Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Saturday, December 3

ingatkan aku.

semalam bangkit aku jam 3pagi. masih lagi tercungap-cungap memikirkan tajuk PSM (projek sarjana muda). benda mudah tapi payah untuk memilih.

seperti biasa celik sahaja mata, pasti aku pergi ke meja untuk periksa emel atau apa sahaja di internet. masih banyak manusia yang update status di fb jam pagi-pagi buta. kemudian aku terbaca status sahabat aku di fb yang menarik (ini membuatkan aku tekan butang 'like'). terus aku komen. kemudia dia berbalas. dia bertanya khabar tentang iman aku. dikatanya dia rindu untuk solat berjemaah sama-sama. tiap-tiap butir tulisannya buat aku menung. bukan banyak aku punyai sahabat yang sebegini. bukan senang-senang aku temui dia tanpa kasih sayang dan rahmat Tuhan.
katanya tahniah untuk aku kerana dibangunkan Allah malam2 sebegini. aku hampir terlupa yang aku sedang dalam putar belit akal untuk memilih. dia mengingatkan aku untuk terus mintak petunjuk daripada Dia. semangat aku membuak-buak untuk menelefon Tuhan, membasahi tubuh dengan wuduk. aku sayu, hari jadi sebak. semuanya takkan sempurna bila Tuhan tidak mahu tunjuk, maka perlunya aku memohon dari Dia. Hati aku jadi tenang. pilihan aku lebih sempurna. semoga yang selebihnya nanti Tuhan redakan aku.

kadang-kala aku lupa, maka ingatkanlah aku.

semoga kau juga dipermudahkan Allah memilih tempat yang terbaik untuk latihan industri sem depan Melor!
*senyum*

No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.