Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, February 1

Gadis gagah.

  Kemarin petang aku lihat gerai dia tutup. Sunyi, kosong. Tak ada sesiapa yang ada di gerai. Tiga bulan lalu semasa aku masih di batu pahat, ibu dia masih gagah membanting tulang empat kerat di gerai. Memutarkan mesin cendol dan mengacau buah-buah potong bersama kuah rojak. Begitu juga dengan ayahnya yang masih membantu di gerai. Neneknya baru meninggal dunia bulan lepas. Kalau tidak, neneknya lah yang selalu termenung di kaki lima rumah, duduk di atas kerusi roda.

  Aku betul-betul merasa bangga dengan dia. Walaupun umur kami sebaya, tapi pengorbanan dia untuk keluarga sangat luar biasa. Dapatkah kau bayangkan seorang gadis yang mampu kesana-kemari mencari nafkah untuk perubatan ayah dan ibunya? Dan bayangkan pula hanya dia seorang sahaja yang bergagah tanpa pertolongan dari sesiapa?

  Dia bukan orang senang yang berduit, bukan anak orang kaya yang cuma pandai memegang pen dan kertas dan menaip di komputer riba. Dia gadis yang membonceng tong gas di belakang motosikalnya untuk dihantar ke rumah-rumah. Dia gadis yang menjaja barang-barang kesana-kemari. Yang sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan wang.

  Kami bersahabat semenjak kecil dari tadika lagi. Bila aku teringatkan kenangan-kenangan waktu lalu hati ku hiba. Gelak riang kami dulu dah tak seperti hari ini. Dulu dia boleh duduk berjam-jam untuk gelak ketawa bersama kawan-kawan yang lain. Sekarang gelak dia aku dah tak nampak. Kalau kami bersantai, pasti dialah yang paling senyap dan paling cepat mahu pulang. Katanya, tak boleh lama-lama. Aku tahu, dalam fikirannya berserabut untuk mencari duit. Kalau aku berharta, sudah tentu akulah orang pertama yang beri sumbangan untuk dia. Tapi, aku cuma pelajar yang masih tercungap-cungap. Sungguh aku ini sebersalah untuk sahabat sendiri.

  Dia berkorban segalanya demi ayah dan ibunya. Dia tak pernah merungut untuk berhenti dari mencari wang. Kalau aku di tempat dia, sudah tentu aku tidak mampu. Sudah tentu aku meraung-raung menyalahkan Tuhan. Demi Tuhan aku memang tidak kuat untuk itu.

  Aku paling sedih apabila abang dia sendiri tak pernah fikir untuk keluarga. Kerjanya hanya merayap kesana-sini. Curi wang yang dia simpan. Langsung tak pernah nak memahami situasi keluarga sendiri. Abang dia bukan terencat, dulu masa zaman sekolah rendah abang dia cukup bijak. Tapi aku tak faham kenapa sekarang pemikiran dia tak bijak.

  Apa yang aku harapkan, Semoga Tuhan permudahkan urusan dia mendapatkan wang, semoga Tuhan beri keajaiban untuk menyembuhkan penyakit ibunya yang masih di hospital dan juga ayahnya.
Sungguh, tempat dia pasti di syurga.


kadang-kala kita merasa Tuhan sungguh tidak adil, Sebenarnya kitalah yang tidak adil untuk Tuhan
Seperti kita merasakan cinta itu kejam, Sebenarnya kita yang kejam terhadap cinta
Kerana kita yang tak reti menilai.



No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.