Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, January 30

Tiada makna

Mengalir
.
.
setitik
.
.
setitik
.
.
setitik
.
.
atas
.
.
tenung
.
.
bawah
.
.
renung
.
.
depan
.
.
pejam
.
.
baring
.
.
lena
.
.
tenang
.
.
sudah

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


kisah manusia yang bila menangis pasti dia akan mengimbas kembali kesedihannya lalu terlena dengan air mata...



Saturday, January 29

Menikmati pagi hari seorang diri...(Live episod 2)

Sambung cerita lagi...

Tapi kali ni berubah kedudukan pula, sebab baru pergi toilet tadi. Tapi sekarang berada di posisi paling hujung kat dunia. Posisi dekat tepi tembok di hujung kedai bersama-sama dengan tempias-tempias hujan. Hujan janganlah kau lebat, renyai-renyai sudah lah...Awan janganlah kau merenget-merenget tangis, habis aku basah nanti...Tapi takpelah, kau sudi menemani aku sudah..

*Alhamdulillah*

(Eh, tadi tak pakai spek, ni pakai spek pulak?..saya rabun silau ye..)

Tapi tadi sebelum pergi tandas dan merayap beli kerepek untuk dikunyah2 saya duduk bersebelahan dengan posisi saya sekarang.
(Haaa...Tadi saya duduk kat meja batu tulah)

Hujan sekejap lebat, sekejap renyai-renyai tapi angin tetap bertiup kencang.(cehh..dah macam ramalan kaji cuaca la pulak). Jam dah menunjukkan pukul 12.45 tgh hari.

(angin sangat kencang sampai macam nak tercabut tirai ni)

(Hujan lebat sangat, tengok lah yang ada anak panah merah tu pokok kelapa pon macam nak tombang. Kabus menyelubungi pemandangan)

(Jam dah pukul 12.46 tgh hari.. Opss! kantoi pakai jam Barbie..tak matang betol~)

Lagi 2jam lagi bas pergi ke batu pahat akan bertolak.. sekejapkan masa berlalu. Pukul 1.30ptg jap lagi dah boleh gerak pergi surau, tapi sekarang nak buat ape ye??

Haishh...

Maka bersambunglah cerita melihat telatah manusia yang wujud dihadapan mata saya...

Bosan pulak asyik melihat perilaku manusia yang pelbagai ragam. Termasuklah dengan ragam saya sendiri!..
Alamak! tak best lah pulak...Bau rokok lah!! Lelaki yang baru sampai kat meja yang saya duduk tadi dia hisap rokoklah.

Keluar..Masuk..Keluar..Masuk..  Rokok dimulut lelaki tu.
Dihisap dengan tanpa rasa segan silu. Ditambah pula dengan hidangan kopi panas. Berapa  banyaklah agaknya jumlah kafein lelaki itu. Mungkin tak terfikir dek akalnya. Tak sayang diri agaknya. Nyawa bagaikan percaturan. Menang atau kalah tak tentu lagi..

Tauke kedai ni masih lagi bertungkus lumus mencari rezeki. Disusun pula roti2 dan minuman di dalam bakul untuk dijual kepada penumpang-penumpang bas yang tak sempat untuk singgah makan di kedai.

*bijak*

Satu tektik untuk menarik pelanggan.

*rajin*

Diangkutnya bakul jualan kesana-kemari. Jalan dan kembali semula ke kedai. Ditambah lagi roti dan minuman didalam bakul jualannya. Barangkali jualannya laku. Tahniah bro! Anda memang hebat.( ucapan dalam hati je)

(Tauke kedai menyusun roti dan minuman dalam bakul)

(Dibawanya bakul jualan kesana-kemari untuk mencari rezeki)

Tak jemu-jemu lelaki itu berjual, saya sangat kagum. Semoga perniagaan dia sentiasa berjaya dari semasa kesemasa. Anak Melayu yang patut dibanggakan. Lagi2 dia adalah seorang Muslim.

*Bangga*

Jam dah hampir pukul 1.30ptg. Waktu solat zohor pon dah masuk. Saya patut bergerak sekarang. Okaylah sampai disini sahaja post secara live dari terminal makmur Kuantan Pahang. Selamat jalan semua! ^___^

 (Dah pukul 1.25 ptg.. saya nak blah dulu..bye2!)


Menikmati pagi hari seorang diri...(Live episod 1)

Hurmmm...


Urmmm...


Haishhh...


Haip! jangan mengeluh...


Okay..Okay..tak mengeluh dah..

Sekarang tengah duduk seorang diri di terminal makmur dekat kedai kopitiam 'Travel Pack'..
Ye..memang seorang diri..hanya ditemani hujan yang lebat, angin yang sejuk dan cahaya lampu neon..

(jam 10pagi apabila perut terasa lapar...)

Memang selalu begini kalau setiap kali nak balik batu pahat.. Bukan saya ni jenis yang suka 'lonely' okay.. Saya memang lebih suka indepandent kalau nak balik rumah, tak berapa nak gemor kalau balik ramai2 sebab leceh nak tunggu orang...

Sejuk betul rasanya pagi ni..Sambil minum kopi putih dan karipap panas, dihiasi serba sedikit dengan hiruk-pikuk suara orang ramai di terminal ni.

( Kopi putih Rm2 je.. ceh.. dah macam rancangan 'jalan2 cari makan' lah pulak)
(bersama-sama roti dan karipap yang menemani saya..)

Cuti raya cina lah katakan...Ramai berpusu-pusu nak naik bas nak pulang ke kampung halaman (untuk orng yang ada kampung lah) terutamanya manusia yang bergelar 'mahasiswa/mahasiswi'. Saya balik pekan tongkang pecah je...

Huh....sejuknya angin yang bertiup ni..rasa macam nak terken**ng je..Opss!

( inilah budak yang indepandent tuh..hehe..)

Luahan hati tetap diteruskan walau angin sejuk menganggu.. Bas pukul 3petang, tapi sekarang baru pukul 11.05 pagi. Huh~ apakah yang saya perlu buat sekarang???

Tengok orang yang sedang lalu lalang, orang yang sedang mengemas meja makan, orang yang sedang ternganga mulut menyuap makanan, orang yang sedang merenung saya...Opss! Ha?? What??? Someone looking at me lah dude!

Erkkk...saya sangat takut..

Takpe, buat tak tahu je dan teruskan menulis...Huh~ nasib baik dia dah tak tengok lagi.. janganlah tengok saya lagi.. Ya Allah please help me...

Okay dekat depan saya, ada 3 orang tua lelaki yang sedang ketawa 'terkekek-kekek'..apalah yang mereka sedang bualkan tu ye?? Takde kerja lain kah?? Oh, hari ini hari sabtu lah, mungkin mereka cuti agaknya.. Perbualan mereka masih lagi rancak.. Bincangkan masalah harga barang yang semakin naik agaknya mereka ni..Biasalah orang lelaki ni tanggungan mereka berat...

Hehehe..

Kat sebelah kiri saya ada sepasang kekasih sedang makan bersama..
'ngap'. Si lelaki menyuap makanan di mulutnya.
Si perempuan pulak sedang melihat lelaki tu menyuap makanan. (Ceh..makan tak hengat orang agaknya)
Si lelaki terbatuk-batuk dengan tiba2..(haha..amek ko tersedak!)

Tokey kedai ni sibuk menyusun karipap dan roti-roti dalam bekas. Disusunnya dengan kemas.

*perfect*

Disusunnya pula kek coklat di dalam bekas kaca.

*gigih*

Seronok rasanya bila lihat orang yang rajin ni. Tenang hati... Masih ada lagi lelaki yang bertanggungjawab.
Sedih bila nak dibandingkan dengan lelaki yang selalu ambil kesempatan atas harta perempuan dan malas bekerja.

Pekerja perempuan sedang mencuci cawan dan pinggan di dalam kedai. Mungkin isterinya  agaknya. Nampak kemesraan mereka kadang-kadang.

3 orang lelaki tua tadi menghulur duit kepada tokey kedai. Sudah habis berborak mungkin. Baki duit diberikan kapada lelaki tua bermisai lebat. Agaknya lelaki bermisai lebat tu belanja 2orang rakannya.
Mereka pergi berlalu.

*kosong*

Meja depan dah kosong.

Sepasang kekasih di sebelah kiri saya masih lagi di situ. Berbual-bual sambil tergelak-gelak manja melihat telefon bimbit kepunyaan perempuan. Apalah yang mereka sedang gelakkan?..Urmm..

Ha! Seorang lelaki tua berambut putih sedang duduk di meja depan saya. Rambutnya putih. Barangkali umurnya sangat lanjut. Ditenung cawan kopi dihadapannya. Dia melihat orang ramai berlalu lalang. Kekanan dan kekira..

Oh..lelaki tua itu bangkit..

Rupa-rupanya lelaki tua berambut putih itu taokey kedai makan di sebelah kedai ini. Dia bangun untuk ambil 'order' 2 orang remaja lelaki yang datang ke kedainya..Masih lagi gigih bekerja orang tua itu.

Sekarang dah pukul 11.45 pagi.

Apalah yang patut saya buat..Hurmm...memerhati orang sudah cukup buat saya penat..

Angin bertiup kencang sesekali...terasa macam nak pergi tandaslah pulak..

.Cerita manusia sangat panjang dan penghujungnya sangat jauh...Tapi pasti akan terhenti suatu saat nanti..

Okaylah..nanti sambung lagi..



Apakah itu???

"Alamak dah lambat nak pergi kelas ni!"
Dengan segera saya sarung setokin dan terus capai beg untuk ke kelas pukul 9pagi tadi. Buka je pintu bilik untuk keluar tiba-tiba...

Makkk!!!!!!!! (jerit tak ingat dunia)

Sayalah yang jerit tu. Terperanjat, nasib baik tak terencat otak ni sebab nampak benda warna hitam depan mata.

Situasi yang berlaku adalah seperti gambar dibawah (saya dah siap lukis awal2 bagi awak semua faham, manalah tahu susah sgt nak faham ke..^___^):

( warna hitam yang ade '?' tulah yang wat saya terperanjat) 

*Apakah itu??*

Tak sempat saya nak lihat betol2, binatang tu dah lari lintang-pukang sebab dia pon terperanjat agaknya.

Saya yang dah terlambat nak pergi kuliah tadi bukannya nak pergi kelas terus, tapi cepat2 mengejar binatang tu. Manusia biasalah...perasaan ingin tahu tu memg kuat.
Binatang tu berlari-lari sembunyi kat belakang baldi depan bilik hujung tangga. Saya pun dengan senyap2 pergi mengendap binatang tu.

(Chaak! buat ape tu??)

Tapi sayang, binatang tu lari-lari lagi. Laju pulak tu dia lari. Haish!!  kejar punya kejar, dia lari turun tangga pula.. 

(spesis apakah itu?? saya cuma nak tahu awak siapa jelah...napelah lari laju sangat...urmm..)

Saya pun kejar2, sampai turun tangga sekali. Jengah2 aras 1 tak ada apa2 pun. Turun tangga ke aras bawah pun tak ada apa2.. Manalah binatang tu pergi. Nak turun bawah tiba2 terjumpa cik lin yang baru pulang dari kelas 'Malaysian studies'.

*Opsss!*

Saya dah lewat nak pergi kelas. Cepat2 jalan menuju ke jalan yang benar.

Urmm...sampai sekarang masih tertanya2 apakah binatang itu?
Kalau tikus, mesti ekor dia panjang tapi tadi ekor dia berbulu lebat.
Kalau anak kucing, mestilah besar dan ada telinga tapi tadi dia kecil je
Kalau hamster, mestilah dia kecil tapi tadi badan dia lebih besar dri hamster
Kalau burung, mestilah dia boleh terbang tapi dia tak terbang
Kalau tupai, mesti warna dia coklat2 sikit tapi tadi hitam legam je

Kalau begitu, apakah binatang itu??

Huishhh!!!!! saya nak tahulah!! Somebody please help me lah....:(



Friday, January 28

Katakan misalnya...

Katakan misalnya...

Jumlah rambut yang ada sekarang = 1000 000 helai
Jumlah rambut yang gugur sehari = gugur semasa tidur + gugur semasa mandi + gugur semasa sikat rambut
                                                         = 20+30+30
                                                         = 80 helai

Jumlah rambut gugur sebulan = 80 x 30hari
                                                  = 2400 helai

Jumlah rambut gugur setahun = 2400 x 12bulan
                                                  = 28800 helai
Umur sekarang = 21 tahun

Untuk 60 tahun akan datang, jumlah rambut yang gugur = 28800 x 60tahun
                                                                                             = 1728 000 helai
Jumlah rambut tumbuh sehari = 40 helai

Jumlah rambut tumbuh sebulan = 40 x 30hari
                                                     =1200 helai

Jumlah rambut tumbuh setahun = 1200 x 12bulan
                                                     = 144 00 helai

Untuk 60 tahun akan datang, jumlah rambut tumbuh = 144 00 x 60 tahun
                                                                                       =864 000 helai

Umur sekarang + 60 tahun akan datang  = 21 + 60
                                                                    = 81 tahun

Pada umur 81 tahun, jumlah rambut yang tinggal = Jumlah rambut sekarang - jumlah rambut gugur selama 60tahun + Jumlah rambut tumbuh selama 60 tahun
                                                                                = 1000 000 - 1728 000  + 864 000
                                                                                = 136 000 helai

% rambut tinggal pada umur 81 tahun = 136 000/ 1000 000 x 100
                                                                = 13.6 %

gambar sumber google
(rambut makin kurang, umur makin bertambah, tandanya ajal pon semakin hampir)



Setiap sehelai rambut adalah kurnia dan nikmat Allah pada kita, tapi kita selalu tak perasan dengan kurniaan Allah ini. Bayangkan berapa banyaknya pemberiaan Allah pada kita kalau nak dicampurkan dengan setiap helai rambut yang kita ada. Wau! tak terkirakan?

*hebat*

Tapi berapa banyak kali kita bersyukur?

*Alhamdulillah*

*Alhamdulillah*

*Alhamdulillah*


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih”. (QS Ibrahim 14: 7).


Karena itu, maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur”. 
(QS. Az Zumar 39:66)



Tuesday, January 25

Gadis

Dia lelaki yang pentingkan kesempurnaan
Tapi tidak gadis itu, cukuplah menjadi perempuan yang sederhana saja
Dia lelaki yang suka berfikir
Tapi tidak gadis itu, cukuplah dengan belajar saja
Dia lelaki yang senyap
Tapi tidak gadis itu, berkongsi cerita memang minatnya
Gadis itu kasar tapi lelaki itu lembut
Sepertinya dunia sudah terbalik
memang agak pelik

Gadis kasar dituduh suka mencarut
dituduh seorang yang ganas
hatinya sangat panas
memang perit menjadi gadis
semuanya hampir buat dia menangis

Hati gadis itu lembut walau kasar caranya
Kerana jiwanya tetap jiwa Hawa

Gadis itu memang mudah perasan
Andai hatinya sekeras batu pasti akan tercair jua
bukan mudah menjadi gadis

Kalau gemuk dicaci
Kalau kecoh dilempang
Kalau ganas di benci
Kalau diam diusik
kalau baik dipijak
Kalau tak melayan dituduh sombong
Bagaimana lagi gadis itu perlu hidup?
Sepertinya mahu dimusnahkan saja semua lelaki bedebah!

Tapi gadis tak sekejam itu
marah hanya kata-katanya
tapi bukan pada jiwanya

Biarlah lelaki memandangnya apa saja
Asalkan gadis tetap bernafas
mencari hidupnya
melihat dunia
hingga akhir nafasnya.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

tentang kehidupan anak gadis yang sering disalah ertikan sifat dan perlakuannya oleh lelaki 


Monday, January 24

BFF award.

Okay, di hari yang dingin dan hujan yg agak lebat ni saya nak istikharahkan istiharkan blog yang akan menerima award dari saya..Ceehhh...cam dapat award pe je lah kan.
Award untuk BFF lah...Sajo2 je saya buat, tuk 2orang budak gemok dan budak montel, Nana dan Azira.

Budak gemok dan montel jgn lupe amek award ni kay..Walaupun burok korang mesti kena amek gak! kalo tak nanti ada gak yang tercekik batang penyapu. Terutama si gemok jgn bayak songeh. (macam paksaan lah pulak).
Azira a.k.a budak montel, rajin2lah update blog ko cam si budak gemok tuh, nanti leh dapat anugerah dekan. Hahaha.. (adakah itu rahsia si gemok mendapat dekan?).
Btw, saya nak sambung wat technopornoship ni. Saya tahu si gemok dah siap...takpe, len kali saya msti siap dulu dari kamu..Hohoho..(cita2 tinggi lah pulak) :p

Adios~


Sunday, January 23

Dulu banyak yang tertipu.

Ini cerita saya
Tapi jangan ketawakan saya

Dulu masa zaman kecik2 saya ingat zaman dulu-dulu takda warna
Sebabnya bila tengok gambar zaman umi dah abah muda-muda hitam putih je
Sebabnya lagi bila tengok cerita P.ramlee pon hitam putih
Sebabnya lagi bila tengok cerita drama yang ada part 'teringat' pon mesti warna hitam putih
Saya pun fikir macam manalah orang dulu-dulu nak kenal warna
Kasihan orang dulu-dulu
Tapi hakikatnya kasihan saya ni yang tak tahu sebenarnya!

Masa kecik2 dulu saya suka gula2 kapas
Setiap kali pergi pasar malam mesti nak gula2 kapas
Tapi tak pernah selalu nak dapat, sebab abah tak bagi
Saya pun buat anggapan yang gula2 kapas tu mahal agaknya
mungkin sebab susah nak dapat
yelah saya ingat gula2 kapas tu dibuat dari awan!

Lagi masa kecik2 dulu saya suka coteng2 kat atas tangan guna pen
Lepas tu kawan saya cakap jangan conteng2 lagi
sebab cikgu kata nanti tangan tumbuh banyak-banyak atas tangan tu
Kalau conteng2 atas jari pulak nanti jari tumbuh lagi atas jari yang kita conteng tu
Lagi-lagi kalau conteng guna pen merah mesti lagi cepat tumbuh
Percaya betul pada kawan masa zaman dulu!

Dulu kalau menangis mesti orang tua suruh saya senyap
mereka kata kalau menangis nanti ada momok datang
momok suka budak menangis
terus diam tak menagis lagi lepas tahu!

Seronok sangat masa zaman kecil2
Tapi semua dah berlalu
Hurmmm....

Friday, January 21

Don't Worry, Be Happy!!

Assalamualaikum, Hai guys!!(^_^)V

Yeahaaaaaaaaaaaaaa~ seronokkan bila rasa gembira ni. pernah awak rasa gembira tak?? tipulah kalau kata tak pernah..Lagi seronok bila setiap hari kita rasa gembira. Yelah, gembira dengan hidup yang kita nikmati sekarang.! Susah atau payah hidup ni bila hati gembira semua jadi mudah macam korek hidung kan..erkk...macam pelik je perumpaan saya ni. Maaf ye..Hohoho..

Jom kita kongsi tips nak gembira setiap hari! nak tak?? yok lah~~~

Okay, mula2 sekali lepas bangun tido kita terus set kat mind untuk senyum ^______^
kemudian kita baca doa bangun tidur
lepas tu, turunlah dari katil tu jgn sambung tidur pulak ye..
Pergilah gosok gigi dan ambil wuduk untuk solat subuh. kalau nak mandi terus pun takpe..
Masa nak pergi toilet tadi, jenguklah jap kat tingkap dan senyum lagi..wahhhh~ nikmatnye alam ini....ceh..
Lepas solat subuh buat sujud syukur tau, jangan lupe! terima kasih pada Allah sangat2...sukenye~
Kalau sempat bacalah al-mathurat ke yasin ke zikir ke...tapi mesti ingat dalam hati masih lagi ada perasaan terima kasih sangat2 pada Allah..
Kemudian siap-siaplah untuk ke kelas atau tempat kerja dengan ikhlas ye..
Sampai je kelas atau tempat kerja tegur la orang2 kat situ semampu yang boleh..kalau tak mampu nak tegur semua, sikit pun takpelah...yang penting kita bersuara..jangan hidup sorang2 ye guys..hehe..

Okaylah bantutkan penulisan post kali ni disini je..nak tambah pape ke?? tambah lah kalau rase nak kongsi...
Btw, saya suka lagu Bobby McFerrin ni. cubalah dengar..pasti rasa nak menari bila dengar lagu ni.

Don't Worry, Be Happy~


Here's a little song i wrote,
you might want to sing it note for note,
don't worry, be happy

in every life we have some trouble,
when you worry you make it double
don't worry, be happy

dont worry be happy now
dont worry be happy
dont worry be happy
dont worry be happy
dont worry be happy
aint got no place to lay your head,
somebody came and took your bed,
don't worry, be happy

the landlord say your rent is late,
he may have to litagate,
dont worry (small laugh) be happy,

look at me im happy,
don't worry, be happy

i give you my phone number,
when your worried, call me,
i make you happy

don't worry, be happy

aint got no cash, aint got no style,
aint got no gal to make you smile
but don't worry, be happy

cos when you worry, your face will frown,
and that will bring everybody down,
so don't worry, be happy

don't worry, be happy now...

don't worry, be happy
don't worry, be happy
don't worry, be happy
don't worry, be happy

now there this song i wrote
i hope you you learned it note for note
like good little children

dont worry be happy

listen to what i say
in your life expect some trouble
when you worry you make it double
dont worry be happy
be happy now

dont worry, be happy
dont worry, be happy
dont worry, be happy
dont worry, be happy
dont worry
dont worry be happy
don't worry, don't worry, don't do it,
be happy,put a smile on your face,
don't bring everybody down like this

don't worry, it will soon pass whatever it is,
don't worry, be happy,
i'm not worried 



Wednesday, January 19

Jejaka

Dulu-dulu ada seorang jejaka yang sangat suka untuk mempermainkan hati gadis dengan cinta. Memang tak dapat dinafikan yang jejaka itu memang tampan, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, nampak sopan, bijak, senang kata agak sempurnalah.

Seorang gadis pernah dipermainkannya tapi gadis itu tak terperasan dia sekadar dimainkan saja. Hingga suatu hari kawan si gadis itu mengadu padanya bahawa jejaka itu telah mempermainkan hatinya.

*bodoh*

Pernah dulu gadis itu berkata pada kawannya yang jejaka itu tulis surat padanya dan dia juga suka jejaka itu, tapi tiba-tiba kawannya pula mengadu padanya yang lelaki itu mempermainkan hatinya. 

*celaka*

Siapa yang permainkan siapa sebenarnya? gadis itu pun bingung.
“Kawan aku hatinya dipermainkan jejaka itu,  jadi aku juga dipermainkan jejaka itu bukan?” gadis itu bermonolog dalaman.

“Haish..maksudnya aku juga dipermainkan kawan sendiri”. Terlintas di kotak pemikirannya.

Maka, antara jejaka itu dengan kawannya manakah yang lebih penting. Sudah tentulah kawan lebih berharga pada gadis itu. Dimarahinya jejaka itu dengan sesungguhnya demi kawan yang paling berharga itu. Jejaka tidak dapat menerima teguran gadis itu dan dikatanya,

“Aku memang boleh terima nasihat daripada orang lain tapi bukan dari kamu”

Dari telefon bimbit sebesar botol air hingga telefon senipis kertas, jejaka tetap sombong dengan kesempurnaan yang dia ada. Maklumlah, belajar sampai melintasi laut, rupanya sempurna, hidupnya mewah, tapi sayang mindanya sempit untuk menghormati gadis.

“ Aku ni kalau petik jari berebut perempuan datang” kata si jejaka setelah bertahun meninggalkan cerita lampau.

*bangsat*

Masih tak berubah lagi walau belajar berjuta-juta kitab.


p/s: jangan guna bahasa kesat pada orang lain. ^__^


Monday, January 17

Sama

Hujan sangat lebat malam itu, sangat lebat. Namun si ibu tapir tetap melahirkan anaknya yang ketiga. Begitu terperanjat seluruh keluarga tapir kerana anak yang lahir itu bukanlah seekor tapir tapi seekor tenuk jantan!.
 Memang sudah nasib si ibu tapir melahirkan seekor tenuk. Perasaan ibu tapir waktu itu tak siapa yang tahu. Mungkin sedih, benci atau gembira entahlah.

Anak tenuk tetap dibesarkan oleh si ibu tapir dengan rela hatinya atau terpaksa pun tiada siapa yang tahu. kalau dah nama pun anak yang pelik dan lain daripada yang lain mestilah sentiasa dicerca dan dimarahi.

Hai…nasib kau lah anak tenuk..

Sekarang anak tenuk sudah makin dewasa, dan dia berkahwin dengan tenuk pilihannya. Sayang seribu kali sayang kerana tenuk pilihan dia bukanlah juga sepesis tapir. Makin dibencilah si anak tenuk oleh si ibu tapir. Ya, memang benar si ibu tapir sangat mementingkan kesempurnaan dan dia menganggap hanya tapirlah yang paling sempurna didunia ini.

Kini si anak tenuk telah dikurniakan tuhan anak yang ramai. Bahagia sekali si anak tenuk walaupun hidupnya tak semewah ibu tapir. Anak berganti anak, tapi ibu tapir tidak pernah menjenguk cucu-cucu tenuknya. Kasihan cucu-cucu tenuk tak dapat kasih sayang nenek tapirnya. Siapalah tenuk dimata tapir. Memang semua tapir membenci tenuk sebab mereka tak sama.

Satu hari si ibu tapir mula sedar bahawa tapir bukanlah yang paling sempurna malah sama sahaja dengan tenuk.
“Ya, memang tapir dan tenuk itu sama” ujar hati si ibu tapir.

Apakah yang menyebabkan si ibu tapir sedar dengan tiba-tiba?

*pelik*

Rupa-rupanya si ibu tapir baru pernah pertama kali membuka kamus ‘Dewan Bahasa Edisi Empat' bahawa tapir samalah dengan tenuk dan cipan. Iaitu jenis binatang liar yang rupanya seakan-akan badak.


p/s: cerita rekaan farhahzaba semata-mata, takda kena-mengena dengan yang hidup atau mati.

perumpaan untuk manusia yang selalu merasa sempurna hingga manusia lain dianggap semuanya menjijikkan tapi hakikatnya bila ilmu Allah itu dipelajari dengan betul semua manusia itu adalah sama.




Sunday, January 16

Selamat

Hari ini tentu kamu bahagia
Selamat untuk kamu
Selamat hari lahir sahabat
Semoga hari-harimu indah
Semoga jalanmu mudah
Semoga persahabatan ini tak berubah
Jika kamu fikir aku lupa
Tentu aku lebih kecewa
Biarkan aku salah dimatamu
Tapi aku tidak begitu
Selamat untuk kamu
Selamat hari lahir
--Selamat--

*peluk*

(^_^)v


















p/s: terlintas di benak ku untuk menulis untuk kamu sahabat ku 'Noratikah bt Samian'



Friday, January 14

Cukup

peluh
tangis
air mata
--sembunyi--
suka
tawa
senang
--tunjuk--
itu cara kamu ibu
--cukup--
jangan buat aku derita terkapai-kapai mencari selindungmu
tunjuk saja padaku kongsikan rasamu
jangan buat aku tertipu dengan tawamu
sedangkan hatimu ditibai taufan pemusnah dunia
beri deritamu padaku ceritakan rasa jiwamu
usah bagi aku bahagia tapi kamu dalam lelah
bukan itu aku mahu
aku mahu rasa semua peritmu
aku mahu rasa segala kecewa yang kamu rasa
beri padaku beri padaku
usah selindung lagi
--cukup--

Copyright © 2010-2011 farhahZaba


p/s: pernah kita selami hati ibu sedalam-dalamnya hingga ke hujung dasar hatinya?

kisah luahan hati seorang anak kepada ibunya yang sentiasa sanggup berkorban untuknya

Wednesday, January 12

Sempit

Tak perlu terluka bila hati dihiris tak perlu berlari bila dikejar
Tak perlu gelisah bila risau biarkan saja tanpa peduli 
Gagah teguh perkasa
Teruskan saja walaupun merangkak tapi jangan pernah minta dibelas
Biar lorong ini sempit asal tetap berjalan
Biar lorong ini gelap tapi tetap meraba bukan mencangkung menanti bulan
Bukan menangis bersama tubuh.

Copyright © 2010-2011 farhahZaba


kisah hidup manusia yang seringkali diduga tetapi tetap degil untuk berusaha.

“CONTEST INSAN KESAYANGANKU”



Salam semua!!!!!! hohoho.. ni adalah contest kedua yang saya nak cuba lagi..wakaka.. suke lah contests kat blogs ni.. byak kelebihan sebenarnye,  bukan nak menang saja tapi nak kenal blogers yang lain juga.. Okay, contest kali ni kalau nak join bleh kunjungi blog cik Syamiza ni kat SINI.

Ini gambar saya dengan atok saya. Nama atok saya Ali, saya panggil beliau 'Atok Ali'..hehehe.. Sayang Atok Ali sangat2!!!. Saya sayang atok sebab beliau adalah ayah kepada Umi saya dan mestilah saya sayang semua ahli keluarga saya.! ^___^ hehehe.. Btw, teringat masa zaman kecik2 dulu, atok saya selalu datang rumah saya dengan motor skuter dia.. hohoho, rindu nya zaman muda2 dulu... SAYA SAYANG ATOK ALI!

saya nak tag merekalah!:


~gud luck guys~


Tuesday, January 11

Saya Sangat Suka 10Jan 2011!!!!

Hohohohoho...Salam semua!! (^_^)V 
Sukanye x100!!!
Kenapa saya suka sangat ni ye??? Kenapa ni?!!
Sebenarnye saya baru je lepas tengok Malam Puisi Riong yang saya cakap hari tu.. Seronok sangat2! waaaalla~ Peh, memang best sebab dapat jumpe sape lagi kalau bukan Kak Fynn Jamal.. Btw, perfomance malam tadi memang memberi kesan dan membuka minda orang ramailah! Tahniah pada semua yang telah buat persembahan puisi dan nyanyian, superb lah you all! Papa Rock pon bestlah sebab sudi nyanyi lagu 'Kamelia' disaat2 akhir malam tadi. Waaaaaaaaaahhhh.... best..best..best! tu je lah ungkapan yang saya leh kongsikan. Okay kite enjoy gambo ni k.

 ( Kak Fynn!! <3 <3 <3  simple je dia ngan kain batik arwah mak dia..hoho. I loooike~)

(ceit...Cheare, ak plak yg kene amek gmbo ko ye..Urmm..)

 (Abang Fedtri n me..hehehe)

 (Yes! me n Dr Lim swee Tin, he is superb man lah!)

 (bersama classmate kesayangan posing jap kat depan pentas lepas habis majlis)




 (mek ti, mek wa, fiza, dayah n me)

 (Here she is, Beah! hohohoho...)


p/s: gambo Asyraf imam muda tak sempat nak amek, cepat benor dia lari...Ramli sarip pon lari laju,bleh masuk olimpik la dorang ni...hohoho...

Tuesday, January 4

Bangkit

Kasihan dia
Setiap detik dia mencari
Tapi tak jumpa lagi
Pergi sana sini
Semua lari-lari
Jauh-jauh dia berjalan orang tak sudi
Bila bertanya semua jadi sunyi
Mungkin semuanya tuli
Ragam manusia buat dia hampir mati
Nasib semangat dia kuat dalam hati
Sebab dia perlu mencari lagi
takkan hanya menanti sambil bergoyang kaki
dia bukanlah berangan dalam mimpi
tapi ikrar yang pernah dia dijanji
semoga dia kembali bersama cinta yang dicari.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


kisah manusia yang mencari agama tetapi semua orang tidak perdulikannya hingga buat dia bosan dan tetap berusaha sendiri mencari kasih dan cinta Ilahi.

p/s: bosan  dengan sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, mungkin dia rasa syurga Allah itu milik dia seorang saja. renungan untuk diri sendiri.


Apakah Dosaku

Waaaaaaaaaaaahhhh!!! tak sabarnya nak tunggu 10hb Jan ni..(^_^)V
Tapi kenapa 10hb Jan? Sebab Kak Fynn nak datang UMP lah! Hohohohhohoho..sukanya2! Saya memang minat giler dengan karya Kak Fynn. walaupun tak pernah jumpa dia, tapi kalau dapat jumpa sekali ni pon jadilah! Kalau nak jumpa dia kat Gravy Baby pon memang bila tahunlah nak pergi makan kat sana agaknya...

Okay, bagi peminat-peminat seni puisi tanah air jemputlah datang UMP bersempena Malam Puisi Riong sebab bukan ada Kak Fynn saja, tapi ramai lagi tokoh sastera, akademik dan artis popular tanah air tau . Opss,nanti dulu! Malam Puisi Riong kali ni bertemakan Apakah Dosaku bagi berkongsi masalah pembuangan dan pembunuhan bayi yang makin menjadi2 kat negara kita ni..Urmmm..kira baguslah kan tema kali ni.

(sumber gambar Berita Harian)

p/s: wahai hari isnin, cepatlah ko muncul~~~~~~~


Monday, January 3

Popiah Basah Yang Sedap MasyaAllah!

Ya..ya..ya.. Salam semua! (^_^)V 
Saya nak post tentang resepilah hari ni..Semenjak usia saya makin meningkat ni asyik rasa nak memasak je...haha..(statement yg tak tipu). Disebabkan tajuk saya popiah basah, jadi saya nak kongsi pasal resepi ni lah..! Untuk makluman awak, saya dah edit-edit resepi ni. So, ini kire resepi saya lah ye...Bagi family saya yang dah pernah melantak popiah basah saya ni jgn sedih ye, nanti kalau cuti lagi Kak Ude buat ye sayang.....^___^

Bahan-bahan yg diperlukan:

kulit popiah 
1cawan tepung gandum
sedikit air garam
putih telur

Inti popiah
isi daging/ ayam di potong dadu kecil2
lobak merah hiris memanjang
daun bawang hiris memanjang
daun sup hiris halus
tomato hiris dadu
bawang merah dan bawang putih  hiris halus, 
kacang panjang potong kecil
lada cili hiris halus kalau nak pedaslah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:

kulit popiah: gaul tepung dan air garam dan putih telur hingga sebati. ( macam nak buat lempeng tu) panaskan non stick pan , api biar kecil. ratakan adunan tepung atas pan senipis yang termampu. Angkat dan ulang sampai habis. 
Untuk inti: tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan isi daging/ayam.kemudian masukkan tomato, lobak, kacang panjang.daun bawang, daun sup dan cili masukkan paling akhir sekali. Garam secukup rasa.

Balut popiah: Letakkan inti diatas kulit popiah yg dah siap tadi.Gulungkan macam kuih gulung tu...siap untuk di dibedal!

(inti popiah yang dah siap dimasak)

 (pastikan awak guna kuali tanpa minyak)
 
 (letak inti atas kulit popiah yang dah siap)


(Gulung kulit popiah tu sampai cantik barulah boleh bagi orang lain makan)

senang je kan??
^___________^

p/s: sedang menunggu nak merasa rendang dari orang tu.....urmmm...bilalah agaknya~