Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, August 22

Kisah Si Penjual Ikan..


Di suatu kawasan yang sangat indah dan nyaman, tinggal seorang lelaki bersama dengan seekor ikan emas  peliharaannya. Si lelaki itu sangat rapat dengan ikan emas peliharaannya itu dan selalu bersama-sama walau ke mana jua. Hubungan mereka sangat akrab sehinggakan orang lain merasa kagum dengan hubungan mereka. Manusia besahabat baik dengan seekor haiwan adalah sesuatu perkara yang sangat pelik di dunia ini.
Setiap hari mereka bermain-main bersama, makan bersama, berkongsi cerita, dipendekkan cerita mereka sangat bahagia dan  gembira. Rezeki kehidupan mereka sentiasa melimpah ruah. Semuanya serba mencukupi.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Si ikan emas menghidapi penyakit yang teruk dan keadaan nya semakin tenat. Sakit yang dihadapi oleh Si ikan emas itu ditanggung sendiri oleh dirinya. Di manakah Si lelaki itu? Tidakkah Si lelaki itu membantu sahabat baiknya?
Oh, rupa-rupanya Si lelaki itu sudah mengenali  seorang anak gadis kampung di seberang sungai. Si lelaki itu terlalu menyukai gadis itu dan terlupa pada Si ikan sahabat nya. Si lelaki itu sering saja pergi ke kampung seberang untuk bertemu dengan gadis itu. Si ikan emas sangat sedih kerana tiada siapa yang peduli tentang nya. Sahabat yang dulu sering bersamanya sudah lama tidak berhubung dengan nya.
Si lelaki yang sudah jatuh cinta pada gadis kampung seberang itu sanggup berbuat apa sahaja demi cinta nya kepada gadis itu. Dia sering kali membeli barang kemas kepada Si gadis itu agar Si gadis itu setia padanya. kehidupan si ikan emas tidak dipedulikannya lagi, makan minum Si ikan emas pun dia tidak peduli juga. Barang kali Si lelaki itu sudah mabuk cinta serta sengaja melupakan sahabat nya Si ikan emas.
Suatu hari, Si ikan emas merasa sangat gembira dan matanya bersinar-sinar dengan kehadiran Si lelaki itu. Pada ingatannya Si lelaki itu sudah pulang ke pangkuannya dan merindunya. Malangnya, kehadiran Si lelaki itu adalah untuk membawa Si ikan emas ke Pasar untuk dijual. Si lelaki yang telah kehabisan wang dan takut kehilangan cinta Si gadis itu sanggup menjual sahabatnya Si ikan emas untuk membeli barang kemas untuk Si gadis yang di cintainya.
Sedih dan pilunya hati Si ikan emas tiada siapa yang tahu. Sifat Si penjual ikan yang kejam terhadap sahabatnya itu memang sangat mendukacitakan. Nasib malang Si ikan emas itu akhirnya berakhir apabila seorang putera raja yang sangat kacak membelinya daripada Si lelaki itu. Kehidupan Si ikan emas sangat bahagia walaupun kesedihan masih lagi menyelubungi kehidupannya kerana sahabatnya sanggup menjualnya demi Si gadis kampung seberang.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Si lelaki itu telah ditinggalkan oleh Si gadis itu kerana tidak mampu lagi memberinya barang kemas. Si lelaki itu kecewa dengan sikap si gadis itu lalu pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, dia berasa sunyi dan teringatkan pada Si ikan emas yang pernah menjadi sahbatnya pada sewaktu ketika dahulu. Rasa serba salah menyelubungi dirinya. Dia mencari Si ikan emas di seluruh kasawasan daerah negerinya namun tidak ketemu jua. Sedih. Pilu.
Rupa-rupanya Si ikan emas sudah menjadi sahabat baik putera raja. Sikap baik si ikan emas membuatkan Si putera raja sangat suka dan sayang padanya. Si ikan emas diberi tempat tinggal yang mewah, makan yang cukup dan rehat yang mencukupi. Walaupun tinggal di tempat yang mewah dan bersahabat dengan orang kenamaan, Si ikan emas tetap ingat pada Si lelaki itu.
Si lelaki yang sudah tidak memiliki harta itu hidup dengan menderita dan menghidapi penyakit merbahaya yang boleh membawa mati. Berita tentang si lelaki yang malang itu diketahui oleh Si ikan emas. Si ikan emas tetap mahu menolong Si lelaki itu walaupun Si lelaki itu sanggup menjualnya demi Si gadis kampung seberang sewaktu ketika dahulu. Si lelaki amat malu pada perbuatannya terhadap Si ikan emas dan memohon maaf kepadanya. Si ikan emas mengalirkan air matanya dan sedia memaafkan Si lelaki itu serta berkata
“ Sesungguhnya aku bersahabat dengan mu kerana Dia (Allah)”
Berderai air mata Si lelaki itu apabila mendengar kata-kata Si ikan emas.


Kisah ini adalah perumpamaan dalam persahabatan, apabila manusia itu bersahabat semata-mata kerana Allah pasti hidupnya tak akan rugi malah menjadi mudah seperti ikan emas dalam kisah ini yang faham akan matlamat hidupnya.

p/s: huh~ cerita rekaan farhahzaba  ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..


1 comment:

  1. kisah y tersirat unsur kasih sayang terhadap binatang dan persahabatan..hmm

    ReplyDelete

ujar saja jika perlu.