Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Monday, October 31

belum tamat.

syukur masih lagi bernafas walau masih tercungap-cungap.
hari ini aku kembali ke panggkal, namun pengembaraan masih belum tamat.
bertemu dengan insan-insan yang tak pernah aku rancang adalah anugerah Tuhan; sungguh itu nikmat.
terima kasih segala budi pekerti dan layanan yang terlalu sempurna dari mereka yang menuang saat untuk aku--;aku kagum.
menuangkan saat untuk aku lebih berharga dari menuangkan air, walau keduanya adalah sangat mulia.
aku hanya mampu mengucap 'Alhamdulillah' dan tersenyum.
terima kasih untuk kesempatan ini.
sungguh mereka cukup baik.

31Oktober11
3.41p.m
*kematian itu kepastian.*

kampung wakaf aik 26Oktober11 6.33p.m


Thursday, October 27

wujud

dalam kewujudan manusia ini hanya wujud dua watak.
si bodoh dan si cerdik.
tapi tak semua dapat pegang watak cerdik
iaitu; aku.

kampung wakaf aik
27Oktober11
11.13.a.m.

Wednesday, October 26

Kehormatan.

aku melihat maruah untuk perempuan tidak terbela
kasihan kamu perempuan
kasihan aku perempuan
aku benci perkataan 'kasihan'
apakan daya kalau sudah memang kebenarannya
lalu siapakah yang mahu membela untuk kamu dan aku?

12.a.m
26Oktober11
Sebarang Takir

p/s: aku baru lepas singgah salah satu universiti di Terengganu mlm tadi, pelik dengan susana kolam renang yang bercampur jantina. Tiada pembahagian masa untuk lelaki dan perempuan ke? hurmm...apakah fungsi si penuntut bijaksana tinggi berilmu menara gading yg majoritinya beragama 'Sejahtera'? 
*aku malu*


Sunday, October 23

Musafir.

"10 hari mencari diri dalam hidup"

aku masih lagi bernafas dalam liang-liang rongga yang sempit.
semoga perjalanan ini tidak membusuk 
mohon dari rahmatNya aku menemui diri
belajar di setiap langkah
semoga kembali.

*hela nafas*

p/s: kematian itu kepastian.

Sungai Rengas
23 Oktober 11
01.23 am

Wednesday, October 19

satu perkataan.

c.e.l.a.k.a.


p/s: aku perlu perbanyakkan istigfar. *fullstop*

Tuesday, October 18

ideologi sampah.


dia menyalak tiba-tiba.
*semua senyap*

menyalak memuntahkan segala ideologi sampahnya.
*semua ternganga*

habis menyalak dia memberontak mahu menang tanpa mahu menghormati.
*pelik*

kejadian yang tiba-tiba.
barangkali saraf mindanya direnjat arus adicita kaki kiri bengkok.
terkejut segala jenis manusia, hulubalang, laksamana dan rakyat.

kemudian dia duduk senyap.
*tak puas hati*

masih mahu memuntahkan lagi.
*tiada penamat*

kisah manusia yang berlagak bijak dalam soal bersuara lantang. lebih baik berdiam diri daripada bersuara yang hanya untuk nafsu menunjuk-nunjuk, walhal tidak berilmu. tiada salahnya memberi pendapat tapi jangan sampai mengherdik. :)

Friday, October 7

Pemikir.

aku hanya pemikir bangsat.
berfikir dan hanya diam,
tangan diikat ketat,
mulut dijahit kusam.

tak terkunyah kata-kata,
tak tertelan semua rasa,
tak pernah bertitah kuasa,
tak pernah punya apa-apa.

aku guna jiwa untuk karang rasa.
aku guna minda untuk kira-kira,
bukankah ini semua kerana nyawa?
bukan untuk hasad puaka.

tiba masa nanti aku muntahkan kata-kata;
waktu itu tak lagi hasad berleluasa,
jangan diangkat hempas aku,
tragedi waktu lalu.


Copyright © farhahZaba
10pagiTujuhOktober2011


untuk diriku sebagai peringatan...


Tuesday, October 4

Eksperimen Ralat.

barangkali pola hidup aku mencondong ke bawah
menjadikan hipotesis disangkal terus
eksperimen terkatup gagal sudah
konklusi tak terjawab.

jahanam kau ralat!
mana kau datang mengacau aku?
hipotesisnya aku bertunas bila diberi baja sarat
hasilnya sial saja tidak begitu.

dan aku tidak akan berhenti merujuk
yang sepertinya tidak mahu menunjuk-nunjuk
tetap masih mahu bereksperimen
sampai tunas terus berhasil.

semahunya aku tetap mahu.


Copyright ©  farhahZaba
EmpatOktober2011