Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, April 6

silat warisan Melayu, tak salah bukan Melayu Islam pun sertainya.



Gambar diatas: farhahzaba bersama silat olahraga UMP, silat 1 Malaysia dan 3 perguruan silat di Taman Budaya pahang(SINAR Harian)

Silat ni sebenarnya seni pertahanan diri Melayu dan dihiasi dgn cara dan pengaruh Islam.. Silat hanyalah adat dan bukan Ibadat pada asalnya. Tetapi silat boleh menjadi ibadat bagi kita orang Muslim apabila disertai dgn niat yang baik kerana ALLAH. Saya pernah dengar soalan dari seorang sahabat, "boleh ke orang bukan Islam masuk silat? yela, silat ni kan bila nak mula je mesti baca Al-Fatihah la, baca 3 Kul, macam2 lagi la ayat2 Al-Quran."
Hakikatnya, silat memang boleh disertai oleh orang bukan Islam.. Bezanya cuma kalau bukan Islam belajar silat, tak usahlah disuruh baca ayat2 Al-Quran tu.. bagi mereka belajar silat sudah la, tapi kalau mereka berminat nak belajar tentang Islam lagi bagus dan alu-alukanlah kedatangan mereka. Mungkin suatu masa nanti mereka kembali kepada fitrah untuk masuk Islam.! kesimpulannya, sebagai Muslim segala yang kita lakukan memang akan dikira Ibadah bila diniat KERANA ALLAH..
Jangan cetekkan pemikiran kita..(^_^)v