Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, December 19

Kau lebih kejam dari haiwan!!!

Salam untuk semua, 

Hari ni kita baru dikejutkan oleh sebuah berita tentang pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan tingkatan dua oleh 3 orang bekas pelajar lelaki tingkatan 4 di salah sebuah sekolah daerah Batu Pahat. (kalau awak tengok berita lah ye). Berita ini memang telah menyentap jantung saya sebelum tersebar di dalam berita lagi. Abah saya salah seorang pendidik di sekolah si mangsa telah menerima berita ini dari rakan sependidik di sekolah beliau. 
klik untuk berita lanjut dari metro
klik untuk berita lanjut
Memang satu berita yang sangat mengejutkan seluruh penduduk di kawasan tempat tinggal saya. Manakan tidak, kes ini melibatkan pembunuhan! Pagi tadi Abah disuruh hadir ke hospital oleh polis untuk mengenal pasti mayat mangsa. Abah ceritakan pada kami mayat mangsa dipenuhi kesan calar-balar dan dikelar bahagian leharnya manakala bahagian dadanya mempunyai kesan cucukkan (kalau tak silap sayalah). Sedih bila saya bayangkan kejadian ini. Sangat benci pada si pembunuh itu! 

3 orang pembunuh pelajar tingkatan 4 itu dari 3 buah sekolah yang berlainan, salah seorang dari mereka adalah bekas pelajar dari sekolah yang sama dengan si mangsa dan yang 2 orang lagi dari salah sebuah sekolah di bandar batu pahat dan sekolah agama di daerah Kluang. Sebelum kes pembunuhan ini berlaku, ibu bapa si mangsa telah buat aduan di balai polis tentang kehilangan anak perempuannya yang tak balik rumah. Kemudian setelah siasatan polis, 3 orang suspek telah dikesan tapi polis belum buat tangkapan dan hanya menyuruh ibu bapa suspek supaya jangan bagi anak mereka keluar rumah. Mungkin suspek yang agak gelabah dan takut rahsianya terbongkar  membuat keputusan untuk membunuh mangsa dengan kejam. Setelah polis siasat, akhirnya suspek memberitahu lokasi mayat mangsa berada di kebun kelapa sawit. Menurut cerita dari Abah saya, mayat mangsa ditutup dengan longgokkan daun2 kelapa sawit dan kalau ada orang sabit kelapa sawit pun memang takkan perasan mayat mangsa sebab jauh dari kawasan orang ramai. 

Pembunuh yang pernah satu sekolah dengan si mangsa memang  seorang pelajar yang bermasalah. Pernah Abah saya cerita semasa pelajar tersebut dalam pemerhatian pihak sekolah selepas satu kes disiplin yang dia lakukan (saya tak pasti masalah disiplin apa), Abah saya sebagai guru disiplin menahan pelajar itu dan memeriksa seluruh anggotanya (nak check ada bawa benda tak elok gi sekolah ke tak). Tiba-tiba, Abah terjumpa sekotak rokok di bahagian belakang pinggang seluarnya. Kemudian bila Abah buka kotak rokok tu, Abah terjumpa bungkusan macam straw rupa-rupanya bungkusan dadah! Gila apa budak zaman ni?? Saya yang dengar cerita Abah pun terkejut, ye la dah macam cerita drama pulak. Abah buat laporan polis sampai tak boleh keluar sekejap pun untuk solat jumaat sebab masih dalam siasatan polis. Urmm...memang banyak dugaan Abah sebagai guru di sekolah harian biasa ni.

Tapi yang peliknya, Macam manalah budak tingkatan 4 boleh  membunuh sampai pandai nak sorokkan mayat kat ladang kelapa sawit? Mayat itu dikelar, diseret, disorokkan dibawah timbunan daun kelapa  sawit. Siapa yang mengajar mereka?? Siapa??

Bila diingat kembali kisah pembunuhan pertama di dunia oleh putera Nabi Adam a.s,Qabil telah membunuh Habil kerana hasad dengki. Setelah membunuh, Qabil bingung untuk menyorokkan mayat saudaranya Habil tetapi kebingungannya telah terjawapan apabila dia ternampak seekor burung gagak sedang menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak yang sudah mati dalam pertarungan ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Mungkin perkara ini juga terjadi kepada anak bangsa kita sekarang, mereka belajar daripada apa yang mereka lihat di dalam cerita-cerita drama atau filem yang dihidangkan kepada mereka. Jika difikirkan, banyak lagi faktor luaran yang boleh mencemarkan pemikiran anak bangsa kita. Tapi dimanakah kesilapan itu? Sampai bila kisah kerosakkan anak bangsa dan agama kita akan tamat? Huh~~ :(

Sejak kebelakangan ni, setiap hari bila baca setiap helai dalam surat khabar mesti ada je perkataan 'mayat', 'bunuh', 'asid'. Hurmmm.......... Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus....

p/s: tergendala sebentar post tentang percutian hari tu...


1 comment:

  1. salam. saya mohon petik sedikit daripada catatan dalam blog ini ya untuk diolah dalam catatan saya.

    ReplyDelete

ujar saja jika perlu.