Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Monday, July 5

Kehilangan Diri


Kehilangan diri sendiri memang sangat perit dan pedih. Lebih perit daripada kehilangan orang yang kita sayang. Bila diri tak dapat dijumpai, hidup jadi tak tentu arah, terumbang-ambing di dunia sendiri. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu dimana nak mencari diri kita sendiri. Sehinggakan seluruh dunia kita terokai, namun tak jumpa lagi diri kita. Hakikatnya diri kita di dalam hati dan jiwa kita sendiri. Pelik tapi memang itulah hakikat hidup kita. Keimanan dan ketakwaan dalam hati dan jiwa kita itulah diri kita. Bila iman mula goyah, diri kita mula rasa kehilangan yang amat sangat. Sedih dan kecewa. Menangis dan rasa ingin meluahkan keperitan itu.
Kadang-kala orang lain memang tak faham perasaan kita. Bila kita perlukan teman untuk berbual, tiada teman yang sudi. Semua sibuk dengan hal mereka sendiri. Masa tu hati mula meronta-ronta. Ah,! Sakit jiwa fikirkan masalah sendiri. Lama-lamaboleh gila, gila macam orang yang tak tentu arah lebih baik daripada gila judi. Bila jiwa kita meronta-ronta, mulalah bisikan syaitan bermain-main dalam fikiran. Fikiran kita yang masih keliru dengan masalah sendiri merancang sesuatu untuk lari dari masalah.
Saat iman sedang goyah, Syaitan laknatullah berebut-rebut nak meracuni fikiran kita. Kalau takda pendirian diri yang kuat, maka jadilah kita kawan Syaitan. Tapi kalau pendirian kita kuat, Alhamdulillah sebab bakal tidak melakukan kejahatan dan dosa. Malang sangat apabila kita mula berkawan dengan si Laknatullah, nak lari dari masalah kita sanggup rosakkan diri sendiri dengan hiburan duniawi melepak, merokok, berjudi, arak atau pelbagai lagi perbuatan maksiat. Sangat beruntung apabila kita mempunyai pendirian diri yang kuat dalam agama, nak lari dari masalah tak payah susah-susah sebab masalah itu sendiri yang akan lari lintang-pukang dari kita. (hehehe..). Bila kita ingat pada Allah dan memohon ampunan dan pertolongan dari Nya sudah pasti Allah akan ingat pada kita dan bantu kita. hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang” (surah ar-Ra'd:28).
Tapi bagi kita yang sudah terlanjur dengan perbuatan dosa kita yang “konon nya” boleh selesaikan masalah tu janganlah terus-menerus melakukan dosa dan merasakan diri kita tak layak disisi Nya. Astagfillahalazim , nauzubillahiminzalik! Bertaubatlah dan mohon ampunan pada Allah. “dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq baik di waktu lapang mahupun  sempit dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang melakukan kebaikkan” (surah Ali Imran:133-134)
Ok. Mari kita kongsi dan renungkan cerita ni sama2 ye...
Abu Dzar al-Ghifari r.a mendatangi Rosulullah s.a.w dalam keadaan sedih.
Baginda pun bertanya mengenai apa yang terjadi padanya.

Lalu Abu Dzar menjawab,
" Wahai Rosulullah, aku adalah orang yang banyak berbuat dosa."
Baginda pun berkata,
" Pergi dan memohonlah ampunan kepada Allah."
Abu Dzar menjawab,
" Ya, hal itu telah aku lakukan. Namun aku selalu kembali berbuat dosa."
Baginda berkata lagi,
" Kalau begitu, kembali dan memohonlah ampunan kepada-NYA."
Abu Dzar berkata,
" Ya Rosulullah, dosa-dosaku semakin bertambah."
Baginda mengatakan,
" Wahai Abu Dzar, ketahuilah, bahwa rohmat ALLAH s.w.t terhadapmu jauh lebih besar daripada semua dosa yang telah engkau lakukan."
 
*********************
Bagi kita yang selalu mencari-cari jalan taubat dan kembali pada NYA, yang telah merasai peritnya rasa berdosa dan kehilangan diri, yang mengakui dan sedar atas segala kesalahan dan kebodohannya. ketahuilah, tiada istilah terlambat atau terlewat untuk bertaubat dan kembali pada jalan fitrah kita. Tidak pernah wujud  istilah putus asa untuk bertaubat. Sebanyak mana dosa-dosa yang telah kita lakukan saat iman begitu lemah memandu hati dan jiwa, yakinlah kita pada rahmat dan kasih sayang ALLAH lebih besar dari itu semua.

Fikirlah dan cuba letakkan diri kita ditempat Abu Dzar tersebut, cuba bayangkan segala kata-kata yang Baginda ucapkan pada Abu Dzar itu, Baginda ucapkan kepada kita. Walau mengalir selaut air mata penyesalan kita, teruskanlah bertaubat sepenuh jiwa raga dan nyawa kita. Bertaubatlah dengan taubatan nasuha, Dalam ketakutan menggigil kerana dosa2 kita, yakinlah dan berharap pada keampunan Allah. Ingatlah rahmat dan kasih saying Allah lebih luas, besar dan tinggi dari segala apapun.

Semoga ALLAH selalu melindungi, mengampuni, merahmati dan meletakkan kita semua disisi NYA... amen..  ^____^


farhahzaba



No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.