Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, December 17

Mencari bumi.

Kita ni susah betul nak berfikir waras yang sewarasnya sebagai seorang dewasa. Ayat yang lebih mudah lagi aku rasa bukannya 'susah' tapi 'malas'. Hurm, 'Malas' perkataan yang sesuai sekali untuk kita. Especially aku la. Kadang-kadang pilihan yang kita buat tu memang betul tapi sebenarnya belum yang sebetulnya. aku teringat ayat ni "utamakan yang lebih utama dari yang utama". So, yang lebih utama yang mana satu? kalau dengan pemikiran waras yang malas maka pilihan yang utama adalah pilihan kita. Sedangkan ada lagi yang lebih utama dari pilihan utama. Nampak macam terbelit-belitkan?

termenung

Entah apalah akal waras aku ni berfikir? Pada aku memang sohihnya cara berfikir muslim tidak sama dengan mereka yang masih belum jumpa Islam. Tapi kita masih lagi punya pemikiran yang sama macam mereka. penjelasanya, aku sukar ungkapkan sebab kewarasan minda tak tercapai kerana 'malas'. Lebih baik kita rujuk pada si alim sebelum influenza 'malas' menyerang otak kiri dan otak kanan.

tarik nafas

sebenarnya aku sebersalah dengan diri sendiri yang mungkin kerana aku malas berfikir. menidurkan saraf-saraf otak tanpa disusui. Sebersalah aku pada orang-orang yang bersusah payah mahu tuangkan iman tanpa gaji, tanpa minta apa-apa pun. Sedangkan kita masih terkial-kial mencari bumi.

untuk diriku sebagai peringatan.



No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.