Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Monday, January 17

Sama

Hujan sangat lebat malam itu, sangat lebat. Namun si ibu tapir tetap melahirkan anaknya yang ketiga. Begitu terperanjat seluruh keluarga tapir kerana anak yang lahir itu bukanlah seekor tapir tapi seekor tenuk jantan!.
 Memang sudah nasib si ibu tapir melahirkan seekor tenuk. Perasaan ibu tapir waktu itu tak siapa yang tahu. Mungkin sedih, benci atau gembira entahlah.

Anak tenuk tetap dibesarkan oleh si ibu tapir dengan rela hatinya atau terpaksa pun tiada siapa yang tahu. kalau dah nama pun anak yang pelik dan lain daripada yang lain mestilah sentiasa dicerca dan dimarahi.

Hai…nasib kau lah anak tenuk..

Sekarang anak tenuk sudah makin dewasa, dan dia berkahwin dengan tenuk pilihannya. Sayang seribu kali sayang kerana tenuk pilihan dia bukanlah juga sepesis tapir. Makin dibencilah si anak tenuk oleh si ibu tapir. Ya, memang benar si ibu tapir sangat mementingkan kesempurnaan dan dia menganggap hanya tapirlah yang paling sempurna didunia ini.

Kini si anak tenuk telah dikurniakan tuhan anak yang ramai. Bahagia sekali si anak tenuk walaupun hidupnya tak semewah ibu tapir. Anak berganti anak, tapi ibu tapir tidak pernah menjenguk cucu-cucu tenuknya. Kasihan cucu-cucu tenuk tak dapat kasih sayang nenek tapirnya. Siapalah tenuk dimata tapir. Memang semua tapir membenci tenuk sebab mereka tak sama.

Satu hari si ibu tapir mula sedar bahawa tapir bukanlah yang paling sempurna malah sama sahaja dengan tenuk.
“Ya, memang tapir dan tenuk itu sama” ujar hati si ibu tapir.

Apakah yang menyebabkan si ibu tapir sedar dengan tiba-tiba?

*pelik*

Rupa-rupanya si ibu tapir baru pernah pertama kali membuka kamus ‘Dewan Bahasa Edisi Empat' bahawa tapir samalah dengan tenuk dan cipan. Iaitu jenis binatang liar yang rupanya seakan-akan badak.


p/s: cerita rekaan farhahzaba semata-mata, takda kena-mengena dengan yang hidup atau mati.

perumpaan untuk manusia yang selalu merasa sempurna hingga manusia lain dianggap semuanya menjijikkan tapi hakikatnya bila ilmu Allah itu dipelajari dengan betul semua manusia itu adalah sama.




2 comments:

  1. haha..mesti tak fahamkan citer ni..^__^
    kamus tu umpama kitablah..

    p/s:tapir tak reti baca walau pegi library byk kali pon..

    ReplyDelete

ujar saja jika perlu.