Nak tahu kite orang masak apa tak? Haaaaaaaa... kalau dah tajuk kat atas tu 'kek coklat moist', mestila saya masak kek tu. Tapi kak angah saya dia masak benda pelik sebab dia tu memang pelik..Ops, tercakap pulak! sorry again my dear~ Kak angah saya masak sushi la masa tu..haha..tak lah pelik sangat pon sebenarnya..
Okay jom kita kongsi resepi kek coklat moist ni:
Bahan-bahan:
1cawan Serbuk Koko (guna milo pon boleh)*
1cawan Gula Kastor
1 tin Susu Cair*
1cwn butter*
1/2 tin Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sampai putih (bukan sampai putih mata tu)
2cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Bic Soda
1sudu teh Baking Powder
- Satukan semua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah la sampai menggelegak.
- Pastu campurkan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Masukkan gula, tepung & baking powder sedikit2 sampailah sebati.
- Masukkan ke dlm loyang yg dah di sapu dengan butter. Kukus selama 1 jam guna api sederhana je. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus tau.
- Sejukkan dahulu sebelum di makan. nak makan panas2 pon boleh kalau hebatlah!
(gaul2 dalam mixer)
(tarra! ni lah kek coklat moist yang tak berape nak moist. takpelah, baru2 nak belajar kan..huhuhu..)
Okay, ni pulak resepi Sushi dari kak angah saya. Tapi harap maklum lah ye, kalau nak resepi ni awak pergilah melawat kat blog beliau disini. Saya bagi tengok gambar sushi buatan beliau je lah ye... Sushi beliau memang sedap & mantaplah! Bravo my sis~ ^____^
(Nampak sedapkan sushi ni? bukan setakat comel je, tapi memang sedaplah!)
Ya..ya..ya..itu sajalah post untuk kali ni.. Bila ada masa nanti saya merepek lagi ye..^__^.
p/s: ahad ni dah kena balik ump....urmmm..rindunye kat family nanti....
No comments:
Post a Comment
ujar saja jika perlu.