Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, January 4

Bangkit

Kasihan dia
Setiap detik dia mencari
Tapi tak jumpa lagi
Pergi sana sini
Semua lari-lari
Jauh-jauh dia berjalan orang tak sudi
Bila bertanya semua jadi sunyi
Mungkin semuanya tuli
Ragam manusia buat dia hampir mati
Nasib semangat dia kuat dalam hati
Sebab dia perlu mencari lagi
takkan hanya menanti sambil bergoyang kaki
dia bukanlah berangan dalam mimpi
tapi ikrar yang pernah dia dijanji
semoga dia kembali bersama cinta yang dicari.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba


kisah manusia yang mencari agama tetapi semua orang tidak perdulikannya hingga buat dia bosan dan tetap berusaha sendiri mencari kasih dan cinta Ilahi.

p/s: bosan  dengan sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, mungkin dia rasa syurga Allah itu milik dia seorang saja. renungan untuk diri sendiri.


No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.