Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, December 20

yang murni.

sebelum aku mati,
yang tak tentu lagi,
tapi aku tahu itu pasti,
aku mahukan yang bererti untuk diri,
yang mulia untuk di isi,
yang bersih hati,
yang murni,
aku mahukan ini untuk diri,
untuk melepasi,
saat-saat hari,
mati yang sendiri.

ini aku ungkapi,
untuk aku ingati,
bukan kata-kata tak bererti,
untuk nyawa yang dibahagi-bahagi,
yang aku susun sendiri,
moga-moga diberkati,
mohon-mohon dirahmati,
Tuhan disisi.


Magrib
20Disember11
mengingati mati

untuk diriku sebagai peringatan




No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.