Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, May 29

monolog malam.

pinjamkan aku bulan agar terang,
sini gelap makin hitam,
kalau tak mahu sila pinjamkan aku bintang,
tolong aku sebelum aku jatuh.
kadang-kadang aku fikir bintang pun aku tak tentu dapat,
sebab memang aku tak layak untuk terang.

aku ini pembohong yang lohong,
bertopeng putih hakikatnya hitam,
kalau diberi aku pilihan mahu saja aku kekal bertopeng,
kerana wajah sebenar buruk dan hodoh,
kadang-kadang aku fikir aku ini hanya merempat,
sebab aku ini bukan siapa yang senang.
....
..
aku tanyakan mana dia yang sudi untuk aku?
tapi memang aku dah agak suara rayu ini tak siapa mahu dengar,
apa kau tak mendengar bisik hati ku memanggil kamu?
.....
aku mahu terbang bersayap biar terlihat semua yang aku ini mampu,
kalau dah nama pun pembohong manakan sayap terbang pun tak boleh,
kadang-kadang aku fikirkan takdir aku ini memang begini,
aku mahu bintang di awan tapi lampu neon juga yang aku dapat,
tak perlu untuk diulang meminta-minta kerana aku sudah,
lampu pun cukup untuk buat aku terang.
...
terima kasih,
...
terima kasih,
..
terima kasih.

Copyright © 2011-2012 farhahZaba

kadang-kala kita mahukan sesuatu yang lebih tapi lupa untuk berterima kasih dengan apa yang kita sedang dapat dan apa yang kita ada.
menulis untuk diriku sebagai peringatan.

3 comments:

  1. kadang kala kita layak dapat sesuatu yang lebih kerana Tuhan itu pemurah

    ReplyDelete
  2. layak atau tidak bukan urusan kita sebab Tuhan yang tentukan. PemurahNya memang tiada bandingan cuma kita yang lupa untuk berterima kasih.
    btw, thanx anonymous! :)

    ReplyDelete
  3. yup..dan jangan jatuh!dan terima kasih juga..:)

    ReplyDelete

ujar saja jika perlu.