Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Friday, September 16

Dewasa.

Minggu ni aku menjalani kembali hidup yang hiruk sebagai mahasiswi walaupun dalam hati ni selalu saja kata "eh, betul ke aku dah 21?". Baiklah, aku memang macam tu macam orang yang tak pernah nak sedar diri.

Sedangkan kawan sebaya aku sendiri pun dah mengandung anak pertama tahun ni. Tapi aku masih tak rasa yang diri aku dah dewasa yang perlu memikul banyak tanggungjawab. wow! Masa memang sangat pantas. Hey, aku dah sangat dewasa lah!

Baiklah, aku dah mula sedar diri.
huh.

Sebagai seorang yang dewasa perkara yang sangat wajib aku lakukan ialah:

1. hadapi semua situasi secara positif --sabar dan syukur; aku sangat perlukan ini.
2. tak menyusahkan abah dan umi ;terutama soal perbelanjaan, aku dah cukup dewasa untuk berdikari-- bukan budak sekolah lagi kan?.
3. bersiap-sedia selalu-- bukan tahu tidur je dalam semua hal.
4. mengundi dalam pilihan raya; of course lah.
5. yang penting semua haruslah berdestinasikan kiblat Allah; wajib.

Buat masa ni, ini adalah wajib. Mungkin aku perlu tambah lagi yang patut, tapi masih belum terfikir lagi. Tak mengapa, biar sikit asal mantap dan terlaksana; bukan?

Menghasilkan peribadi yang tak berlindirkan dosa bukan susah bila kita masih ada Tuhan. Dosa ni banyak jenis, kecil ada besar pun ada. Jadi, segan-segan lah nak buat dosa ya. Banyak tidur sampai tanggungjawab tak terlaksana dosa juga, bukan? Menyusahkan orang lain pun dosa juga, bukan?

Lalu menjadi dewasa ini adalah tanggungjawab untuk aku.
wow!
terasa sangat hebat pulak ayat ni.


2 comments:

ujar saja jika perlu.