Dia lelaki yang pentingkan kesempurnaan
Tapi tidak gadis itu, cukuplah menjadi perempuan yang sederhana saja
Dia lelaki yang suka berfikir
Tapi tidak gadis itu, cukuplah dengan belajar saja
Dia lelaki yang senyap
Tapi tidak gadis itu, berkongsi cerita memang minatnya
Gadis itu kasar tapi lelaki itu lembut
Sepertinya dunia sudah terbalik
memang agak pelik
Gadis kasar dituduh suka mencarut
dituduh seorang yang ganas
hatinya sangat panas
memang perit menjadi gadis
semuanya hampir buat dia menangis
Hati gadis itu lembut walau kasar caranya
Kerana jiwanya tetap jiwa Hawa
Gadis itu memang mudah perasan
Andai hatinya sekeras batu pasti akan tercair jua
bukan mudah menjadi gadis
Kalau gemuk dicaci
Kalau kecoh dilempang
Kalau ganas di benci
Kalau diam diusik
kalau baik dipijak
Kalau tak melayan dituduh sombong
Bagaimana lagi gadis itu perlu hidup?
Sepertinya mahu dimusnahkan saja semua lelaki bedebah!
Tapi gadis tak sekejam itu
marah hanya kata-katanya
tapi bukan pada jiwanya
Biarlah lelaki memandangnya apa saja
Asalkan gadis tetap bernafas
mencari hidupnya
melihat dunia
hingga akhir nafasnya.
Copyright © 2011-2012 farhahZaba
tentang kehidupan anak gadis yang sering disalah ertikan sifat dan perlakuannya oleh lelaki
Wah!! best3!! karya akak sndri ke? tabik ah! keep it up kak!! :)
ReplyDeletemana ade best... saja tulis2 hilangkan kebosanan.. btw, thanx tau! :)
ReplyDelete