Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Friday, December 10

Uwekks!! Saya Taknak lah!!...

Apa perasaan awak bila awak sedang makan mi kari tetiba awak jumpa kepala tikus dalam kari awak tu?? uweks! kalau saya yang dalam situasi tu, sumpah 7 keturunan saya takkan sentuh mi kari lagi dalam hidup ni..!
(cantik tak saya lukis? dah lame tak main lukis2 guna software paint kat PC ni cam dulu2..)
 
Sebenarnya ni bukan la apa yang saya membebel  hari ni. Cerita pasal kari tikus ni saya terbaca kat Berita Harian tadi, itu pasal la saya terbayang-bayang macam manalah keadaan tikus dalam kari tu. Kejadiaan ni berlaku di universiti terkemuka Bangladesh. Salah seorang pelajar di universiti tu sedang makan kari ayam, tiba-tiba terjumpa kepala tikus dalam kari tu. Euww.. daging tikus dalam kari tu mesti dah dimakan oleh semua pelajar kat kantin universiti tu kan!! Oh No, kalau lah berlaku kat universiti saya macam tu, mesti saya dah rasa macam nak mati! Sengaja atau tak sengaja alasan tukang masak tu, saya pasti bunuh dia.! Erkk..ganas sangat la pula kan..  Rasa macam nak ambil sabun dan berus untuk sental semua organ2 dalam badan ni. Ceh..terlebih pula, bukan saya yang kena pun kan.. Kalau awak yang kena macam mana ek??
 
(Macam cerita 'Raja Bersiong' la pulak. Cuma Raja Bersiong tu ketagih darah sebab tukang masak dia tak sengaja terluka jari masa masak. Agaknya  kalau tukang masak dia tak sengaja ada tikus dalam masakan tu, mesti nama raja tu 'Raja Bertikus' kan??. Erkk...tak sedap pula nama tu.)

Awak nak tahu tak tikus tu bukan saja menjijikkan tapi berpenyakit kepada awak dan saya juga. Air kencing tikus ni bahayanya sampai boleh bawa mati = tak hidup lagi di dunia ni. Apa yang saya tahu dalam air kencing tikus ada bakteria Leptospira yang boleh mengakibatkan penyakit Leptospirosis iaitu satu penyakit yang teruk dan boleh berjangkit. Juga dikenali dengan nama Weil's Disease, Icterohemorrhage, Swineherd's Disease, Canicola Fever, Jaundis berdarah dan lain-lain. Biasanya kebanyakkan kes penyakit ni berlaku di negara beriklim panas seperti Malaysia. Tapi tak bermakna awak yang duduk iklim sejuk tu tak boleh kena ye. Saya cuma nak ingatkan awak untuk berhati-hati juga. (^_^)v.
(Gambar ni saya ambil kat wiki)

Kalau awak tetiba je rasa deman, sakit anggota badan dan pening kepala. Batuk tidak berkahak, loya, muntah dan cirit birit itu adalah tanda-tanda awak terkena Leptospirosis. Awak mesti ingat tu!.Tapi ada  juga pesakit yang  sakit otot, bengkak salur kelenjar dan pembesaran hati tau.

Awak tahu tak, komplikasi Leptospirosis boleh menyebabkan jangkitan kuman di otak, pendarahan dalaman, masalah pernafasan, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Awak jaga diri elok-elok ye, jangan lupa jaga kebersihan, kalau awak nak makan apa2 pastikan basuh dulu sampai bersih. Ya la, tikus ni suka tinggalkan kencing sesuka hati dia di merata-rata tempat. Yang pasti saya nak jumpa awak lagi, jadi jagalah diri awak elok-elok ye!
  
P/s: Name 'Raja Bersiong' yang sebenarnya siapa ek?

farhahzaba


1 comment:

ujar saja jika perlu.