Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Thursday, July 28

Ramadhan.

Ramadhan akan muncul lepas habisnya genggaman jari kanan ku. Syukur, nikmat yang masih dapat aku rasa dengan rahmat dan izinNya. Bersedia atau tidak, tetap menghadapinya.

Ramadhan yang begitu menakutkan untuk aku. Ketakutan bila aku rasa bagaimana dengan ibadah di bulan mulia itu jika masih sama seperti waktu-waktu biasa yang biasa-biasa saja. Mungkin nanti aku ini ibarat manusia yang tak menghargai hadiah Tuhan. Ketakutan andai ramadhan ini menjadi hadiah terakhir untuk aku yang masih tercungap-cungap. Dan sudah pastinya aku masih belum cukup untuk itu. Ketakutan menghadapi waktu-waktu dimana nafsu masih lagi bernyawa dalam jasadku yang wajib saja aku bermati-matian menghunus kekuatan untuk menawannya dari beraja. Semuanya sangat menakutkan. Tetap aku pilih diri aku semata-mata untuk semua ini.

Masa begitu hebat hingga mampu menjejaki waktu yang kadang-kala kita masih belum bersedia walau jangka jaraknya panjang. Dunia sudah ramai yang menghadapinya dan pergi. Yang menghadapinya dengan lelah, putus asa, yakin, semangat, duka, gembira dan bijak.

Aku berfikir tentang perjalanan hidup aku sehingga yang mungkin aku bakal di singgahkan Tuhan di bulan Ramadhan ini. Merenung kembali setiap malam yang aku paksakan mata untuk pejam berkali-kali, yang bangkitnya aku waktu berjaga aku dihenyak-henyak manusia yang berpusu-pusu. Penatnya aku waktu roh masih berkait pada jasad menjadikan aku manusia yang matang barangkali. Matang untuk aku lebih kenali Tuan kepada roh dan jasad aku sendiri.

Aku hanya mampu berbicara dengan skrin dan papan kekunci untuk perkara yang sulit ini. Apalah kudrat yang tercipta untuk aku menulis pada malam yang aku paksakan mata untuk lena namun tidak mampu lagi. Payahnya mahu memerintah diri sendiri. Dan itu jugalah yang aku risaukan. Sepertinya mahu saja aku mencari tongkat sakti lalu meletakkan tongkat di atas kepala ini dan berkata,
"aku arahkan kau ikut perintahku!"     kemudian...
"ting!" jadilah diriku yang mengikut perintah ku.

Hei, cuma berkhayal sajakah yang aku mampu?.

Aku termenung didepan tingkap bilik memandang malam yang masih lagi bekerja.

Tak boleh jadi kalau terus berfikir dan masih belum bertindak. Perlunya aku mencipta diri bersama waktu yang Tuhan hadiahkan. Usah ditenung diri lama-lama, takkan kemana jasad itu akhirnya ke tanah juga.

*hela nafas*

farhahzaba
3a.m


Monday, July 25

dugaan.

dugaan datang lagi
arghh!
sila kembali ke pangkal
susun semula dan jadikan benteng
bertahanlah!
bertahan!!


Sunday, July 24

benci.

bila kebencian lahir dalam jiwa
maka berdiam sajalah yang aku mampu
mahalnya air jiwa terpaksa juga dijual
semata-mata untuk menyimpan yang dibenci
dari merasuk jasadku.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba

benci itu tidak akan terluah dengan tajamnya lidah mahupun gerakkan anggota yang sia-sia. 
...aku yang masih bertahan.


menulis untuk diriku sebagai peringatan...

budak pendiam.

cerita zaman sekolah rendah...
*comel betul zaman ni*

Dulu-dulu masa zaman sekolah rendah darjah berapa pun saya dah lupa, ada seorang budak perempuan ni sangat pendiam. Kalau waktu rehat pun dia duduk dalam kelas je. Tubuh badan pun kurus-kurus je.
nak dipendekkan cerita, saya dengan kawan baik saya ni pun berbincang...

kawan saya: Eh, dia tu selalu duduk sorang2 macam tak de kawan je. Jom kite kawan dengan dia nak?
saya: Jom, nanti kita bual-bual lah dengan dia.

Kemudian kita orang pun berkawan, bual-bual dan main sama-sama. apa yang paling saya ingat sampai sekarang, lepas budak pendiam tu kawan dengan kami berdua, dia dah tak jadi pendiam lagi sampai sekarang!. hehe.
Yang paling kelakar sekali bila budak pendiam tu join kita orang sama-sama ponteng perhimpunan duduk dalam perpustakaan. haha. bijak-bijak.
*nakal betul*

Saya saja nak tulis memori ni sebagai peringatan istimewa yang tak boleh dilupakan. Bukan apa, lepas borak-borak dan lepak2 dengan kawan-kawan sekolah rendah malam tadi rasa sangat sweet~ hahaha.
gelak-gelak tak ingat dunia teringat zaman muda dulu.

Penghargaan untuk: fazura (kawan saya) & azuana (budak pendiam)

p/s: kalau korang rasa cerita ni salah, betulkan aku k..hehe.

Saturday, July 23

sentuhan.

dan hari ini aku jumpa apa yang aku cari
setelah aku cuba berlari mendapatkannya
namun apalah gunanya yang kutemui ini
andai aku tidak cuba menyentuhnya

aku hilang bila kau pergi
aku lelah bila kau tidak ku jumpa lagi
aku kejar sampai habis hayat ini
hadirlah untuk aku yang belum mengerti

air jiwa ini tak mampu lagi bertahan
kerana aku mahukan dakapan sentuhan
pulanglah untuk aku
aku masih rindu.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba


aku yang masih berlelah mencari cinta teragung Tuhan. moga kekuatan itu terlahir untuk aku.
...menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Wednesday, July 20

perubahan.

akhir-akhir ni, saya dapat rasakan satu perubahan dalam diri.

*pelik*

saya mula suka pada kucing!.

*teruk*

lepas saya pegang kucing depan rumah semalam, hati saya rasa macam 'best'.
rasa macam nak senyum je. hehe.
haishhh...apalah...
selama ni kalau nak sentuh mesti kena fikir beratus-ratus kali...
padahal, apalah salahnya pegang. lepas itu basuh la tangan bersih-bersih.
inilah namanya budak bajet pembersih.

*mengeluh*

kelemahan yang patut diubah.
dan perlu diubah!

mungkin saya boleh jadikan matlamat ramadhan kali ni untuk bermesra dengan kucing. hehe.
*berangan*

tapi, mana nak dapat kucing?
hurmmmm...
hurmm..
hurm.

kalau nak bela dalam rumah mesti la umi tak bagi.
hurmmmm..
hurmm..
*bajet sedih la konon*

bermesra dengan kucing dalam internet je kira boleh tak?

*hampeh*


mood: rasa macam nak belai-belai, peluk-peluk kucing la pulak sekarang ni...

eh, terima kasih kucing jalanan yang telah membuka hati ni!


sempurna.

apakah pengertian jahat pada dia yang baik?
aku melihat si baik itu begitu benci pada yang jahat
di caci makinya sepuas habis baik
terlupa untuk bernafas dan berterusan mencarut.

pada aku yang jahat itu tidak sempurna tanpa adanya baik
jahat itu wujud kerana lawannya
dan lawannya adalah yang baik
malah alam lebih sempurna dengan kewujudan keduanya.

bukanlah aku mahukan kejahatan bermaharaja
tapi biarlah wujudnya ia
supaya aku ini dapat bezakan yang baik dan yang jahat
kerana mana mungkin dapat aku bezakan tanpa wujud salah satunya.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba


...menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Tuesday, July 19

terlewat.

Walau sejauh mana pun kau ditinggalkan tak bermakna kau keseorangan dan terbiar. Cacat mana pun langkah kau, tetapkanlah melangkah. Waktu itu makin hampir dan masa depan itu menghampiri. Jangan sampai kau hanya berdiam dan menangis di penjuru lalu menyalahkan diri. Tiada guna lagi waktu itu. Mereka yang didepan sana takkan mahu menoleh kau yang dibelakang sebab meraka sudah cukup jauh. Pergilah berlari, tinggalkan perasaan celau itu. Kejar waktu itu dan dakap sepuas-puasnya hingga damai hati kau dan teruskan mendakap. Apalah yang harus saja kau risaukan, kalau ini sudah memang khabarnya kata hati yang Tuhan terbangkan untuk kau. Tak guna bila jiwa kau itu ditarah kau sendiri. Siapa yang mahu merawat jiwa kau kalau bukan kau sendiri?. Kau mahu mereka yang didepan berpatah balik dan lihat apa yang terjadi pada kau?. Jangan bermimpilah. Kerat jari pun takkan mampu mengubah segalanya. Berdegillah untuk maju ke pintu itu dan masuk kedalamnya. Aku percaya suatu hari nanti kau mampu ke sana. Percayalah...


...kehadapan kau yang merendah-rendahkan diri.

Monday, July 18

tiada guna.

bila ternyata dipenuhi soalan
jawapan tak mampu berguna lagi
kalau yang dimahukan hanyalah kerecokan
buat rumpil mereka yang mencari.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

kadang-kala manusia ini suka mengajukan pelbagai soalan untuk menjatuhkan seseorang. bila kita tak mampu menjawab, seolah-olah menjadi peluang besar bagi dia untuk mencari cela kita.
Silalah berubah wahai manusia.


...menulis untuk diriku sebagai peringatan.

Sunday, July 17

teman.

Mood malam ni terasa sangat sentimental. Mungkin telalu banyak teringat kisah silam yang tak berapa nak silam. Manalah kawan-kawan saya yang bersama-sama mencorak warna muda dulu. Semua sudah ligat bermain warna untuk pentas masing-masing. 'Hebat'. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk mereka. Semoga pentas yang diwarna memiliki corak yang terserlah.

Selamat berjaya kawan!

*mata bergenang*

jiwa-jiwa rindu singgah lagi di hati..haishh...

Saturday, July 16

tak jumpa lagi.

sejak akhir-akhir ni saya agak banyak merepek dan merapu.
senang kata seperti ketandusan pemikiran yang waras.
hadap diri sendiri dihadapan cermin dan berkata
"Hey! silalah pulang wahai diri".

*mengeluh*
*kembali senyum*

->cermin watak<-

buta

hari ini mungkin saya kehilangan
esok mungkin saya pula yang hilang
lusa mungkin tak muncul-muncul
sebab saya rasa saya tak nampak diri saya


Friday, July 15

cermin watak.

dan hari ini aku terpaku di hadapan cermin
siapa dia disebalik wajah ini?
wajah yang diberi pinjam
rupa yang tak terbancuh warna

bersila meneliti rupa di cermin
mewarnakan untuk watak seterusnya lagi
hilang watak rupa pun tiada
takkan mampu kembali ke pentas

apa guna memegang banyak watak
andai yang dilupa semakin terleka
bawalah aku ambillah aku
yang awalnya sebahagian rekaanMu.


Copyright © 2011-2012 farhahzaba


..menulis untuk diriku sebagai peringatan.
-farhahzaba-
  2 a.m

realiti

ini realiti separuh nafas yang aku hirup
tercela manapun lahirnya tetap bernyawa
bukan untuk kau mencelakakan yang cela
tugasmu untuk di atas sana

aku bukan sempurna
kau bukan tuhan
takkan mampu menelan seranah
kunyah saja menjadi musnah.


Copyright © 2011-2012 farhahzaba


...menulis untuk diriku sebagai peringatan




Thursday, July 14

Soal hukum.

di pusat beli-belah...

"ehh, minta maaf la saya tersentuh tangan kamu tadi"
*terkesima*

"saya tak sengaja, saya hormat pada awak. kita kan kawan."
*senyum*


Saya bukan terkesima sebab apa, saya cuma bangga bila saya dihormati oleh seorang 'lelaki yang bukan muslim'. Pelik, macam manalah orang 'bukan muslim' lebih memahami soal hukum berbanding dengan 'lelaki Muslim'.

kemudian terlihat pasangan kekasih 'Muslim' yang merangkul satu sama lain.

*mengeluh*


Friday, July 1

suara derita.

mahu bersuara
lidah diikat ketat
dibiar bisu
senyap segala dusta
kumpul pengikut
menutup cela
salah berkorban
derita manusia
derita sendiri.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba