Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, August 18

Puasa Jadi Makruh???


Huh… Dunia..
Haha..dah lama tak menaip dalam blog ni…memang sangat memalukan..segala jenis hidupan dah hidup dalam blog ni. Penicillium chrysogenum pon dah hasilkan product penicillin nya yang bayak dalam blog ni… maka, terhasil lah antibiotik kat blog ni. Kahkahkahkah. Memang  hebat…
Saje nak aplikasikan apa yang aku belajar, asyik nak guna ayat labah2 buat sarang je bila dah lama tak menaip dalam blog. Sesekali guna la ayat lain…hehe..
Hari ni nak kongsi cerita pasal bulan puasa. Mentang-mentanglah sekarang ni bulan ramadhan. Dah 8 ramadhan malam ni. Cepat betul masa berjalan, aku pon dah makin tua. Huh~ (tak tua sangat la)
Ni nak cerita, pada suatu petang ramadhan  kat dalam bilik asrama seorang hamba allah:
“Aik nak g masjid ke?” Tanya Nurul.
 “A’ah nak g masjid la ni” jawab roommate Nurul.
“Tak mandi dulu?” Tanya nurul lagi
“Eh, mane boleh mandi petang waktu puasa, makruhlah” jawab roommate Nurul dgn nada gurau.
“Mana ade, tak makruh lah. Itu semua tak betul” tegas nurul
Tiba-tiba roommate nurul yang sorang lagi menyampuk “Eh, betul la Nurul. Memang makruh, kan memang dah hukumnye.”
(ok, fine. Terdiam jap. Tapi memang tak bersuara lepas tu. Takut kecil hati pula kalau kata pendapat mereka salah)
P/s: hehe..macam cerpen la pulak..
Sebenarnya cuma nak kongsi pasal orang kita sekarang suka tambah-tambah hukum dan memberatkan perkara yang mudah dalam islam. Walaupun namanya seorang pelajar universiti, ada kalangan mereka ni suka ikut-ikut dan tak mahu buat research tentang hukum-hakam dalam islam. Terlalu berharap pada kata-kata orang lain dan ambil bulat-bulat. Huh~ berat tu…
Kalau nak kaitkan dengan cerita yang ala-ala cerpen ni (hehehe..),  nak cerita pasal hukum mandi lepas asar sebenarnya. Ramai yang anggap dan meletakkan hukum sendiri kalau mandi lepas asar pada bulan puasa jatuh hukum makruh. Hakikat nya menurut pendapat islam yang sebetul nya tiada hukum makruh atau mengurangkan pahala puasa bila mandi lepas asar ni. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur masa bulan puasa ni pernah dilakukan oleh nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ

"aku melihat rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan" -[hadith riwayat abu daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-albani didalam sahih abi daud]

didalam 'awn al-ma'bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara' bagi   yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :
وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة

"ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan"

syeikh al-qaradhawi didalam fiqh shiyaam memetik beberapa catatan imam al-bukhari didalam kitab sahihnya (bab mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-
ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ

"ibn umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa."

dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin. Wa.

Rujukan :

1. Syeikh dr. Yusuf al-qaradhawi. Fiqh al-shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau' al-quran wa al-sunnah. Cetakan ke 3 : beirut : mua'asasah al-risalah, 2001. Ms 94.

2 comments:

  1. terlalu kerap atau lama mandi boleh mndorong puasa jd mkruh..

    ReplyDelete
  2. betol tu..yang menyebabkan puasa jadi makruh bila kita membazir, so mandi yg kerap atau lama boleh dikira membazir dan perlu dielakkan.

    ReplyDelete

ujar saja jika perlu.