Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, August 23

ini bukan pakar menjahit.

"warrrgggggghhhh!!"
menjerit tetiba.
*terkejut sendiri*

"penat la jahit camni kalau benang asyik putus je..jahit sikit dah putus, bosan betul!"

"cuba buat kerja tu baca bismillah"
ayat abah yang sama setiap kali kalau kerja saya tak menjadi.

*bukan setakat bismillah, selawat, ayat kursi segala bagai dah saya baca pun.*

"ok, takpa2..ni semua dugaan bulan puasa". (saja nak sedapkan hati sendiri)

*tekan mesin jahit dan terus menjahit*

sekali.

dua kali.

tiga kali.

empat kali.

bla..bla..bla...

berkali-kali.

....2 jam berlalu..

"arghhhhh! dah la! hisshh!". (sampai nak menitis air mata jahit langsir nenek dari pagi tak siap-siap lagi, semua benang punya pasal.)

*geram*
*masuk bilik.*
*tidur*

3jam kemudian.

"dah siap jahit langsir atok? atok dah nak pasang langsir tu".  soal umi.

"benci la jahit guna mesin tu benang asyik putus je, sebelum ni ok je. lepas tukar jarum patah hari tu terus dah tak betul".

*jarum patah sebab saya jahit ganas sangat.opss!*

"meh sini umi tengok". umi pergi ke mesin jahit.

"laaa..ni salah masuk jarum ni, jarum ni kan ade lekuk nya. yang lekuk tu kena hadap ke kanan"

"???" (what?? salah masuk jarum je pun sampai benang nak putus2, buat penat je aku tension2)

tu la.. lain kali tanya yang pakar sebelum nak geram-geram tak tentu pasal. yang penting abah bukan pakar bab mesin jahit. (hahaha.)



meh sini saya tunjukkan. gambar rajah di atas ini adalah jarum mesin jahit. yang ade tulis 'scarf' tu la lekuk yang umi saya maksudkan. hurmm, kalau pasang jarum tak betul sikit je boleh menyebabkan 'kegagalan' dalam menjahit. hahaha.. nasib baik mesin jahit kat rumah tu tak saya bakar!

peribahasa baru: disebabkan jarum, habis terbakar mesin jahit mak sendiri. haha.

p/s: yeahh! dah siap jahit boleh la suka2 buat biskut raye lepas ni! ^^

4 comments:

ujar saja jika perlu.