Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Thursday, December 29

Tali jalanan.

dua anak gadis
dua kerusi kosong
satu meja kotak
satu senyuman manis
satu senyuman kosong
satu pertanyaan
satu jawapan
satu persoalan
satu ulasan

penjara minda terjawab
akal berpesta
hati mahu lagi
seronok.

29Dis11
1.23pagi

kisah aku yang ditemukan Tuhan dengan seseorang yang sungguh aku tak pernah rancang. membantu aku menjawab persoalan hal-hal 'Sejahtera'. Syukran jazilan ya ukhti. 

untuk diriku sebagai peringatan.

Wednesday, December 28

demi Satu.

satu
demi satu
demi yang satu
menghentak almari jiwa
melutut
terduduk
tulang belakang melengkung
berhujan mata
bengkak
bertakung
nafas terdera sedu
telanlah aku kulimu
ikatlah aku khadammu
sampai hujung nyawaku
sampai habis jasadku.

28Dis11
melukis warna jingga.

untuk diriku sebagai peringatan.

Monday, December 26

Encuentro de despedida

Especial para el señor Adam y Su señora..

 En la memoria para siempre...





















 











 


 Ahora, estoy en el estado de ánimo del examen! 
warggghhh!!



Tuesday, December 20

yang murni.

sebelum aku mati,
yang tak tentu lagi,
tapi aku tahu itu pasti,
aku mahukan yang bererti untuk diri,
yang mulia untuk di isi,
yang bersih hati,
yang murni,
aku mahukan ini untuk diri,
untuk melepasi,
saat-saat hari,
mati yang sendiri.

ini aku ungkapi,
untuk aku ingati,
bukan kata-kata tak bererti,
untuk nyawa yang dibahagi-bahagi,
yang aku susun sendiri,
moga-moga diberkati,
mohon-mohon dirahmati,
Tuhan disisi.


Magrib
20Disember11
mengingati mati

untuk diriku sebagai peringatan




Monday, December 19

Persamaan yang korang tak tahu..

Ultraman


Maggi

Ultraman vs Maggi


Cerita diatas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Mood: Final exam dan Final project

Saturday, December 17

Selamat Exam!

tengok buku menung melangit
bacanya hampir sasar terbelit
manapun nampak macam perit
akhir nanti bacanya sampai ke kulit!.

sabtu magrib
17disember11

selamat menduduki peperiksaan! :)


Mencari bumi.

Kita ni susah betul nak berfikir waras yang sewarasnya sebagai seorang dewasa. Ayat yang lebih mudah lagi aku rasa bukannya 'susah' tapi 'malas'. Hurm, 'Malas' perkataan yang sesuai sekali untuk kita. Especially aku la. Kadang-kadang pilihan yang kita buat tu memang betul tapi sebenarnya belum yang sebetulnya. aku teringat ayat ni "utamakan yang lebih utama dari yang utama". So, yang lebih utama yang mana satu? kalau dengan pemikiran waras yang malas maka pilihan yang utama adalah pilihan kita. Sedangkan ada lagi yang lebih utama dari pilihan utama. Nampak macam terbelit-belitkan?

termenung

Entah apalah akal waras aku ni berfikir? Pada aku memang sohihnya cara berfikir muslim tidak sama dengan mereka yang masih belum jumpa Islam. Tapi kita masih lagi punya pemikiran yang sama macam mereka. penjelasanya, aku sukar ungkapkan sebab kewarasan minda tak tercapai kerana 'malas'. Lebih baik kita rujuk pada si alim sebelum influenza 'malas' menyerang otak kiri dan otak kanan.

tarik nafas

sebenarnya aku sebersalah dengan diri sendiri yang mungkin kerana aku malas berfikir. menidurkan saraf-saraf otak tanpa disusui. Sebersalah aku pada orang-orang yang bersusah payah mahu tuangkan iman tanpa gaji, tanpa minta apa-apa pun. Sedangkan kita masih terkial-kial mencari bumi.

untuk diriku sebagai peringatan.



Friday, December 16

tiru.

dia menipu dirinya sendiri
kosong yang sebenarnya kontang
melihat dirinya yang sangat kasihan
ditipu dirinya sendiri.

semua kerana nilai digit yang tak bermaruah
memalukan
menghinakan
sebersalah raganya
tak keruan akal.

kosong
kontang
terlentang.

dipasak semula dirinya
diteguh semula maruahnya
menyusun diri teratur.

dia bukan cendekia yang lohong
cuma sedikit terpesong
kembali.

jumaat zuhor
16Disember

untuk diriku sebagai peringatan.

Tuhan.

Tuhan...
aku mahu Kamu,
aku mahu Kamu semahu-mahunya aku,
tiada yang aku mahu selain Kamu,
aku hanya mahukan Kamu.
Kamu yang satu.

aku
si dungu
si buntu
yang hanya mahukan Kamu.

jumaat pagi
16Disember11

sungai Lui


Monday, December 12

Melayu kahwin cepat sebab besar perut??

Cerita dalam kuliah...

30minit sebelum kelas tamat.

Dr T: bla...bla....bla.... you guys, don't think that you got 4 flat company will accept you. di luar nanti if you can't thinking creative senang-senang saja awak di tolak.
students: *muka innocent*
Dr T: anyone want to ask me?
student: what will coming in exam?
Dr T: Ok, don't ask me what I've answered just now.

*senyap*

Dr T: anyone have problem in my subject? masalah susah nak study ke?  bla....bla...bla...
ada yang dah kahwin ke?
students: *menunding jari ke arah 'jejaka'*
Dr T: really? do you have any problem in your study?
jejaka: no Doc. I'm not married yet. but I'll get married.
students: next year, Doc. *gelak riuh-riuh*
Dr T: how old are you? *muka tak puas hati*
jejaka: 21
Dr T: wow, it's too fast. awak dah besarkan perut ke? *senyum  innocent*
students: *ketawa*

Dr T = orang Malaysia berbangsa cina beragama buddha.

Aku dapat rasakan yang mentaliti doktor ni dah salah. ofkos lah salah, sebab bagi dia orang melayu Islam ni kahwin awal  sebab dah 'terlanjur'. Persoalannya sekarang, siapa yang serapkan pemikiran macam ni kat orang2  macam Doktor ni?

Memang dah sah, ni mesti salah cerita drama melayu.!

haishh....rosak..rosak..

*aku terkesima*


Tuesday, December 6

Disember musim 'Hujan'

aku kuat
aku kuat
aku kuat
aku kuat
aku kuat
aku kuat
aku kuat
aku kuat
aku kuat
yeah!
hebat!
sabar!
macho!

sikit je ni...
senyum!

ofkos la banyak kerja, sem 5 dah nak berangkat pergi so, bersedialah menjadi hamba buku, tugasan, dan nota-nota!
 yeah! aku sememangnya kuat!
fantastic Dicember, u rock!!

musim 'hujan'


Sunday, December 4

Kita.

kau racuni aku
pedih menusuk
tak tahan menahan sakit
aku menangis
sembunyi, menyorok berlari
bukan itu kawan?
tak mahu berlawan
tak mahu menyakiti
kebalkan rusuk paksi
ketawa
terbahak-bahak menelan mati
macam bodoh tak bererti
pasti
nanti ada cerita sejati
kesabaran yang berganti
kawan, sahabat, disisi
Tuhan akhirnya yang menemani.

langit menangis
4disember


untuk diriku sebagai peringatan.


buta.

kerana tampaknya dunia yang fatamorgana
yang hidup cuma berpuluh-puluh tahun
sedang hidup di akhirat yang tak akan ada penamat,
aku buta.






















pagi ahad
4disember

Saturday, December 3

ingatkan aku.

semalam bangkit aku jam 3pagi. masih lagi tercungap-cungap memikirkan tajuk PSM (projek sarjana muda). benda mudah tapi payah untuk memilih.

seperti biasa celik sahaja mata, pasti aku pergi ke meja untuk periksa emel atau apa sahaja di internet. masih banyak manusia yang update status di fb jam pagi-pagi buta. kemudian aku terbaca status sahabat aku di fb yang menarik (ini membuatkan aku tekan butang 'like'). terus aku komen. kemudia dia berbalas. dia bertanya khabar tentang iman aku. dikatanya dia rindu untuk solat berjemaah sama-sama. tiap-tiap butir tulisannya buat aku menung. bukan banyak aku punyai sahabat yang sebegini. bukan senang-senang aku temui dia tanpa kasih sayang dan rahmat Tuhan.
katanya tahniah untuk aku kerana dibangunkan Allah malam2 sebegini. aku hampir terlupa yang aku sedang dalam putar belit akal untuk memilih. dia mengingatkan aku untuk terus mintak petunjuk daripada Dia. semangat aku membuak-buak untuk menelefon Tuhan, membasahi tubuh dengan wuduk. aku sayu, hari jadi sebak. semuanya takkan sempurna bila Tuhan tidak mahu tunjuk, maka perlunya aku memohon dari Dia. Hati aku jadi tenang. pilihan aku lebih sempurna. semoga yang selebihnya nanti Tuhan redakan aku.

kadang-kala aku lupa, maka ingatkanlah aku.

semoga kau juga dipermudahkan Allah memilih tempat yang terbaik untuk latihan industri sem depan Melor!
*senyum*

Thursday, November 24

lepaskan.

sila buang aku
sila benci aku
sila bunuh aku
cukup?
lagi?
kejimaki saja
ludahsepak saja
henyaktibai saja
biar ranaphancur aku
biar pecahlebur aku
biar berdarahluka aku
biar hilangghaib aku
biar sakitmati aku
untuk kamu
jangan sayangcinta aku
jangan mahu aku
tanam aku hidup-hidup
hingga henti nafas
sampai aku lepas
cukup.

9.30p.m
24nov11

untuk diriku sebagai peringatan


Thursday, November 17

sungai mati.

risau aku ini risau
mana saja jalan aku pergi risau
apa saja yang ditelan aku risau
yang sedang aku belajar jadi risau
melihat menambahkan aku risau
tidur aku dalam sedar sasau
jaga aku tersasar
lesu
penat
sakit
meronta air jiwa meruah
akal meletak jawatan
hati ponteng; takhadir
bertubi-tubi risau
dikoyak-koyak nyawa
dikapak-kapak aku
penat
sakit
lesu.

FarhahZaba
17nov11
1 a.m
menara gading.



Wednesday, November 16

berapa RINGGIT?

sebuah kereta mewah melintasi dihadapan.
kemudian kereta itu 'parking' di depan banggunan tinggi.
seorang lelaki keluar dari kereta mewah itu.

"laa..Mamat rupanya!"

berlari menuju ke arah Mamat.

"wahh...cantik kereta. peh! baru beli ni. berapa RINGGIT kau beli ni Mat?"

"BERAPA RINGGIT kau tanya??!"

"aku tanya je berapa ringgit, janganlah nak marah. Sorry la.."

"BERIBU RIBU harga ni tau tak?!"

*fullstop*


situasi macam ni memang selalu je berlaku, sebabnya nak pertahankan yang dia beli tu mahal.
watdehel?
'of course' lah aku tujukan pada yang beli barang DALAM negara ni sendiri.

aku masih tak faham dengan rakyat Malaysia; terutamanya.
--sebab, apa yang mereka faham dengan makna RINGGIT sebenar ni?
padahal ringgit tu kan nilai matawang negara dia sendiri; MALAYSIA.
dulu-dulu zaman sekolah tadika pun cikgu ada ajar aku rasa--memang pun.
Jadi tak perlulah kau sebagai rakyat Malaysia nak menempelak bila kau beli barang mahal 'then' kau nak kata yang harga ni BERIBU atau BERJUTA.
--sebab nilai akhir harga barang yang kau beli tu ialah RINGGIT Malaysia ok?.
dalam cek pun tulis macam ni; Dua Juta dan Lapan Puluh Sen RINGGIT MALAYSIA.

hey,

Tak ada pun dulu aku belajar RINGGIT tu untuk 'SERINGGIT', 'DUARINGGIT', atau apa saja untuk nilai yang kecil.

*okey, aku nak pergi kelas.*


Tuesday, November 15

siapa tahu?

mengenali insan yang tak pernah aku rancang; sungguh aku masih terpinga-pinga
kerja Tuhan siapa tahu.
untuk aku sendiri pun aku tak tahu. sudah tentulah bersebab kenapa Tuhan susun ini untuk aku.
yang jahil menjadi bijak; untuk aku--supaya tak jauh aku dari Dia
supaya tak jauh mereka dari Tuhan.

siapa tahu?

15nov11
12.20a.m

Monday, November 14

Impian aku.

hujung minggu lepas...
seorang bertanya pada aku; apa impian aku?
lalu aku menjawab dengan mata memandang kebawah, bersuara kipas dan bermulut katup.
bukan aku tidak punya impian atau tak terfikir lagi oleh akal yang waras, cuma...

ya,

cuma terlalu banyak impian yang aku mahu, yang aku hendak, yang aku ingin!

dan impian aku juga untuk menjawab soalan kamu.

*hela nafas lega*

*senyum*


Friday, November 11

Pinjam.

aku si gadis bertopeng pinjaman Tuhan,
tidak punya wajah cantik milik sendiri,
tak berjasad menarik milik sendiri,
aku punya; yang hanya pinjaman.

"sudah diberi pinjam dipulang nanti biar yang sempurna",
aku jaga; untuk Tuhan.

milik aku sementara,
tak lama mana,
hidup di antara julat masa pinjaman,
aku pinjam dan main peranan.

esok, lusa, aku pulang.

11Nov11
12:08 a.m.
Batu Pahat.

Tentang manusia yang perlu peliharalah apa yang dia ada, jasad, nyawa, teman, keluarga, peribadi, maruah. 
kita hanya peminjam.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..".
 (QS. At Tahrim:6)

untuk diriku sebagai peringatan.

Wednesday, November 2

Raya haji.

Salur-salur medulla oblongata aku sungguh serabut menjadikan kewarasan otak tak berapa bagus,
pemikiran tak keruan. kerja duniawi bertubi-tubi, tapi bukan itu penyebabnya. 
sekarang hanya dapat ditenangkan dengan tiket bas balik batu pahat raya haji ni. 
mana aku nak cari ni?!
semua dah habis.

Ya Rab. mampus.

kejar bas pun memang belum tentu dapat naik kalau takda tiket. :(


Tahniah Kak Angah!

T.A.H.N.I.A.H.

Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Kejuruteraan Elektrik


Cerita depan laptop sambil layan 'muka buku':



"Cuba ude teka kenapa angah letak profile pic gambar ni?"
"Elee..dah tau da, angah nak bunga matahari time konvo nanti kan..."
"Eh, camne ude leh tau ni??"
"Hye, ude ni kan ade 'six senses'"

*memang 'demand' betol akak aku ni..=.="*


tengok, punyalah sayang aku kat dia.. dapat gak dia 'sunflower'.


Tuesday, November 1

Mid-Sem.

kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri yang terlalu 'relax'.
'assignment' berlambak, 'exam midsem' ada 5 subjek minggu ni, quiz ada 1 subjek.
'assignments' pula kena hantar minggu ni juga.
tapi otak masih lagi tak gelabah.

"ko bukan banyak test ke minggu ni? apasal aku tengok ko ni relax je.."
*tengok, kawan aku sendiri pun perasan yang aku ni terlalu bersantai*

peh..kenapa dengan aku ni?? =.='
manja betul la tubuh aku ni..haishh...
sell-sell otak cepatlah berhubung!!
saraf-saraf jasad bergeraklah pantas!
gerak! gerak! gerak!

Tuhan, rahmatilah aku.



p/s: kejayaan dicipta oleh orang-orang biasa yang berusaha secara luar biasa. :)

Monday, October 31

belum tamat.

syukur masih lagi bernafas walau masih tercungap-cungap.
hari ini aku kembali ke panggkal, namun pengembaraan masih belum tamat.
bertemu dengan insan-insan yang tak pernah aku rancang adalah anugerah Tuhan; sungguh itu nikmat.
terima kasih segala budi pekerti dan layanan yang terlalu sempurna dari mereka yang menuang saat untuk aku--;aku kagum.
menuangkan saat untuk aku lebih berharga dari menuangkan air, walau keduanya adalah sangat mulia.
aku hanya mampu mengucap 'Alhamdulillah' dan tersenyum.
terima kasih untuk kesempatan ini.
sungguh mereka cukup baik.

31Oktober11
3.41p.m
*kematian itu kepastian.*

kampung wakaf aik 26Oktober11 6.33p.m


Thursday, October 27

wujud

dalam kewujudan manusia ini hanya wujud dua watak.
si bodoh dan si cerdik.
tapi tak semua dapat pegang watak cerdik
iaitu; aku.

kampung wakaf aik
27Oktober11
11.13.a.m.

Wednesday, October 26

Kehormatan.

aku melihat maruah untuk perempuan tidak terbela
kasihan kamu perempuan
kasihan aku perempuan
aku benci perkataan 'kasihan'
apakan daya kalau sudah memang kebenarannya
lalu siapakah yang mahu membela untuk kamu dan aku?

12.a.m
26Oktober11
Sebarang Takir

p/s: aku baru lepas singgah salah satu universiti di Terengganu mlm tadi, pelik dengan susana kolam renang yang bercampur jantina. Tiada pembahagian masa untuk lelaki dan perempuan ke? hurmm...apakah fungsi si penuntut bijaksana tinggi berilmu menara gading yg majoritinya beragama 'Sejahtera'? 
*aku malu*


Sunday, October 23

Musafir.

"10 hari mencari diri dalam hidup"

aku masih lagi bernafas dalam liang-liang rongga yang sempit.
semoga perjalanan ini tidak membusuk 
mohon dari rahmatNya aku menemui diri
belajar di setiap langkah
semoga kembali.

*hela nafas*

p/s: kematian itu kepastian.

Sungai Rengas
23 Oktober 11
01.23 am