Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, January 23

Dulu banyak yang tertipu.

Ini cerita saya
Tapi jangan ketawakan saya

Dulu masa zaman kecik2 saya ingat zaman dulu-dulu takda warna
Sebabnya bila tengok gambar zaman umi dah abah muda-muda hitam putih je
Sebabnya lagi bila tengok cerita P.ramlee pon hitam putih
Sebabnya lagi bila tengok cerita drama yang ada part 'teringat' pon mesti warna hitam putih
Saya pun fikir macam manalah orang dulu-dulu nak kenal warna
Kasihan orang dulu-dulu
Tapi hakikatnya kasihan saya ni yang tak tahu sebenarnya!

Masa kecik2 dulu saya suka gula2 kapas
Setiap kali pergi pasar malam mesti nak gula2 kapas
Tapi tak pernah selalu nak dapat, sebab abah tak bagi
Saya pun buat anggapan yang gula2 kapas tu mahal agaknya
mungkin sebab susah nak dapat
yelah saya ingat gula2 kapas tu dibuat dari awan!

Lagi masa kecik2 dulu saya suka coteng2 kat atas tangan guna pen
Lepas tu kawan saya cakap jangan conteng2 lagi
sebab cikgu kata nanti tangan tumbuh banyak-banyak atas tangan tu
Kalau conteng2 atas jari pulak nanti jari tumbuh lagi atas jari yang kita conteng tu
Lagi-lagi kalau conteng guna pen merah mesti lagi cepat tumbuh
Percaya betul pada kawan masa zaman dulu!

Dulu kalau menangis mesti orang tua suruh saya senyap
mereka kata kalau menangis nanti ada momok datang
momok suka budak menangis
terus diam tak menagis lagi lepas tahu!

Seronok sangat masa zaman kecil2
Tapi semua dah berlalu
Hurmmm....

No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.