Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Friday, November 19

OMG!!

Oh, Yes! seronoknye kat rumah skg ni..boleh lepak2 ngan family ngan adik2 kat rumah.. YES! (katakan yes...cam kat iklan tv tu hehe..)  BTW, ade cerita hot nak share sikit.. tak la hot mane pon sebab skg ni kan musim hujan kat Msia ni..

Sebelum kewujudan ku di rumah pada 16/11/2010 jam 9.03.51 malam ade beberape halangan yg saye lalui yang tak lah advanture mane pon, tapi bleh la wat pengalaman hidup nak cerita kat anak2 cucu nanti.. Ok, kite teruskan degn babak pertama.(ceh...cam teater la pulak)

Perjalanan nak balek batu pahat dimulai dengan Bismillah.(dimulakan dgn bismillah...ikut rentak nasyid Raihan). Sebenarnye, tiket bas balek BP  dah dibeli sebulan awal sebab takot tiket abes nak balek raye Haji ni. huhu.. Abes je exam paper last Bioanalytical Chem kol 12t/h 16/11 teros balek bilik kemas2 barang and pakai campak je masuk dalam beg sebab dah tak sempat nak mengemas.(org bujang la katekan...)

Pastu, rumate kesayangan yang tolong hntr g terminal Makmur kol 2ptg sebab tiket bas saye kol 3.30ptg. Memang dah dirancang seminggu awal  mintak tolong dia hntarkan. Nasib la ade rumate yg baik ni, walaupon rumate kesayangan dak final year kite org mmg rapat cam kengkawan sebaye je.

Dipendekn citer, Kak Ara hntar la g terminal. Kiteorang tak ikot jalan biase, tapi ikot jalan luar biase. haha.. Kononnye nak cepat nak elak jalan jem. Sampai je kat traffic light tetibe kete Kak Ara tak leh gerak. (enjin mati la tu..) Try la start byk2 kali, tapi tak leh gak..Peh! dah la kat tengah jalan kot...

So, Kak Ara amek keputusan nak tolak kete ke tepi jalan, tapi sape yg nak drive? (saye ne tau nak drive kete ni...) Maka, wujudlah dalam sejarah hidupku seorang gadis comel menolak sebuah kete.. Oh, Man! sakit tulang pinggul saye tolak kete berat nak mampos ni.. Kete yang kat belakang tu cam Siut je tolong tengok, bukan nak tolong! what the hell with Malaysian people ni ha?? (ape dorang tak nampak ke yg tolak kete tu pempuan..) kete yang berderet2 kat belakang tu tengah amek gambo agaknye, sebeb tu la takde yg nak gerak bagi pertolongan.

 Time tolak krete bagai nak hilang nyawaku, tetibe rase "apsal ringan lak ni". Huh, seb bek sorang jejaka tolong menolak kete tu, tapi dah separuh jalan kot saye tolak baru dia dtg tolong..(takpela..asal nyawa saya tak habis time tu suda..)

Tapi, lepas jejaka tu tolong tolak dia lari2 masuk van dia. Ceh...ingat nak tolg tegok2 kan kerte tu sekali. Kak Ara dah gabra, saye dok gelak2 je.( gelak je la yg mampu, tolak kerete dah penat). Nak mintak tolong sape time cam ni, balak Kak Ara dah balek johor, classmate kiteorg pon dah balek raye. Adoyai.. 

So, Kak Ara call la family dia, nsib bek rumah dia kat area Kuantan tu gak. Tapi lame gak la tunggu abang kak Ara sampai. Abang kak Ara suh la check kat bateri kerete tu, kot2 wire longgar ke. Kiteorag yang tak tau pape pasal kete ni pon buka la bonet depan kete tu nak check bateri. Ceh...melecur jariku sentuh bateri tu, panas wei..(mane la tau bateri tu panas ke tak)


(tu tangan driver kereta ni merangkap tuan punya kete.)

Peh, memang nasib di kandong badan...panas yang membahang meresahkan lagi pemikiran ku dok pikir apelah nasib lepas ni, dapat naik bas balek ke tak.. Orang2 hanya dok lalu lalang je tanpa nak hiraukan 2org anak gadis kat tepi jalan ni. (nak kene tahan kete satu per satu agaknye baru nak berhenti..) 

Huh~ Seb baek ade kete polis peronda dok lalu jlan tu. pastu abang polis dalam kete tu dok usha kiteorang n kete tu. Uncle polis pon tnye la dari mane? nak ke mane? pastu dieorg tolong la tengok2kan kete tu. tapi tak leh gerak gak kete tu. 
 (uncle polis datang jd penyelamatku)

 (abang polis yang tough)

Kak Ara cakap la nak hantar saye g terminal sebab bas kol 3.30ptg. Time tu dah kol 3.05ptg. Polis2 tu pon tolong la hntar saye g terminal. (wah.. 1st time merase naik kete polis. rase cam tahanan pon ade gak). takot gak la dalam kete polis tu sebab 3 polis laki n saye sorg je pempuan. Think positif sudah...

 (angkat beg besar nak g ke kete polis)

 (tinggal la Kak Ara sorg2 kat tepi jaln tunggu Abang dia sampai datang)

Sebesalah gak nak tinggalkan kak Ara sesorng kat tepi jaln. Tapi kak Ara kate "takpe" jap lagi abang dia sampai. Dapat la saya pegi dengan tenang ke terminal lepas kak Ara cakap cam tu. Urmm.. rase sebersalah still ade gak smpai skg..
 (amek gambo curi2 abang polis kat sebelah time dalam kete)

 (nampak cam bapak budak, rupenye umor baru 21thn siap tunjuk IC kat saye, giler besar n matang polis ni)

 (akhirnye samapi gak kat terminal)

 (Lepas gak pejalan nak balek BP lalu sg pahang ni)

 Lastly, Kak Ara pulang dengan selamt dan perjalan balek Bp pun berjalan lancar.. Alhamdulillah Ya Rab.. Syukur.....

p/s: bahasa kali ni agak kasar sikit sebab emo dgn sifat rakyat Malaysia. kecewa~ =(

Thursday, November 11

Buka langkah

Buat apa putus asa,
Ini baru suku hidup,
Jalan itu masih jauh lagi,
Tarik nafas dan ulang,
Nikmatnya udara,
Susun langkah dan maju kehadapan,
Pasti nanti akan tersenyum.
*kenyit*

farhahzaba2010
















(rindu pada sahabat yang sama-sama melangkah sewaktu dulu)

Tuesday, November 9

fikir

Kau dan aku dalam satu perjalanan yang sama. Yang sangat jauh.Di bawah sinar mentari aku lihat kau berlari-lari. Rupa-rupanya kau mengejar sesuatu yang indah dari jauh. Aku jerit pada kau jangan berlari, jangan kejar apa yang kau nampak cantik. Tapi malangnya kau sibuk dengan kecantikan itu. Sudah aku kata, yang kaca itu jangan kau pegang tapi kau tetap berdegil mahu pegang. 


Aku kata yang cantik dimata tak semestinya baik untuk kau.  Kau kata kaca itu cantik. Tapi kau lupa cantik kaca itu hanya dibawah cahaya. Sekarang kau lihat tangan kau luka. Kau yang merana. Aku cuci luka kau dan aku balut dengan kain putih. Tapi putih kain itu hanya sementara. Kerana yang putih itu tidak akan putih selamanya jika kau tak jaga.


Lalu kita teruskan lagi perjalanan kita yang masih jauh. Aku pimpin tangan kau dan aku jaga kau biar kau tak terluka lagi. Dan malam itu tiba. Kau lihat bintang. Aku tahu kau inginkan bintang itu kerana kecantikannya. Aku kata lagi pada kau jangan impikan hanya yang cantik. Kau diam. 


Kau panjat pokok dan kau ingin capai bintang itu. Dihujung dahan pokok kau bergayut. Lalu kau terjatuh. Kain putih yang aku balut itu kotor dipenuhi pasir.habis dahi kau berdarah. Memang kau degil tak faham bahasa. Sudah aku kata jangan. Gelap gelita. Batu hodoh itu kau tendang-tendang tak peduli. Aku kutip. Aku ambil dua biji batu hodoh itu. Aku lagakan. Daun-daun dan kayu-kayu kering aku kumpulkan. Api menyala. 


Sekarang kau mengerti yang selama ini kau tidak pandang, yang kau kata buruk, yang kau kata tak berguna itu, yang itulah cahaya untuk kau. Yang hodoh itulah yang membantu kau. Kau diam membisu. Berfikir.

farhahzaba 

kisah manusia yang sering mencari yang terbaik, padahal  yang dia rasa baik tak semestinya baik untuk dia.



Saturday, November 6

Bila.

Bila esok dah ahad lusa adalah isnin,
bila dah isnin  jawab la pekse kat DBP (bukan dwn bhsa dan pustaka k..)
bile dah pekse kena la jawab betul2,
bila dah jawab betul2 dapat la markah tinggi,
bila dah dapat markah tinggi boleh la dapat A,
bila dah dapat A boleh la dapat dekan,
bila dah dapat dekan dapat naik pentas,
bila dah naik pentas tibe2 tersungkur,
bila tersungkur mestila malu,
bila malu buat la takde pape yang berlaku,
bila dah buat takde pape yang berlaku orang lain pun pelik,
bila orang lain pelik kita pun selambe je la,
bila dah buat selambe balik la rumah,
bila balik rumah takde orang kat rumah,
bila takde orang kat rumah kita pun tido la,
bila dah tidur rupanya ni semua mimpi,
bila kau baca jgn sakit ati k.

(situasi entah pape entah, takde hala tuju sebab keadaan yg membingungkan bla..bla..bla..)

p/s: Ya Allah aku perlukan kekuatan untuk berjalan ke masa hadapan.

Friday, November 5

Si mangkuk

hey mangkuk, 
periuk,
perigi,
....
...
..
.
nape malas ni??
pegilah asah senjatamu tajam-tajam!
jangan sibuk cari fasal,
nanti kau yang menyesal.

Monday, November 1

Ok fine, memang salahku!

Ye, saya memang bersalah. Minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja. malam ni tension sangat sampai sanggup melakukan perkara yang tak sepatutnya. huh~

Minta maaf wahai tetikus ku. Tapi awak pun salah juga, kenapa tak berfungsi dengan tiba2. huh! dah la banyak nak study ni....(ni adalah keadaan di luar tabiat)
Dengan perasaan yang marah, habis jahanam tetikus tu kena tibai.MySpace 
 (bila dah ada alatan yang sepatutnya, tangan ni memang gatal nak menjahanamkan)

 (rupa-rupanya cam ni la rupa tetikus yang sebenar, tak lah nampak hebat sangat ciput je component dalamnya tapi harga mahal betol.......memang tak patut~)

Lepas geram pon selesai, dan akhirnya tak boleh nak guna teros. waaaaaaaaa.....MySpace

 Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).
 
Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).



p/s: Sifat marah yang melulu ini memang sangat buruk ye.