Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Monday, December 6

Rahsia kecantikan.


Salam Malaysia..(uit~ jawab la salam tu) . petang tadi saya baru je menonton rancangan OPRAH ulangan. Rancangan yang memang menarik lah! Ok, episod yang saya tonton ni tentang kecantikan yang selalu diimpikan oleh seorang wanita. Menarik tak? (mestilah menarik sebab saye ni bakal wanita a.k.a gadis). Tonton rancangan ni pon dah terlambat, tapi tetap menarik!
 Oprah tv show

Ape yang menarik? saya tulis dalam point je la ye, malas nak buat karangan panjang2, bukan ada orang nak tanda pon. (maaf cikgu BM saya, sebab tak mengaplikasikan apa yang cikgu ajar ^^)

1.     1.  Rambut palsu yang dihasilkan kebanyakkanya diimport daripada Negara India. Takda la pelik sangat, yang peliknya rambut tu memang original dari rambut orang! (Eeeii…geli rasanye..) Orang2 yang beragama Hindu kat India sana pergi la Kuil cukur rambut sebagai tanda mempersembahkan kat dewa mereka tapi diaorang tak tahu yang Kuil tu dapat pendapatan hasil jual rambut diaorang. Pastu, Orang Amerika pulak  yang beli rambut palsu tu sebab kat Amerika sana memang popular rambut palsu ni.
 (Huh! Rambut pon boleh jual. Lepas ni siapa yang rambut dia selalu gugur tu, simpan2 la ye. Mane la tahu 20thn akan datang dah kumpul banyak2 boleh jual jadi pendapatan dihari tua..hehe)
rambut palsu dari India, sape nak pakai??

2.       2. Kebanyakkan Wanita Iran melakukan pembedahan pelastik dibahagian hidung untuk kecantikan mereka sebab bahagian muka ni aset utama diaorang nak tarik lelaki selepas mata. Wanita Iran kan berjilbab, boleh tunjuk muka je kat lelaki sebab tu la bahagiaan muka ni kena jaga betul2. (macam pelik je saya rasa fakta ni, betul ke?? Apa wanita Iran ni tak tahu dosa pahala ke? Sesiapa yang kenal orang Iran tolong tanyakan ye)
 wanita iran vs pembedahan plastik 

3.     3.  Wanita brazil pun popular juga dengan pembedahan plastik ni, tapi diaorang wat pembedahan pada buah dada dan punggung! (kalau kat barat ni perkara biasa untuk wanita) OMG! Kat Brazil sana Siap ada majalah yang menggalakkan wanita buat pembedahan plastik pada dua bahagian tu. (kasihan wanita kat sana, nak pikat lelaki  punya pasal sanggup berhabisan duit buat pembedahan plastic ni..huh~)

wanita Brazil ni cantik tak?
 
4.     4.  Dari zaman dahulu sampai sekarang wanita Jepun nak kekalkan kecantikkan mereka dengan memakan kolegen dari tumbuhan dan haiwan tak macam wanita Amerika diaorang suntik kolegen kat muka dan bahagian lain. Bagusla makan kolegen ni kan tak payah susah2  nak wat pembedahan plastik yang berisiko tinggi tu. Tapi yang pelik ada pulak segelintir daripada wanita Jepun ni guna najis burung sebagai sumber kolegen.  Najis burung tu diaorang proses buat sabun cuci muka dan macam2 lagi la. (euww…tak tergamak nak tepek tahi burung kat muka ni)
 Rasa-rasanya perempuan jepun ni guna tahi burung tu ke?

5.    5.   Wanita Mauritania pula lain daripada yang lain. Bagi diaorang gemuk itu cantik! Kalau kurus susah nak dapat suami. Apa kejadah la wanita kat sana tu, pelik aku tengok. Yang seronoknya sejak dari usia kanak-kanak lagi ibu2 kat sana akan suap anak2 perempuan mereka makan sampai gemuk biar senang nak dapat calon suami. Anak2 perempuan diaorang diberi minum susu unta setiap hari.( susu unta tu kaya dengan kandungan lemak wei..) Kalau taknak makan, kena paksa makan sampai habis. Kesian saya tengok anak perempuan diaorang sampai muntah2 tak larat nak makan lagi. Walaupun dah muntah2, ibu diaorang tetap suap lagi ,lagi dan lagi. Nak gemuk punya pasal ada yang sanggup telan pil untuk mengemukkan unta. (unta tak gemuk, orang pula yang gemuk nanti). Malangnya kebanyakkan wanita Mauritania ni mengalami masalah kesihatan obesiti yang tinggi tapi diaorang tetap tak sedar diri juga!. (payahnya la nak dapat suami ni kan)
 kalau kat Malaysia ni ada yang nak tak? apa?cinta sejati??

6.    6.   Bagi wanita Kayan Myanmar pula, kecantikan itu terletak pada lilitan gelang besi di leher mereka. Semakin panjang lilitan gelung pada leher seseorang wanita menunjukkan dialah wanita yang paling cantik. Gelung besi itu bukanlah ringan tapi berat berkilo-kilo tau! Gelung besi itu mula dililitkan pada batang leher seseorang perempuan sejak berumur 5 tahun. (Terseksa kalau saya yang kena macam tu. Huh! Nak pikat orang lelaki punya pasal, sanggup pakai besi berat-berat lilit kat leher. Adoyai..)
 bukan setakat di leher je dia lilit gelung besi tu, kat tangan dan kaki pun dia lilit!

Apa yang saya dapat simpulkan ,majoriti Perempuan di seluruh dunia ni sanggup lakukan apa sahaja  untuk mendapatkan suami. Uish! Betul ke ni?? Awak rasa macam mana?? Ok, setakat ni sajalah saya nak kongsi. Adios~

P/s: ciri2 seorang suami yang saya inginkan….??

farhahzaba

No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.