Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, August 31

.::Mesej Dari Abah::.


Ambil masa jap dalam 10minit menulis kat blog ni sebelom pergi ke masjid jap lagi. Huh~
Alhamdulillah, diam tak diam kita dah berada di 10 akhir ramadhan. Banyak perkara dapat belajar sepanjang ramadhan yang begitu indah ini. Hari khamis ni aku bakal pulang ke Batu Pahat, tiket bas pukul 4.30 ptg. Nampaknya kena berbuka dalam bas lah kali ni. Perasaan gembira nak balik rumah memang meluap-luap, dah  3 bulan tak balik rumah. Bukan aku sengaja tak nak balik rumah, tapi jadual tak mengizinkan. Manakan tidak, jumaat malam ada lab microb, ahad pagi pula ada lab chem. Setiap minggu memang begitu. Huh, memang mencabar keimanan aku.
Minggu ini memang sangat tertekan dan sedih aku rasa. Test microb dan genetic hari rabu dan khamis ni membuatkan perasaan nak balik rumah jadi begitu kurang menarik. Tak excited langsung bila terfikir tentang 2 test ni. Tapi dalam perasaan tak best ni, aku ada perasaan yang sangat seronok sebab tak sabar-sabar nak dapatkan malam yang menyamai dengan seribu bulan ni. Cuak pon ada gak, sebab takut-takut terlepas. Semoga tak terlepas, amin ya Rab~
Pagi tadi tetiba lagu raye bermain-main di handphone aku, rupa-rupanya abah yang ku sayang bagi masej. Sebak dan sayu hati ni bila baca mesej dari abah.Semoga tempat kita sekeluarga disisiNya kelak abah..amin. Terima Kasih Abah kerana ingatkan aku anak mu.

Mesej dari abah:
Ya Rob ya tuhan. dlm kbsran rahmt mu dmlm 10 akhir rmdhan ini kau trmalh taubt hmbamu..trmalah amln kmi..suciknlh dosa2  kmi..jdiknlh kmi hmba2 mu yg kau slmtkn dri azab mu..ya Rob brikn kmi rahmat hidyah mu agar kami ptuh prnth mu..ya Rob jdiknlah kmi hmba mu yg mmbsrkn klimah2 agung mu..ya tuhan brikn kmi kjyaan dunia akhirat..jdikn kmi hmba2mu yg hidup dgn ksih syngg.. hndarkn kami dri sngka burk,bnci mmbnci,hsad dngki.. ya Rob pndnglah kmi dgn rahmat mu yg amat luas.. tguhkn iman kmi.. limphkn rzki yg halal..usia yg kau rahmti..ilmu yg brmnfaat..ya Rob trmalh doa hmba mu yg lmah ini.  
Sender:
My Lover

Received:
04:06:51 am
 31/Aug/2010

Saturday, August 28

"Berbeza"


Dalam hati ini mungkin tak siapa yang tahu,
Dan tak siapa pun yang ingin tahu,
Lebih baik berdiam dan ketawa membisu,
Bagai tiada apa yang berlaku,
Melihat pelbagai telatah manusia buat aku celaru,
Susah nak ikut cara orang yang berlagu,
Difikirnya kita berhati batu,
Padahal mereka yang tak tahu,
Suka-suka menuduh diriku,
Sudah-sadahlah itu,
Biar aku pergi dulu…

Copyright © 2009-2010 farhahZaba
Kisah manusia yang sering dipandang serong oleh orang disekelilingnya tapi dia malas nak layan dengan semua kerenah manusia akhirnya dia pergi meninggalkan semua orang..(bukan pergi mati ya).

Monday, August 23

Di adaptasi dan diolah dari puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas

AKU MELIHAT DUNIA HARI INI
ORANG-ORANG ISLAM IBARAT DIGENGGAM
BELENGGU ORANG-ORANG KAFIR
AKHIRAT MEREKA LUPUT
DUNIA PUN TERCICIR
BUDAYA JAHIL TIDAK DIAMBIL PEDULI
MELAMPAU-LAMPAU DALAM HIBURAN
KHAYALAN KETERLALUAN
LUAS…LUAS MEMBANJIR
TERUK…TAK TERTAKSIR ORANG-ORANG YANG KARAM
BARUS, SINGKEL, PASAI , RANIR, CORDOBA, BAGHDAD, ANDALUS
HILANG…HILANG DITELAN ZAMAN
KITA LUPA SEMUA JAWABAN PERSOALAN KEHIDUPAN YANG MAHIR DIHAFAL
MAMPUKAH KITA NAK JAWAB DI DEPAN MUNGKAR DAN NAKIR NANTI
SETENGAH-SETENGAH ORANG BERKATA, SEJARAH INI IBARAT PENTAS BERMAIN WAYANG
CERITA-CERITA LAMPAU DIHURAI, DIPANJANG-PANJANGKAN
BILA TAMAT, DIULANG…DAN DIULANG…ULANG KEMBALI
ITULAH SEJARAH
KALAU BEGITU, TAKKANLAH MUSTAHIL
UNTUK GILIRAN ISLAM PULA YANG MENDATANG
TAMADUN KITA YANG LAMA DAHULU YANG INDAH GEMILANG HIDUP SEMULA, KEMBALI SEGAR BUGAR TERBENTANG, DI DUNIA YANG LUAS



Urmm...sedih bila baca puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas ni. Terasa diri ini sangat berdosa apabila tanggungjawab ku sebagai khalifah masih lagi tidak terlaksana. Selalu mementingkan diri sendiri dan takut untuk menegakkan kalimah Allah. Sering kali aku lupa untuk mengingatkan diriku sendiri untuk melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Nya. Kalau aku tak mulakan siapa lagi? Adakah aku perlu takut dengan kehilangan kawan? Adakah aku takut dibenci oleh orang ramai apabila aku memberitahunya tentang larangan Allah? Adakah aku takut dengan dengki dan caci manusia yang tak suka pada nasihat? Adakah aku takut??
Adakah aku takut untuk berubah pada jalanNya? Adakah aku tidak takut kehilangan cinta Allah?? 
Itu lah persoalan yang sering bermain-main di fikiran ku. Terlalu lama sangat berfikir dan lambat untuk bertindak. Mungkin aku nak tunggu sampai nyawa dihujung kerongkong baru nak bertindak. nauzubillah... jauhkanlah Ya Allah.. Berilah kekuatan kepadaku dan Sahabat2 seperjuanganku. amin..


Sunday, August 22

Kisah Si Penjual Ikan..


Di suatu kawasan yang sangat indah dan nyaman, tinggal seorang lelaki bersama dengan seekor ikan emas  peliharaannya. Si lelaki itu sangat rapat dengan ikan emas peliharaannya itu dan selalu bersama-sama walau ke mana jua. Hubungan mereka sangat akrab sehinggakan orang lain merasa kagum dengan hubungan mereka. Manusia besahabat baik dengan seekor haiwan adalah sesuatu perkara yang sangat pelik di dunia ini.
Setiap hari mereka bermain-main bersama, makan bersama, berkongsi cerita, dipendekkan cerita mereka sangat bahagia dan  gembira. Rezeki kehidupan mereka sentiasa melimpah ruah. Semuanya serba mencukupi.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Si ikan emas menghidapi penyakit yang teruk dan keadaan nya semakin tenat. Sakit yang dihadapi oleh Si ikan emas itu ditanggung sendiri oleh dirinya. Di manakah Si lelaki itu? Tidakkah Si lelaki itu membantu sahabat baiknya?
Oh, rupa-rupanya Si lelaki itu sudah mengenali  seorang anak gadis kampung di seberang sungai. Si lelaki itu terlalu menyukai gadis itu dan terlupa pada Si ikan sahabat nya. Si lelaki itu sering saja pergi ke kampung seberang untuk bertemu dengan gadis itu. Si ikan emas sangat sedih kerana tiada siapa yang peduli tentang nya. Sahabat yang dulu sering bersamanya sudah lama tidak berhubung dengan nya.
Si lelaki yang sudah jatuh cinta pada gadis kampung seberang itu sanggup berbuat apa sahaja demi cinta nya kepada gadis itu. Dia sering kali membeli barang kemas kepada Si gadis itu agar Si gadis itu setia padanya. kehidupan si ikan emas tidak dipedulikannya lagi, makan minum Si ikan emas pun dia tidak peduli juga. Barang kali Si lelaki itu sudah mabuk cinta serta sengaja melupakan sahabat nya Si ikan emas.
Suatu hari, Si ikan emas merasa sangat gembira dan matanya bersinar-sinar dengan kehadiran Si lelaki itu. Pada ingatannya Si lelaki itu sudah pulang ke pangkuannya dan merindunya. Malangnya, kehadiran Si lelaki itu adalah untuk membawa Si ikan emas ke Pasar untuk dijual. Si lelaki yang telah kehabisan wang dan takut kehilangan cinta Si gadis itu sanggup menjual sahabatnya Si ikan emas untuk membeli barang kemas untuk Si gadis yang di cintainya.
Sedih dan pilunya hati Si ikan emas tiada siapa yang tahu. Sifat Si penjual ikan yang kejam terhadap sahabatnya itu memang sangat mendukacitakan. Nasib malang Si ikan emas itu akhirnya berakhir apabila seorang putera raja yang sangat kacak membelinya daripada Si lelaki itu. Kehidupan Si ikan emas sangat bahagia walaupun kesedihan masih lagi menyelubungi kehidupannya kerana sahabatnya sanggup menjualnya demi Si gadis kampung seberang.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Si lelaki itu telah ditinggalkan oleh Si gadis itu kerana tidak mampu lagi memberinya barang kemas. Si lelaki itu kecewa dengan sikap si gadis itu lalu pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, dia berasa sunyi dan teringatkan pada Si ikan emas yang pernah menjadi sahbatnya pada sewaktu ketika dahulu. Rasa serba salah menyelubungi dirinya. Dia mencari Si ikan emas di seluruh kasawasan daerah negerinya namun tidak ketemu jua. Sedih. Pilu.
Rupa-rupanya Si ikan emas sudah menjadi sahabat baik putera raja. Sikap baik si ikan emas membuatkan Si putera raja sangat suka dan sayang padanya. Si ikan emas diberi tempat tinggal yang mewah, makan yang cukup dan rehat yang mencukupi. Walaupun tinggal di tempat yang mewah dan bersahabat dengan orang kenamaan, Si ikan emas tetap ingat pada Si lelaki itu.
Si lelaki yang sudah tidak memiliki harta itu hidup dengan menderita dan menghidapi penyakit merbahaya yang boleh membawa mati. Berita tentang si lelaki yang malang itu diketahui oleh Si ikan emas. Si ikan emas tetap mahu menolong Si lelaki itu walaupun Si lelaki itu sanggup menjualnya demi Si gadis kampung seberang sewaktu ketika dahulu. Si lelaki amat malu pada perbuatannya terhadap Si ikan emas dan memohon maaf kepadanya. Si ikan emas mengalirkan air matanya dan sedia memaafkan Si lelaki itu serta berkata
“ Sesungguhnya aku bersahabat dengan mu kerana Dia (Allah)”
Berderai air mata Si lelaki itu apabila mendengar kata-kata Si ikan emas.


Kisah ini adalah perumpamaan dalam persahabatan, apabila manusia itu bersahabat semata-mata kerana Allah pasti hidupnya tak akan rugi malah menjadi mudah seperti ikan emas dalam kisah ini yang faham akan matlamat hidupnya.

p/s: huh~ cerita rekaan farhahzaba  ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..


Wednesday, August 18

Puasa Jadi Makruh???


Huh… Dunia..
Haha..dah lama tak menaip dalam blog ni…memang sangat memalukan..segala jenis hidupan dah hidup dalam blog ni. Penicillium chrysogenum pon dah hasilkan product penicillin nya yang bayak dalam blog ni… maka, terhasil lah antibiotik kat blog ni. Kahkahkahkah. Memang  hebat…
Saje nak aplikasikan apa yang aku belajar, asyik nak guna ayat labah2 buat sarang je bila dah lama tak menaip dalam blog. Sesekali guna la ayat lain…hehe..
Hari ni nak kongsi cerita pasal bulan puasa. Mentang-mentanglah sekarang ni bulan ramadhan. Dah 8 ramadhan malam ni. Cepat betul masa berjalan, aku pon dah makin tua. Huh~ (tak tua sangat la)
Ni nak cerita, pada suatu petang ramadhan  kat dalam bilik asrama seorang hamba allah:
“Aik nak g masjid ke?” Tanya Nurul.
 “A’ah nak g masjid la ni” jawab roommate Nurul.
“Tak mandi dulu?” Tanya nurul lagi
“Eh, mane boleh mandi petang waktu puasa, makruhlah” jawab roommate Nurul dgn nada gurau.
“Mana ade, tak makruh lah. Itu semua tak betul” tegas nurul
Tiba-tiba roommate nurul yang sorang lagi menyampuk “Eh, betul la Nurul. Memang makruh, kan memang dah hukumnye.”
(ok, fine. Terdiam jap. Tapi memang tak bersuara lepas tu. Takut kecil hati pula kalau kata pendapat mereka salah)
P/s: hehe..macam cerpen la pulak..
Sebenarnya cuma nak kongsi pasal orang kita sekarang suka tambah-tambah hukum dan memberatkan perkara yang mudah dalam islam. Walaupun namanya seorang pelajar universiti, ada kalangan mereka ni suka ikut-ikut dan tak mahu buat research tentang hukum-hakam dalam islam. Terlalu berharap pada kata-kata orang lain dan ambil bulat-bulat. Huh~ berat tu…
Kalau nak kaitkan dengan cerita yang ala-ala cerpen ni (hehehe..),  nak cerita pasal hukum mandi lepas asar sebenarnya. Ramai yang anggap dan meletakkan hukum sendiri kalau mandi lepas asar pada bulan puasa jatuh hukum makruh. Hakikat nya menurut pendapat islam yang sebetul nya tiada hukum makruh atau mengurangkan pahala puasa bila mandi lepas asar ni. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur masa bulan puasa ni pernah dilakukan oleh nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ

"aku melihat rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan" -[hadith riwayat abu daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-albani didalam sahih abi daud]

didalam 'awn al-ma'bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara' bagi   yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :
وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة

"ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan"

syeikh al-qaradhawi didalam fiqh shiyaam memetik beberapa catatan imam al-bukhari didalam kitab sahihnya (bab mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-
ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ

"ibn umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa."

dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin. Wa.

Rujukan :

1. Syeikh dr. Yusuf al-qaradhawi. Fiqh al-shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau' al-quran wa al-sunnah. Cetakan ke 3 : beirut : mua'asasah al-risalah, 2001. Ms 94.