.


Rabu
4April12
kumpul-kumpul bukan untuk disimpan.
12:59 a.m

Tuesday, April 3

menjadi perempuan itu menakutkan.

zaman sekarang ni menjadi perempuan itu adalah sesuatu yang menakutkan.
menjadi perempuan yang memang sudah dari asalnya
mahupun
menjadi perempuan yang dari pembedahan kaparat.--ini tak sedar diri.

perempuan sekarang tidak di tanam hidup-hidup
tapi di disakiti sampai mati

dunia kemajuan??

dunia tak salah.

manusia?

manusia berhati karat
berakal tahi.


p/s: akhbar hari ini--lelaki lumpuh mencabuli pelajar perempuan berusia 15tahun. --Wanita Dakwa Payu Daranya Dipicit Polis. --Lelaki Didenda Kerana Ceroboh Rumah Anak Dara

ini sangat menakutkan ok!

Monday, April 2

Pemuda dan Gadis cina bukit.

pemuda mahukan gadis
pemuda gilakan gadis
pemuda paksakan gadis

apa gila kau pemuda?

mahukan gadis yang tak mahukan kau?
sudahlah rupa kau tiada enak dipandang gadis
inikan pula mahu jadi teman hidup?
gila impian kau ini pemuda.

taraf pemikian sudahlah berbeza
akal pemuda di jiwa
akal gadis di otak
apa itu sama?

takkan mampu melengkapi sedangkan akal pemuda bukan di otak.
takkan mampu bersama sedangkan gadis mahu bebas
bukan lahirnya gadis untuk pemuda yang gila
pemuda bukan orang gila
tapi gila yang diciptakan sendiri.

aduh.
keluh gadis berhari-hari.

silalah beredar jauh pemuda
silalah tenung cermin dalam-dalam
bukan ini mahu gadis
bukan ini taraf mu wahai pemuda.

cinta yang menakutkan.
2April12
6.36p.m

Sunday, March 25

Berkaca tapi tak retak.

Hati bekaca
tengok cerita komedi menangis
makan nasi menangis
pandang dinding menangis
mandi menangis
menaip menangis
sampaikan tengok labah-labah pun air jiwa aku boleh mengalir.

hari sedih seduniakah?

subuh berkaca
ahad
25mac12
5.57a.m


Saturday, March 24

aku, bidadari dan pahlawan.

Senyummu ku terpaku
tawamu ku rindu
kau bidadariku
aku cinta kamu
ummi.

Garangmu waktu dulu
risau kamu beribu
tangismu bisu
kau pahlawanku
aku cinta kamu
abah.

Tuhan,
aku mohon untuk tetap bersama mereka
sampai sana
sampai syurga.


24mac12
6.20p.m
khas untuk ummi dan abah.

-untuk diriku sebagai peringatan-

Monday, March 19

salah faham.

apa yang aku dapat dalam hidup ini adalah pengajaran,

yang bilamana mahu bersahabat,
jangan pernah sibuk2 mahu ambil tahu,
jangan pernah cuba2 mahu dekati lebih rapat,
jangan pernah mahu baik keadaannya,
jangan pernah sayang atau kasih,

kerana diakhirnya nanti semua jadi salah faham,
semua jadi rimas,

dan bersendiri itu mungkin lebih baik.

Isnin
19mac12
aku dan idealisme sampah

Sunday, March 18

percaya

Dan aku percaya yang gila itu berbeza dengan gila-gila,
juga pandai itu berbeza dengan pandai-pandai.
Biar gila-gila tapi jangan pandai-pandai.

ahad
18mac12
idealism dan aku

Pastel

untuk pertama kalinya
aku ditanya alunan merdu yang aku suka
jejaka mahu dendangkannya
dan aku teruja mahu didendangkan lagu
sungguh tak sabar

terima kasih awak!


18mac12
pastel
3:01a.m

Thursday, March 15

'?'

kenapa diistilahkan 'jatuh cinta'?
kenapa tidak 'suka cinta'?
--kerana cinta itu buta.
hati-hati lah!

kenapa dipanggil kura-kura, patung-patung, labah-labah?
tapi kenapa tidak kucing-kucing, ayam-ayam, unta-unta?
--kerana orang melayu ni cepat pelupa
pelu disebut banyak kali untuk sesetengah benda.

khamis
idealisme dan aku
13:07


jatuh di laut cina selatan.

andai aku punya sayap, juga tak bermakna aku boleh terbang
kerana aku juga punya kaki yang tak mampu melompat tinggi


ada tetapi tak semestinya berfungsi
berfungsi tak semestinya berguna
berguna tak semestinya positif
positif tak semestinya aktif
aktif tak semestinya hebat
hebat tak semestinya berjaya
berjaya tak semestinya bagus
bagus tak semestinya... entah...aku kehilangan idea.

aku mahu terbang!

khamis
kehilangan keadaan jiwa yang stabil
1.03a.m

Wednesday, March 14

Singkat.



Dunia terlalu singkat untuk menjadi yang biasa-biasa saja...

untuk diriku sebagai peringatan

malam tekanan
14mac12
1.54a.m



Monday, March 12

mana aku nak cari.

sistem imun aku diserang bertalu-talu
selera makan kurang
beli sebungkus tapi makan sesuku
tak lalu nak sambung
simpan dan kemudian terbuang

bila lapar aku makan
tapi bila dah makan aku tak mampu nak habiskan
suku yang aku makan
simpan dan kemudian terbuang

entah apa masalah organ dalaman aku
satu nafsu dah jauh berlari
sekarang tinggal lapan

mahu tak mahu terpaksa menelan
nak dibagi tikus belanda aku makan terlalu banyak pula
kalau aku boleh bela seekor ayam kan bagus
dicampak saja rezeki pada ayam
boleh juga ayam membesar
kemudian aku jual
ada juga manfaatnya.

serangan apa yang berperang dalam tubuh aku ni
tak sakit
tak luka
tak bisa
entahlah.

aku rasa mungkin sistem tubuh aku sudah murtad
tak mahu ikut jalan yg lurus
sampaikan aku pula yang terbeban
haihhh...

ku seru kembalilah kau ke pangkal jalan.

Isnin
12mac12

Friday, March 2

Tak termaaf oleh masa hadapan.

kau itu celaka yang tak termaaf oleh masa hadapan
meringkuk dalam genggaman jari-jari waktu bukan untuk bergayut dan terlolong
dan kemudiannya aku jatuh tak berkebumi.

bukan mahu aku untuk adanya kau.

kenapa hidup aku kau kacau sampai tertumpah-tumpah bazir?
kenapa wujudnya kau membuatkan aku tersebam dihujung?
kenapa?

nyah kau celaka!
aku benci!

farhahzaba
penghulu hari
2Mac12

*tentang kemalasan yang wujud dalam hidup manusia

Tuesday, February 28

Monday, February 27

sepertinya.

sepertinya aku ini pemain simpanan
yang dipanggil bila perlu
yang dimahu bila terdesak
tak siapa sudi; tak punya kelebihan

wujud bagaikan mircoorganisma seni
bila tak mahu-- ditiup sahaja
masih tak sedar diri; mahu juga dikutip

farhahzaba
pemula hari
27feb12


Friday, February 24

graviti manusia

bila jiwa bersuara lebih lantang
mulut terkatup rapat
tanpa dipaksakan air jernih itu mengalir
melankolik

hilang
tersembunyi

mahukannya
mahukannya
mahukannya...

farhahzaba
jumaat
24feb12

*graviti manusia---> iman

untuk diriku sebagai peringatan.

waktu.

waktu berjalan terus.
perlu ada yang dapat mengambil alih,
sekiranya tidak...semuanya akan menjadi kacau.
termasuk kita.

perahu kertas



Thursday, February 23

Hati

hati ibarat radar yang mampu mengesan kedudukan diri
sentiasa ada untuk memberi isyarat
supaya kita tak pergi jauh dari Pencipta

farhahzaba
menung senja
23feb12
6:10 p.m

untuk diriku sebagai peringatan

Belum jelas.

dan hidup ini makin ke hadapan dengan sangatlah pantas.
sehingga tak terperasan usia yang makin lanjut,
kehilangan demi kehilangan yang menerjah,
yang tak terasa oleh minda sedar. apalah ertinya hidup ini?
masih belum jelas kelihatan apa yang di hadapan sekali.

23Feb12
2 a.m

Sunday, February 19

tersumpah.

minda menggigit jiwa; meratah-ratah hati sifar
bahana menyulam karut tukang dongeng; sumpahan sendiri
habis pecah mulut tempayan; auta nampak celaka
bagai membela naga; meringkuk dalam mangkuk naga

arakian khatam menjadi lauk;
terjunam berkuah malu.

rosaklah tali terbelit sumpahan sendiri
karut bertukar marut; hura-hara rencana keji
tak mahu terlibat diri; sembunyi di celah mati
absurd terlepas catatan malaikat; kanan dan kiri.

kebas otak sengal lidah-- termamah hempedu sendiri
sempat menelan air liur basi
lahabau meludah kata-kata berlindir
tercekik ludah hina beracun; mampus.

parademik zabaniah mencucuk jarum dosa  
terkubur dalam sesak laknat.

.....
*bersambung

Isnin
13Feb12

Monday, February 13

saat akhir.

Dia nazak sangat, terbaring tapi masih cuba nak jalan. Tubuh dia nampak menggigil-gigil walaupun sekecil ibu jari. Mata dia berair, seolah-olah menangis kesakitan.

Tiba-tiba dia tarik nafas panjang, matanya terbeliak, badan dia ternaik sikit
kemudian dia mati
kejung
tak bernyawa

aku terbayangkan bila mati itu tiba untuk aku
sakit
sakit yang amat

merasakan kehilangan itu memedihkan
bersedia?

ya Rab, aku takut.

saat nazak yang amat...
*sedih*

Sunday, February 5

Tangisan.

Dua kali aku menangis hari ni.

pertama:
---> sebab menonton cerekarama tv3 yang bertajuk "Al-ikhlas" (sempena Maulidur Rasul)

kedua:
---> sebab menonton filem indonesia "hafalan solat Delisa" di youtube (sempena ada masa free untuk aku)


apalah yang nak dibanggakan kalau menangis hanya untuk hiburan sahaja?
jadi tangisan hari ini jumlahnya kosong.


Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).


Saturday, February 4

Untuk kau Usia ku.

Wahai usia ku,
kini kau genap di tahun masihi
namun masih belum cukup di tahun hijri
menyentuh aku menjadi dewasa
menerjah aku untuk merasa digit dua.

usia ku,
jika kau melihat aku ini tidak layak untuk kau
sergahlah aku sampai tersedak pemikiran ku
tusuklah aku sampai tembus ke tulang tua ku
panahlah aku tepat ke jantung muda ku.

engkau usia ku,
Jangan kau berhenti sebelum aku cukup
Jangan kau pergi sebelum aku sempat menunaikan janjiku
jangan kau berlari jauh menghanyutkan aku
jangan kau biarkan aku terlungkup di dalam tempurung waktu.

Aku mohon,
temankan aku melaksanakan janjiku padaNya
sudilah bersamaku mencipta cerita indah di dunia
sudilah menjagaku kala syahadah terakhir sampai tiba aku mati.

usiaku,
selamat ulang tahun.

farhahzaba
3feb12
selamat hari usiaku.

photo by: Azlin
taman gelora kuantan

Thursday, February 2

Jawab.

Berapa Kerat

Berapa kerat sangat yang mahukan kita bila kita bukan siapa-siapa?
Atau bila kita buat salah dan rupanya kita tidak sempurna?
Atau bila kita tidak pandai ambil hati dan tidak rajin menebeng muka?
Bila kita busuk, miskin, hodoh-
Berapa kerat sangat. aku tanya kau.

Langit Vanilla.


Wednesday, February 1

kalah mati.

Komplikasi ini hanyut
Tiada pemenang untuk si ego
Tiada tepukan gemuruh untuk si lemah
Janji dimungkiri berkiblat kiri
Terhapus ranap hubungan manusiawi

Kita bina dan kita hancurkan
Kita ikat dan kita putuskan
Itukah tugas kita?

Ah, ranap, Ranap kau manusiawi!
Mana perginya keTuhanan yang ada?

Cuba untuk tersenyum lalu menangis
Cuba untuk berdiri lalu tersungkur
Cuba untuk ke syurga lalu ke neraka
hancur, hancur kau ego!

Aku sudah penat
Aku rindu.

farhahzaba
1Feb12
Batu pahat

tentang manusia ego yang sudah tak mampu menahan keegoan nya kerana kerinduan mengatasi sifat itu.


Gadis gagah.

  Kemarin petang aku lihat gerai dia tutup. Sunyi, kosong. Tak ada sesiapa yang ada di gerai. Tiga bulan lalu semasa aku masih di batu pahat, ibu dia masih gagah membanting tulang empat kerat di gerai. Memutarkan mesin cendol dan mengacau buah-buah potong bersama kuah rojak. Begitu juga dengan ayahnya yang masih membantu di gerai. Neneknya baru meninggal dunia bulan lepas. Kalau tidak, neneknya lah yang selalu termenung di kaki lima rumah, duduk di atas kerusi roda.

  Aku betul-betul merasa bangga dengan dia. Walaupun umur kami sebaya, tapi pengorbanan dia untuk keluarga sangat luar biasa. Dapatkah kau bayangkan seorang gadis yang mampu kesana-kemari mencari nafkah untuk perubatan ayah dan ibunya? Dan bayangkan pula hanya dia seorang sahaja yang bergagah tanpa pertolongan dari sesiapa?

  Dia bukan orang senang yang berduit, bukan anak orang kaya yang cuma pandai memegang pen dan kertas dan menaip di komputer riba. Dia gadis yang membonceng tong gas di belakang motosikalnya untuk dihantar ke rumah-rumah. Dia gadis yang menjaja barang-barang kesana-kemari. Yang sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan wang.

  Kami bersahabat semenjak kecil dari tadika lagi. Bila aku teringatkan kenangan-kenangan waktu lalu hati ku hiba. Gelak riang kami dulu dah tak seperti hari ini. Dulu dia boleh duduk berjam-jam untuk gelak ketawa bersama kawan-kawan yang lain. Sekarang gelak dia aku dah tak nampak. Kalau kami bersantai, pasti dialah yang paling senyap dan paling cepat mahu pulang. Katanya, tak boleh lama-lama. Aku tahu, dalam fikirannya berserabut untuk mencari duit. Kalau aku berharta, sudah tentu akulah orang pertama yang beri sumbangan untuk dia. Tapi, aku cuma pelajar yang masih tercungap-cungap. Sungguh aku ini sebersalah untuk sahabat sendiri.

  Dia berkorban segalanya demi ayah dan ibunya. Dia tak pernah merungut untuk berhenti dari mencari wang. Kalau aku di tempat dia, sudah tentu aku tidak mampu. Sudah tentu aku meraung-raung menyalahkan Tuhan. Demi Tuhan aku memang tidak kuat untuk itu.

  Aku paling sedih apabila abang dia sendiri tak pernah fikir untuk keluarga. Kerjanya hanya merayap kesana-sini. Curi wang yang dia simpan. Langsung tak pernah nak memahami situasi keluarga sendiri. Abang dia bukan terencat, dulu masa zaman sekolah rendah abang dia cukup bijak. Tapi aku tak faham kenapa sekarang pemikiran dia tak bijak.

  Apa yang aku harapkan, Semoga Tuhan permudahkan urusan dia mendapatkan wang, semoga Tuhan beri keajaiban untuk menyembuhkan penyakit ibunya yang masih di hospital dan juga ayahnya.
Sungguh, tempat dia pasti di syurga.


kadang-kala kita merasa Tuhan sungguh tidak adil, Sebenarnya kitalah yang tidak adil untuk Tuhan
Seperti kita merasakan cinta itu kejam, Sebenarnya kita yang kejam terhadap cinta
Kerana kita yang tak reti menilai.



Thursday, January 26

Dua puluh lapan ringgit lima puluh sen.

di hadapan kedai
sebuah Kereta Kancil parkir
seorang lelaki
seorang perempuan
duduk di meja petak beralas biru
gelojoh memesan dua mangkuk mi udang
gelak sakan berbual bicara

kata-kata terhenti
seperti malaikat berlalu
melihat poket yang kosong
teringat pesanan mi udang tadi
si perempuan makan tak lalu
si lelaki makan laju

satu gelas air limau sejuk
dan satu gelas air teh O limau sejuk
ais mencair terbiar
merenung tiga ekor udang

cerita tentang mi udang
cerita tentang lelaki dan perempuan
yang akhirnya kenyang
berbayar dengan duit selongkar dalam Kancil
dua puluh lapan ringgit lima puluh sen.

farhahzaba
26Jan12
untuk diriku sebagai peringatan.

kenangan lucu di pulau pinang bersama sahabat. semuanya kerana mi udang!! haha. =D
p/s: jangan pesan makanan dulu kalau belum tengok poket. :p

Thursday, January 19

Si kosong mahukan Tuhan.

dia si kosong,
jangan pernah sudi mendengar ceritanya,
jangan pernah sudi memahaminya,
kerana dia si kosong yang bolong.

dia si kosong,
jangan mahu bersama dia,
jangan mahu berkongsi dengan dia,
kerana di si kosong yang lohong.

dia si kosong,
yang sering menangis tak berisi,
yang sering gagah walau tak berteman,
kerana dia si kosong yang bukan pembohong.

dia si kosong,
biarkan saja dia dengan kekosongan jiwanya,
biarkan saja dia merana,
kerana di si kosong yang serong.

dia si kosong,
bukan mahu diberi perhatian,
bukan mahu ada peneman,
kerana dia si kosong.

dia si kosong,
yang mahu di isi penuh,
yang mahu ditempatkan bersama Tuhan,
kerana dia si kosong yang tak mahu kosong.

engkau tak akan pernah kenal si kosong,
tak akan mahu si kosong,
kerana kau yang kosong.

farhahzaba
19Jan12
masih di pulau


-untuk diriku sebagai peringatan-

tentang manusia berilmu yang menjauhkan diri daripada orang-orang yang tidak 'berilmu' kerana mungkin dia merasa dirinya sudah cukup untuk Tuhan. Dalam masa yang sama manusia berilmu itu lupa yang dia masih belum berilmu.

"sudikanlah dirimu dengan siapa saja, kerana kamu juga masih kosong"

terima kasih untuk yang memahami.

 Bukit Bendera

Tuesday, January 17

Tentang cinta.

kita ada dua pilihan,
mencintai atau dicintai,
dicintai itu indah tapi berat,
mencintai itu berani tapi sukar.

batu dan tunggul itu tak bernyawa,
cinta tanpa balas itu mati,
bunga dan kumbang itu bernyawa,
cinta punya balas itu hidup.

pernah kau merasa dicintai?
atau pernah mencintai?

sungguh aku ini buta cinta,
tak nampak mana wujudnya ia,
jangan dipaksa aku untuk cinta,
kerana cinta itu mulia.

Tuhan ciptakan cinta,
manusia mereka-reka cinta,
cinta indah itu Tuhan,
cinta mati tu manusia.

farhahzaba
17Jan12
musafir di jalanan

untuk diriku sebagai peringatan.



Monday, January 16

kisah menung.

di jendela kaca aku menung,
melihat jatuhnya matahari di sebalik bukit,
menonton drama sebenar manusia,
di sini semua cerita ada,
kisah seorang bapa,
kisah seorang ibu,
kisah seorang anak,
kisah seorang tua,
kisah seorang muda,
kisah seorang pekerja,
kisah seorang pelajar,
kisah seorang buruh,
pelbagai cerita dilakonkan manusia,
haiwan pun tak ketinggalan,
kisah seekor kucing,
kisah seekor anjing,
kisah seekor tikus,
kisah rama-rama,
kisah lalat,
bukit-bukit dan pokok-pokok juga punya ceritanya.

dan aku hanyalah dengan kisah menung.

 farhahzaba
16Jan12
 aku yang asing
Bayan Baru


 di jendela 6.45 petang.
di jendela 7.15 petang

 di jendela 7.40 petang

hodoh.

membelek-belek malam yang sisa,
merenung kembali puisi-puisi sampah ku,
sungguh aku tidak berbohong,
yang aku mahu muntah melihat penulisan-penulisan ku yang hodoh.

farhahzaba
musafir di atas pulau
16Jan12
12.55a.m

Relau

Sunday, January 15

untukmu.

bertanahkan pulau aku berkiblatkan pantai,
jauh di seberang sana lampu-lampu neon masih berkelip,
bayu malam masih bekerja menggulung ombak,
duduk ku di bangku kayu,
air jiwa mengalir pilu.

andai kau minta bulan diatas langit,
sudah aku genggam awal-awal untuk aku beri,
andai kau mahu mutiara di lautan,
sudah aku selami hingga ke dasarnya,
andai kau berkehendakkan pelangi,
sudah aku warna dilangit jingga.

ini luahan hati adinda.

dalam tubuh kita ini mengalir darah yang sama,
tapi kita kadang-kala tak sama,
kita tak sefahaman,
bila bertekak; tengking jerit,
seorang ke timur seorang ke barat.

maafkan aku yang degil untuk mengalah,
maafkan aku yang tak pernah memahami mu,
maafkan aku yang buruk guraunya,
maafkan aku yang cacat pendapatnya.

kita bukan tidak kenal,
malah lebih dari kenal,
lebih dari tahu siapa kamu, siapa aku?
cuma kadang-kala kita perlukan masa untuk memahami,
dan merasai.

kakanda,
mohon maafkan aku.


farhahzaba
Relau, 
15Jan12
musafir dijalanan.

Tentang hubungan adik-beradik yang sudah tentu kadang-kala ada perselisihan. 
Tuhan tak beri 'dia' pada orang lain tapi Tuhan beri 'dia' pada kita. Itulah hadiah yang sangat teristimewa daripada Tuhan.  

air yang dicincang tak akan putus.

p/s: Terima kasih Allah.


Thursday, January 12

cinta perempuan.

kita tak sama,
jauh sekali untuk bersama,
cinta itu buta,
hingga tak nampak aku,
hingga terpaku aku,
hingga teduduk aku,
mengalir air jiwa,
rebah jasad.

aku gadis bertubuh wanita,
berakal perempuan,
berjiwa ibu,
berat mana cinta,
tetap aku berjuang,
sampai celik cinta,
sampai terukir senyuman.

tunggulah.

pulau pinang,
12Jan12
musafir jalanan.

kisah perempuan yang cintanya hanya difahami oleh perempuan, yang kisahnya sangat panjang, yang jiwa nya lembut, yang pengorbanannya berpanjangan... 
aku juga perempuan.


Wednesday, January 4

Malu.

malu ku bukan pada wajah yang hodoh
bukan pada harta yang sedikit cuma
malu ku bukan pada tubuh yang pendek
bukan pada warna kulit yang gelap
bukan pada berat yang gedempol.

malu ku pada mulut yang malas berzikir
pada tangan yang pendek menghulur bantuan
malu ku pada tubuh yang malas bangkit
pada jasad yang tidak terhijab baiknya
pada akal yang terpesong dengan sihir dunia.

sungguh aku ini pemalu
mencuba untuk sembunyi
dayanya hanya menutup mata
tak mampu menyorok wajah
cuma mampu menangis di tutupkan aku.

2.21pagi
4Dis11
tahjud di jalanan kotor.

untuk diriku sebagai peringatan.

Sunday, January 1

Atok Ali - (Alfatihah)

seorang lelaki tua
berambut putih
bermisai kumis
bercermin mata lama
satu-satunya kenderaan yang dia ada
motor skuternya
dan basikal buruk

aku masih ingat
waktu usia kecil ku
pernah skuternya rosak
berpanas hujan dia mengayuh basikal
yang berbatu jauhnya
semata-mata untuk berjumpa cucunya

kalau kau orang batu pahat
betapa penatnya mengayuh basikal dari Kampung Sungai Ayam ke Pekan Tongkang pecah?
dialah lelaki paling gagah yang pernah aku kenal
dialah si tua kacak berambut putih
dialah si lelaki tua yang aku sayang

hari ini bertarikh 6 safar 1433
dia pergi menghadap Tuhan
meninggalkan aku jauh beribu batu
meninggalkan kenangan yang sungguh indah

tinggal rumah usang
tinggal basikal buruk yang terdampar
tinggal motor skuter yang tak kelihatan lagi
tinggal selipar jepun buruk di hadapan rumah usang

Alfatihah.

farhahzaba
1jan12
belajar melukis warna jingga


Gambar terakhir bersama beliau 21/09/2009

untuk diriku sebagai peringatan.