Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, March 30

belajar.

dulu dia si tuli yang bingar,
dulu juga dia si buta yang bebal,
sekarang dia mula belajar untuk mendengar,
mula melihat untuk kembali ke pangkal.

Copyright©2009-2011farhahZaba

melihat langit, awan, pokok-pokok, burung-burung, air yang mengalir, manusia yang berjalan, hujan yang turun dan segala bagai aktiviti dunia yang aktif dengan pemikiran ketuhanan membekalkan diri sendiri kearah ketamadunan jiwa dan hati dari kelalaian khayalan dunia manusia. 

terima kasih kerana mengajarku belajar melihat dunia ini melalui tingkap kaca rohani. terima kasih.
terima kasih untuk kamu.
terima kasih untuk jari-jari yang menaip.

:)

kamu.

Sunday, March 27

keji

bila hina dicaci,
bila mulia dipuji,
adat manusia yang keji,
tapi kenapa Tuhan yang kau benci?

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

manusia itu bila menjadi susah dan dicaci Tuhan pula yang dia salahkan, dikatanya Tuhan itu yang tidak adil. Apa benar Tuhan itu tidak adil?? hanya manusia yang cetek iman sahaja berfahaman begitu. 

Thursday, March 24

Perhatian!! Penting untuk semua student dan suri rumah.

Pernah tak kamu masak guna periuk aluminum?? Tipulah tak pernah, abes tu masak nasi selama ni bukan guna periuk aluminium yang elektrik tu ke?? Jarang lah orang-orang zaman sekarang ni masak nasi tenggek atas dapur gas, tipulah kalau tak nak mengaku.(ayat cam tak puas hati lah pula)

Okey, zaman sekarang ni memang kebanyakkan peralatan memasak semua guna aluminium sebab pengalir haba yang baik dan cepat untuk panas. Orang zaman sekarang pun semua nak cepat manalah nak tunggu periuk dia panas lama-lama ni. Kalau lambat sangat baik beli kat kedai yang dah siap masak tu, tak pun beli makanan yang segera masuk dalam microwave pastu masak 5minit dalam tu dah siap. Cepat dan senang!

Nak senang pun mestilah jangan abaikan kesihatan diri tu semata-mata nak cepat dan kejar masa. Sebab apa saya bebel fasal perkara ni ek?? Sebabnya saya baru kena tegur dengan pensyarah saya tentang kesan penggunaan periuk aluminium ni atas diri kita. Hurmmmm...Dah sedap2 makan steambot tomyam minggu lepas tetiba kena sound pula dengan pensyarah sendiri tersedak tekak ni. Btw, Terima kasih miss lee sebab ingatkan kami! Love u lah! ^_^

(disebabkan cik huhu yang promote gambar ni kat fb dah terkantoi tengok citer Doraemon!..)
(Miss Lee yang tak puas hati tengok saya masak sedap sangat pun menegur dengan jayanya)
(Ceeiitt..perasan lah pulak aku ni)

(Jangan terpedaya dengan kesedapan steambot ini. tapi memang sedap pun!)

Setelah mendapat tahu hal ni, saya pun pergilah link yang Miss lee bagi kat facebook tu, tapi tak puas pula sebab kurang penjelasan. Lepas tu saya pergilah buat research sendiri (bukan buat experiment sendiri pun, pergi cari article dan jurnal kat pakcik google je). Sebelum ni memang kami pernah buat research fasal macam mana nak cegah bau badan selain guna deodorant sebab deodorant mengandungi kandungan aluminium yang boleh menyebabkan penyakit seperti alzheimer. Memang dah tahulah serba sedikit tentang kesan aluminium ni tapi terlupa pula tentang periuk yang selalu saya guna untuk main masak2 kat asrama ni. Haha..memang tak alert betol!

Memang aluminium ni tak beri kesan apa-apa bila kita guna untuk masak benda yang biasa-biasa macam nasi, tapi aluminium dalam periuk itu boleh menurun dalam masakan kita bila kita masak makanan yang berasid seperti tomato dan macam-macam lagilah. Aluminium boleh bertidak balas dengan acid dengan jayanya. walaupun jumlah aluminium pada masakan kita hanyalah 30-50mg sehari dan boleh diabaikan berbanding jumlah aluminium yang kita dapat dari sumber lain tapi ia tetap ada dalam badan kita. Tapi setiap kajian yang dilakukan tak semestinya sama dengan kajian orang yang lain.

Seperti kajian di bawah ni, kita dapat lihat perbezaan jumlah aluminium dalam makanan mengikut jenis periuk yang kita guna. (Sila tekan link kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut)

Macam kajian kat bawah ni pula perbezaan nilai aluminium yang terkandung dalam makanan mengikut jenis makanan bila guna bekas aluminium untuk masak. (Pergi tekan link kat bawah gambar ni untuk tahu lebih lanjut)

4ppm aluminium dalam darah manusia boleh menyebabkan darah manusia membeku. Mungkin untuk jangka hayat yang lama dapat memberi kesan kepada kesihatan tubuh kita seperti penyakit alzheimer, parkinson, anemia, osteomalacia dan serangan jantung.

Saya rasa mesti ramai student di luar sana yang masak menggunakan periuk nasi aluminium elektrik untuk masak macam-macam makanan macam saya ni. (Opss, kantoi lah pula). Maklumlah masih bujang lagikan, nak jimat tu kadang-kadang masak sendiri je, tak pun tengah bosan2 main masak2 dengan kawan2. Tapi nak diingatkan lagi sekali, lepas ni kalau nak masak guna periuk nasi elektrik tu masak sup2 boleh la. Elakkan masak makanan yang masam2 macam tomyam ni.

Untuk suri rumah yang kadang-kadang pernah masak guna periuk nasi ni untuk masak2 lauk pauk harap lepas ni elakkan. Masak nasi je sudah lah ye. Kalau ade periuk aluminium atau kuali pun elakkan jugalah ye. Nanti suami dengan anak-anak dan diri sendiri pulak yang kena penyakit. Hurmmm...Okey untuk rujukan tambahan sebagai bacaan ringan tentang aluminium ni lawatlah laman2 web ni ye.

Is Aluminum Cookware Bad for Your Health?
Aluminum and its effects in / on human body how does or harmful
Inhibition of aluminum corrosion using Opuntia extract -science direct-


p/s: renung2kan dah selamat beramal~

Sunday, March 20

Manusia yang tidur.

Manusia itu bila berjaga semua diinginkanya, bekerja, bercinta, beribadah dan berfikir kerana masih lagi punyai jasad. Namun bila saja kelelahan tiba, mungkin menjadi bahagia atau derita yang dirasa. Tapi masih lagi sanggup terjun dalam keinginannya menjalankan tanggungjawab insan. Menggali hingga ke dasar laut dan mendalamkan kehidupannya.

Sedangkan masih ada lagi manusia yang memejamkan mata membiarkan dirinya bergelap dalam dunia istimewanya mimpi. Memekakkan telinga terhadap dunia yang aktif dan menenggelamkan diri dalam lautan yang asing di setiap detik malam atau siang. Dan yang sebahagiannya masih terapung-apung beristirehat membiarkan sekeliling tanpa perasaan mahupun campur tangan.

Dua sifat manusia yang masih lagi dapat dilihat dikala ku bersendirian jaga. Tidur bukanlah berehat semata-mata bukan juga untuk melakukan apa-apa hal yang kosong. Tapi bukankah manusia itu tidur untuk tidak menyaksikan hal-hal yang gila, jenaka, mengerikan, masalah, dan pergolakkan?

Jika manusia masih lagi merasakan mimpi itu paling indah maka teruskan saja memejam mata dan memekakkan telinga menutup pintu dalam gelap. Maka tidurlah dengan posisi ego yang condong menjelajah hal-hal dalam mimpi.

Yang telah terjaga dan mengosok-gosokkan mata teruskan saja membuka pintu membiar cahaya silau menyergah diri. Jangan sampai manusia itu terbangun hanya pada saat maut menjemput lalu terbiar lemas dalam sia-sia. Pilihan hidup itu memang selalu wujud ketidakpastian, gentar dan rasa takut pada hidup seseorang manusia, barangkali hilangnya ketetapan dan luruhnya keutuhan menyebabkan manusia memilih untuk tidur sebagai ilham negatif.

Usahlah membiar derau bumi, petir yang berkilat silau atau hiruk-pikuk dunia dengan hanya melenakan diri diatas katil yang empuk dengan merasa tiada perkaitan dengan suara-suara dan rupa-rupa suci yang terbangun. Bangkitlah membuka dinding kelopak matamu manusia lalu mencuci rupamu.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


untuk diriku sendiri sebagai peringatan lalu menulis untuk mereka yang tidur dan juga yang terjaga.


cinta

mencari fatamorgana cinta dunia.

tersesat jiwa berkiblat leka;
mana dia janji manusia?

Copyright © 2011-2012 farhahZaba



Saturday, March 19

diskriminasi

jika benar dihunus penyesalan,
jangan ditelan maaf itu ujar saja,
dihenyak makipuas dulu telah aku simpan,
tiada diskriminasi mengujar maaf berkata.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


p/s: manusia itu bila betul-betul dia menyesal dengan perbuatannya, mana mungkin dia memilih-milih untuk memohon maaf.


Natto.

Yeahh..! alhamdulillah hampir berjaya menyiapkan mini projek 'production of Natto' untuk subject Enzyme Tech. & Fermentation. Tinggal sikit je lagi~
Terima kasih untk semua yang sudi membantu dan memberi kerjasama! (cik tika, cik pipah, cik huhu, cik soriya dan bebear) ^_^

Natto? pe kebendo tuh??

Natto tu ala2 cam tempah la gak..orang jawa makan tempe, tapi org jepun makan natto ni. Kalau nak ikutkan kajian walaupun natto dan tempe ni dari sumber yang sama iaitu kacang soya tapi kedua-duanya mempunyai nilai nutrisi dan kebaikkan yang  berbeza. Bentuk dan bau pon sangatlah berbeza ye. Bau tempe tu lagi sedap dari natto ni. Natto ni bau dia adalah sangat tak menyenangkan sebab bau nya macam bau kaki atau bau stokin! Eeeuuuwwwww~  (nak rase camne rase kaki korang, raselah natto ni)

(bahan2 yang diperlukan. gula tu penting sbagai sumber nutrient tuk cik2 bakteria ye..)

  (kacang soya direndam dulu sampai kembang 10jam)

 (lepas itu basuh bersih2)

 (timbang cik kacang soya)

 (lepas itu timbang gula)

 (bungkus bekas kacang soya dengan aluminium foil supaya tak ditutup ketat)

(masukkan dalam mesin basuh autoclave selama 10mnit suhu 121degreeC dah cukup )

 (Opss, ni cik zira yang tengah bosan menunggu susu dia mendidih tuk buat yogurt)

 (lepas dah siap autoclave, isolate bakteria bacillus subtilis dan bacillus cereus)

(masukn bacteria tu dalam kacang soya)

 (incubate 42 degree C dalam incubator melebihi 24h)

 (ambil sample sepanjang fermentation berlaku untuk diuji 
tahap pH dan penghasilan enzyme nattokinase)

 (uji tahap nilai pH)

 (Natto mula menjadi 'sticky' atau melekit selepas fermentation selama 15jam)

(sample yang dah diuji tahap pH disimpan dalam refrigerator untuk hentikan bacteria growth)

Okeh tinggal sikit je lagi nak siap! hehe..^_^ lepas ni tinggal uji sample tadi dengan darah tuk lihat tindakkan enzyme nattokinase yang terhasil melalui fermentation ni. Sebenarnya nattokinase ni sangat membantu melancarkan perjalanan darah dan sangat sesuai tuk elakkan sakit jantung dan stroke. Nak tahu lebih lanjut lagi pergilah tanya pakcik google ye..hehe..

Buat mase ni, bacteria  bacillus subtilis  menunjukkan tindak balas yang memberangsagkan dalam fermentation of natto. Tapi bacillus cereus macam tak sesuai untuk fermentation natto ni dan menghasilkan bau yang masam cam bau basi. Uweeeekkksss! :p

Ehh, dah macam buat report pulak ayat ni. hohoho..

Okeh.. semua project hampir siap, mintak-mintaklah sempat balik rumah sebelum exam nanti..
Waaaaaaaaaaaaaa~~~~~ homesick makin menjadi2 ni..=(







Wednesday, March 16

Binasa sendiri.

Ya. Saya suka bahasa kias atau berbunga-bunga ni (tetibe je). Bukan tak reti nak meluahkan yang terang-terang tapi bagi saya yang berkias itu lebih baik. Sebagai orang melayu saya memang sangat berbangga dengan bahasa yang berbunga-bunga atau berkias ni. Terima kasih datuk nenek moyang ku!

Kata-kata  berkias ciptaan saya malam ini:

Akhirnya lubang yang dia sibuk gali-gali menjadi kuburnya sendiri.
-FarhahZaba-

maksud: Manusia yang sibuk mencari keburukan orang lain  akhirnya dia sendiri yang binasa dan tinggal sendirian terkontang-kanting bila sikapnya yang keji telah terbongkar. Dasar keji!.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba


p/s: dengan kuasa Tuhan, bulu si merak yang cantik telah terbakar musnah dengan api dari mulut si naga. terima kasih si naga. terima kasih semua. 


Monday, March 14

Maki amarah.

Si naga dan si merak mengamuk dengan rakus dan amarahnya,
Hampir hancur negeri itu malam kelmarin,
Semua bertempiaran ketakutan,
bukan takut dibunuh atau dimaki,
tapi takut dengan perpecahan yang bakal terjadi.

si naga dan si merak begitu angkuh dengan kelebihan yang dia ada,
mereka kata dunia ini dalam genggamannya,
semua mesti tunduk dan patuh padanya,
yang tidak bekerjasama dengan kekejamannya dituduh si pengkhinat,
habis parah semua jiwa dilaknat.

pagi tadi si naga dan si merak senyap tak berkata,
ditunduk pandangannya dari segala,
semua benci padanya dan tergelak teringat gelagatnya malam kelmarin,
amukan yang angkuh tanpa hati memang sangat memalukan.

semua tahu si naga dan si merak hanyalah si keji,
tapi bila kemaafan dipohon pasti akan selesai semua jiwa,
sekarang semua hanya menanti,
tinggal si merak dan si naga saja yang perlu mohon maaf bersuara.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


Si naga dan Si merak yang rakus, menceritakan tentang 2 manusia yang tidak sedar diri dan bongkak dengan kesalahan yang mereka lakukan lalu melepaskan amarahnya tanpa berfikir dan akhirnya malu dengan perbuatannya.



Saturday, March 12

dia yang terjaga

petang semalam sinar itu menyapa,
dilihatnya kaku tak mengejar,
difikirnya terlalu lama,
kemudian terjaga,

tersedar dalam dilema,
apa jalan hidupnya nanti?
direnungnya dunia hingga lupa,
sekarang hanya ternanti-nanti,

nasib Tuhan itu ada cinta,
malam yang gelap sinar kembali,
difikirnya lagi hampir dera,
langkahnya tetap berlari,

sekarang pada sinar dia berkata,
jangan campak aku lagi,
moga kita tetap bersama,
sinari aku sampai pagi.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


Thursday, March 10

Terkejut!



Ya, ini memang tidak adil!!
apalah masalah lah masalah Dr makky ni??? adoyai.....
beratnya kepala otak ni nak memikirkan masalh dunia ni...huh~
macam tak jadi je nak g tengok wayang citer Merong mahawangsa hujung minggu ni..
..hurmmm...
Arghhhh....!!!
dah la semua keje projek nak kene hantar..
dah la nak balik rumah pon tak dapat nak curi2 masa langsung...
dah la tengah homesick ni..
menci!! menci!!

p/s: situasi kelam kabut + sakit hati dengan serangan malware.


Saturday, March 5

Takpe, sikit lagi!!!

 (Tinggal berapa hari je lagi ni??? arghhh~)

(takpe, farhah za'ba boleh!!!)

Bila garisan penamat hampir tiba,
takpa saya kata,
sikit saja lagi ni,
sikit lagi!

Friday, March 4

anjakan paradigma.

disaat paradigma membukakan mata,
hati telahpun mengambil takhta sang akal,
tiada lagi siksa untuk jiwa,
tapi masih terasa janggal.

kerana belum pernah begini,
aku dipesan Tuhan menjadi insan,
payahnya rasa disetiap inci,
si aku yang pernah dipercakan.

kelmarin angota badan yang tersiat telah bercantum,
terpancar suka si hati tidak kelam,
seperti nyawa yang takmahu melepaskan tangan,
hati pulang mengdakap tuhan.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba




Wednesday, March 2

tunggu.

dikala jih itu terlepas,
dikatanya jalannya kubra,

--dengar sini kata saya--

itu semua bukan norma,

yang perih itulah perlu,
perih itu perlu.

usah benci,
tunggu saja nanti.

-tunggu-

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

untuk manusia yang bila impiannya tidak tercapai, jangan mengalah, teruskan usaha pasti ada habuannya.! :)

Tuesday, March 1

Apabila malam menjelma.

Semenjak di akhir-akhir bulan februari 2011, bila malam buta mula menjelma saya mesti tak boleh nak tidur. Pada mulanya ingatkan sebab banyak tidur siang agaknya. Sebelum-sebelum ni memang selalu je tidur waktu siang tapi takdalah sampai tak boleh nak lelap langsung bila malam menjelma. Oh, ini sudah parah nampaknya, dah berhari-hari tak boleh lelap mata.

Setiap malam tak dapat tidur, bila dipaksa-paksa mata ini untuk pejam dia agak berdegil nak menurut perintah otak. Adakah otak dah turun takhta untuk memerintah seluruh anggota badan pada waktu malam?? Oh tidak... Terpaksalah diri ini bertahan dengan kederhakaan si mata. Segala bagai ayat-ayat suci telah dibaca, ambil air wuduk pon sudah, namun masih lagi berdegil si mata ini. Syukur dapat tidur akhirnya, itupun bila jam sudah menunjukkan pukul 4.30pagi atau 5pagi. Setiap malam pasti begitu. Peh, memang merana satu badan bila dapat tidur hanya 2jam sehari, ditambah pula kelas yang bermula pukul 8pagi! (tapi saya tetap gagah)

Banyak kali saya cuba tidur awal dalam pukul 12malam, malangnya sampai pukul 4pagi masih tak boleh tidur lagi. selama 4jam saya cuba memerintahkan si mata untuk lena namun tidak berjaya. Memang agak parah disitu. Ada satu masa tu, tidur pukul 12malam tiba-tiba terjaga pukul 2pagi. Rumet kesayangan dah dibuai mimpi, saya cuba untuk tidur semula tapi tak boleh juga.

Suatu hari rumet kesayangan tanya saya (saya ade sorang je rumate):

"Pa'ah, ko memang tak buleh nak tido ey sejak akhir2 ni?"

Gluurp, camne plak rumate aku bleh tahu ni? (monolog dalaman)

"aku pon tak leh nak tidur gak sejak akhir2 ni"

Oh yes!! rupenya rumet saya pun sama lah. Tapi apasal hari-hari dia macam tidur nyenyak jew. Hurmmm....(agak pelik disitu)

Bila malam buta menjelma, bila lampu ditutup, bila bilik menjadi gelap, bila mata mula untuk lelap pasti almari baju tu berbunyi-bunyi.

 "krek...krek..krokkk.."

Pada mula-mula sangkaan,  itu hanyalah sekadar angin kipas atau angin dari tinggkap yang menolak-nolak pintu almari baju. Bila difikir logiknya, masa kiteorang study malam (saya memang budak nerd) sebelum tidur takde pulak pintu almari tu nak berbunyi-bunyi. Tapi bila tutup lampu je almari tu buat konsert pulak! Adoiyai... ini sudah parah~

Suatu hari dikelas, anak-anak gadis remaja sibuk bergosip. Tanpa berlengah-lengah lagi terus menuju kearah mereka. Rupa-rupanya mereka sedang bergosip pasal 'bendayangtakperlukitacakap' bak kata tieah. Cik tieah telah dihantui kak limah yang tidur disebelahnya pada suatu malam semasa ketiadaan bedmate nya, cik jannah.

Oh, ini makin parah. Kekeliruan identiti telah berlaku disitu (identiti 'bendayangtakperlukitacakap'). Ditambah lagi pula dengan cerita cik Huhu yang mengatakan seorang senior di blok saya telah nampak 'bendayangtakperlukitacakap' tanpa muka semasa beliau menaiki tangga di aras 4!. OMG! Ah, ni makin parah ni!! parah ni wei!! parah giler wa cakap lu! Manalah tak parahnya, orang dari blok lain pula yang tahu cerita sedangkan saya yang blok sendiri pon tak tahu cerita ni (nampak sangat tak join bergosip). Ke esokkan harinya Cik Huhu mengatakan yang senior tu bukan nampak 'bendayangtakperlukitacakap' di tangga aras 4 tetapi di tangga aras 2!.. Mak oiii, itu aras saya tuh!! Keadaan semakin parah ni. (parah sebab tatot nak g toilet sebenarnya)

Saya pun menceritakan hal-hal gosip 'bendayangtakperlukitacakap' pada rumet kesayangan. Dia pun cakap:

"patutlah kite takleh nak tidur sejak akhir-akhir ni"

Errkk..ade kaitan ke?? okey fine, saya baru tahu kalau ade 'bendayangtakperlukitacakap' tu kite memang tak boleh nak tidur. Ditokok tambah pula oleh besfren yang berpengalam membaca novel-novel melayu selama 10tahun, katanya kita dapat rasa bila jin tengok kita. Dan bila jin perhatikan kita, kita memang tak boleh tidur. Hurmmm...(boleh pakai ke idea cik Tika ni)

Di suatu pagi yang indah, disaat saya terlambat untuk ke kelas sebab mencari-cari tudung yang sesuai tak terjumpa-jumpa:

"gedebong!..dush!" (menutup pintu almari dengan marahnya)

"ni lagi satu ni, asal malam je ko nak berbunyi-bunyi!! kalo tak kacau aku tido tak boleh agaknya!"
(kata-kata terakhir sebelum menuju ke kelas selepas menutup pintu almari di penjuru bilik)

Erkkk...agak baran disitu, tapi bila saya fikir-fikir balik beraninya saya marah 'bendayangtakperlukitacakap' tu! (terlajak perahu boleh diundur, telajak bahasa buruk padahnya).

Sekarang masih lagi dalam keadaan tak boleh nak lelap mata. Entah apa masalahnya pun tak tahulah. Yang peliknya rumet saya dah dapat tidur dengan lena dah sekarang. Jeles betol!

Dua hari lepas tiba-tiba saya terjumpa laman web pasal gangguan jin ni, antara yang terpampang kat page tu serba sedikit macam berkaitan je dengan fenomena yang saya alami. Ye ke??


TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS/ JIN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

sumber:  SINAR ZAMDURRANI

Okey, dah sah saya memang tak diganggu!! yeahhhh!!! (berlagak takde ape2 yang berlaku)

(lenanya cik jari ni tido...jeles I..!)