Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Thursday, April 28

syukur.

hari ini aku belajar erti syukur,
memang tidak tertanding hikmah itu,
...
sebab aku tahu,
...
..
.
--"Tuhan itu sayang aku."--

Copyright©2009-2011farhahZaba


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Tuesday, April 26

yang dulu bernama gadis kecil.

habis kepunahan rumah sempurna,
tak terbau lagi garing kehangusan tumisan,
tak ada lagi jerit pekik luahan rasa,
jika ada pasti menunggu lagi penantian.

baru aku sedar kita sudah dewasa,
tinggal anak kecil di dalam gambar yang lusuh,
berlalu sudah cerita gadis-gadis kecil yang gembira,
kini menjadi dewasa tak terkejar kerja tertangguh.

ya,
kita semua sudah dewasa,
bakal tamat cerita kita.
aku rindu aku cinta.

Copyright©2009-2011farhahZaba



menulis untuk kakanda-kakanda ku yang bakal berumah tangga dan ke alam pekerjaan..^_^



jom kemas!

tak ada idea, tapi rasa nak menulis...hurmmmmm...nak tulis apa ni?? nak tulis apa??
haishh! nak tulis juga.
tapi tak tahu nak tulis apa.

adoyai~

hey, saya nak tulis apa ni? idea datanglah, datanglah...
okey, tak ada idea nampaknya. mungkin penat sgt otak ni jawab exam selama 5jam hari ni.

hahahaha..(ketawa tak jadi)

jom kemas barang masuk kotak!
nak cuti sem ke tak nak ni??
kalau nak, jom!

hahahaha..(ketawa buat-buat)

mood: 2 subjek lagi nak merapu.



Saturday, April 23

cinta Tuhan.

genggam nyawa sampai jangan terlepas,
genggam saja sampai puas dengan dunia,
cinta saja padanya sampai mana kau rimas,
ramas jiwa sampai sebati dengan mahu rasa.

kau mahu Tuhan bila mana jasad mu hancur,
kau mahu Tuhan saat kau lemah tak termampu,
kau mahu Tuhan ketika kau rakus merasa lapar,
kau mahu Tuhan masa kau tiada siapa untuk mengadu.

mana pergi kau ketika Tuhan menyuruh pada jalanNya?
mana pergi kau ketika Tuhan rindu pada tangis mu?
mana pergi kau ketika Tuhan memberi petunjuk?
mana pergi kau ketika Tuhan masih sayang?

suka tawa perkosa dunia itu kau mabukkan,
fitnah daya itu sering kau sebar-sebarkan,
bohong dusta petaka itu yang sering kau bibirkan,
genggam nyawa itu yang kau relakan.

sudah-sudahlah disekalian rakyat hamba yang selekeh,
mengemis rayulah,
pinta sujudlah,
rengek tangislah.

Tuhan ada untuk engkau.

Copyright©2009-2011farhahZaba

menulis untuk manusia yang seperti aku.


sebak.

Panching
Photo by Azira
Edited by Farhazaba

Thursday, April 21

dia yang bukan jauh.

dia yang bukan lagi duduk di sebelahku,
jauh dari aku berbatu-batu,
dia yang bukan lagi seperti dulu,
jauh meninggalkan keanak-anakkan lalu.

dia yang bukan lagi dulu aku kenal,
jauh dari apa yang pernah aku sangka,
dia yang bukan lagi pengawas sekolah,
jauh meninggalkan memori hingusan.

dia yang bukan lagi kawan untuk aku,
jauh sungguh untuk menjadi lawan.

dia yang bukan lagi jauh.
--"dia sahabat ku"--

Copyright©2009-2011farhahZaba

p/s: menulis untuk kamu-kamu... kamu-kamu yang jauh... kamu. :)


Wednesday, April 20

amukkan jiwa.

koyak rabak jantung disiat-siat malas,
bersepah-sepah perca jiwa yang tertindas,
rohani tercangkung menunggu makan,
tak tersuap dek kelupaan membabi buta.

lalu si akal berkata "belajar saja!"
si jiwa yang terperca terus tersentap tersungkur,
habis berdarah jiwa menangis kesakitan rasa,
tak tertahan lagi rohani menahan lapar.

hei dunia,
sila jangan ratah aku lagi!

Copyright©2009-2011farhahZaba



tentang kehidupan manusia yang malas segala-galanya lalu rohani dan diri yang menjadi mangsa.

Tuesday, April 19

apabila study week menjadi study weak...

beginilah jadinya.... 

tetibe teringat kat kampung abah...

pastu lukis2 guna 'software paint' je yang mampu...

main-main lukis macam dah habis belajar je...

gambar letak kat tepi sebagai rujukan yang membuang masa...


kemudian ditambah pula dengan warna macam banyak je masa tu...


ni lah gambar sebenar yg diambil masa raya tahun lepas...

yang ni pulak bukan gambar sebenar...


mood: macam takde hala tuju.

Monday, April 18

maaf.



keliru.

sesungguhnya saya ini masih belajar,
dan saya bukanlah terpelajar,
kerana selalunya yang mempunyai perkataan 'ter' itu bermaksud 'tidak sengaja',
dan saya bukanlah tidak sengaja untuk menjadi pelajar.

-bahasayangmengelirukan-

rawak

Pasar
Photo by Afifah Fauzi

Sunday, April 17

apabila aku yang terasa..

dia saat sedang 'scroll up' dan 'scroll down' di fb beberapa minit yang lalu. Tetiba....


hurmmm...agak memalukan.tak terkata. siapalah yang memalukan itu?
renungan untuk diri sendiri juga.
*terkesima*
*senyap*


Dunia dan keinginan.

Ya, sekali lagi menceritakan bahawa dunia ini hanyalah khayalan yang menipu. Bosan. Sepertinya tiada cerita lain untuk diceritakan. Diulang dan diulang hingga pembaca menjadi muak. Begitulah juga muaknya dunia dalam hakikat jiwa. Mana mungkin dunia ini hanyalah sia-sia, kalau begitu mengapa Tuhan itu mencipta dunia? Fatamorgana, tipu daya, sia-sia, rakus, semua nya sering saja dikaitkan dengan dunia. Yang buruk-buruk harus saja untuk dunia. Lalu apa sebenarnya dunia ini?

Mungkin untuk usia saya yang hanya baru saja menjadi dewasa 21 tahun 73 hari belum cukup untuk mengenal dunia jika dibandingkan dengan datuk nenek saya. Pengalaman apatah lagi. Menjadi remaja bukan mudah bilamana dunia ini ibarat wayang yang mempersona, seperti kanak-kanak  yang dilepaskan ke taman permainan yang difikirnya itulah syurga baginya dan harus saja semua mahu disentuh walaupun tahu yang tanah itu kotor. Dikuis-kuis tanah itu kerana mungkin saja belum mumaiyiz untuk membezakan yang bersih dan yang kotor. Itu kanak-kanak, tapi bagaimana pula si remaja yang mahu menigkat dewasa? Sepertinya itu adalah situasi saya. Lalu saya terjumpa kata-kata Allah di surah Ar-rum ayat 64.

Benar, semakin lama dunia semakin berubah, banggunan mencakar langit, alam yang semakin tercemar, manusia yang berpusu-pusu, begitu juga dengan struktur bentuk muka bumi yang sering saja dilanda bencana alam dari Tuhan. Tapi adakah Tuhan itu kejam untuk membunuh makhluknya dan merosakkan tempat tinggal manusia? Untuk persoalan ini pernah saya membuka Quran mencari kuasa Tuhan dalam helaian-helaian Al-kitab. Di surah Az-zukhruf ayat 48 dan juga surah Al-Qasas ayt 43 Tuhan telah menceritakan nya beratus-ratus tahun dahulu.

Pernah juga saya mempersoalkan mengapa Tuhan itu kejam dalam memilih manusia untuk diberi hidayah? Mengapa hidayah itu tidak untuk semua manusia jika benar Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyanyang seperti di kalam basmallah yang sering saja saya ucapkan? Adakah itu Tuhan yang Adil?

Ya, itulah pemikiran saya yang sering saja bermain difikiran selama beberapa tahun. Hampir-hampir saja ranap jiwa saya bilamana persoalan saya tidak dapat dijawab oleh segilintir orang-orang alim yang pernah saya temukan. Jika diberi jawapan pasti saja belum cukup untuk diterima akal. Maka persoalan saya terjawab akhirnya bilamana Allah mahu saya mendapat jawapan itu. Seorang telah memberikan jawapan kepada saya melalui Quran surah Al-Qasas ayat 50 dan surah At-taubah ayat 75-76. Manusia itu memang suka mengikut keinginannya saja dan Allah itu Maha Tahu. Alhamdulillah di usia muda ini saya temukan jawapan.

Perubahan seorang yang tolol dalam hal agama lebih baik dari seorang yang merasakan alim tapi tidak ada perubahan. Ibaratnya seperti hanya di satu titik yang tinggi dan tidak bergerak-gerak untuk kepuncak akhirnya jatuh kebawah kerana tidak dapat mengimbangkan dirinya dengan baik. Ataupun seorang yang dipandang alim lalu membiarkan saja dirinya dipandang alim tanpa ada hubungan dengan Tuhan. Itu lebih buruk dari seorang yang tolol. Ada juga manusia yang tolol dan membiarkan dirinya dalam kebodohan itu tanpa berusaha mendapatkan Tuhan. Dan itu lebih saya kasihankan dengan kealpaan dunia yang menipunya. Sangat kasihan. Bukanlah saya ini seorang yang alim dan hebat untuk berkata semua ini, malah saya juga hanyalah si tolol.

Menjadi insan bukan saja baik dimata manusia hakikatnya baik dimata Tuhan. Namun apakah yang dikatakan baik itu? baik perangai, baik hati, baik pendidikan atau baik rupanya? Baik apa yang terbaik disisi Tuhan. Di usia yang mentah ini saya cuba menempatkan diri untuk memahami erti khalifah yang sering dikata Tuhan dalam Al-Furqan. Menjelajah di setiap saraf-saraf otak yang diberi nama akal untuk saya berfikir. Sering saja saya jatuh untuk berkenalan dengan Tuhan kerana mungkin memang benar hati ini sentiasa berbolak-balik bersama iman. Tuhan yang Maha membolak-balikkan hati manusia untuk dilihatNya siapakah orang-orang yang berjaya.

Dan saya yang tolol ini bersama-sama dengan nadi yang berdenyut berharap agar diusia yang dianugerahkan Tuhan ini tidak akan menjadi sia-sia diperkosa keinginan dunia. Dan pegembaraan di usia ini semoga di permudahkan Tuhan. Semoga perjalanan saya tidak dicemari habuk-habuk yang mampu membutakan mata seperti dulu. Keinginan perlu saja ditapis dan dinilai sebelum diusahakan. Dunia tetap sahaja bernama dunia, dan manusia itu boleh sahaja bernama insan.

menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan.
-farhahzaba-


Saturday, April 16

siap!

Yeahhh!! business plan dah siap segala bagai.! presentation pun dah langsai~~
terima kasih kawan2 atas sokongan dan kerjasama anda. ^_^

mood: study week or study weak??


Friday, April 15

perhatian.

Dunia sila hentikan fitnah yang direka-reka,
manusia sila dengarkan kebenaran dengan telinga yang ada,
insan sila berikan bantuan kepada mereka yang alpa.

Copyright©2009-2011farhahZaba


muak sudah dengan isu duniawi yang gemarkan penipuan. pembaca bukan bodoh. fitnah merata-rata, hendak saja aku sapu masuk ke tong sampah yang busuk itu.



Thursday, April 14

cinta si gadis suci.

mana mungkin gadis suci itu meluahkan cintanya,
dia hanya mampu cinta kamu dalam senyap,
cinta yang hanya disimpan,
cinta yang akhirnya pergi tanpa memahami.

bukan mudah menjadi gadis yang tinggal dalam beban cinta dunia,
dihantui rasa cinta tapi tetap menjaga,
kamu tidak sabar dengan cinta seorang gadis,
maka gadailah cinta kamu wahai si lelaki.

kamu bukan milik gadis suci itu,
kamu hanyalah lelaki yang mengadai cinta demi dunia,
kamu tak pernah cuba memahami gadis itu,
lebih baik kamu dilepaskan saja.

Copyright©2009-2011farhahZaba


p/s: menulis untuk si gadis suci yang pernah meluahkan kepadaku suatu masa dulu juga menulis untuk lelaki2 yang tidak pernah memahami pengertian 'gadis suci'. 


Wednesday, April 13

menulis.

rasa ingin meluah tapi hanya merasa,
menjadikan kata-kata hanya memendam,
mendengar suara yang senyap berkata,
tinggal sendiri dalam kaca hati yang suram.

menulis sebagai luahan yang tak mungkin terluah,
kerana yang didalam itu terkandas jauh,
tak mungkin dapat keluar mahupun menjengah,
biarlah terkubur andai itu yang termampu.

menulis sebagai nyawa yang tak mungkin mati,
melainkan mati bersama hayatnya jasad,
jiwa biarlah jari-jari ini yang meluah sendiri,
kerana suara tak mungkin pernah berkata.

Copyright©2009-2011farhahZaba

menulis untuk diriku dan kamu yang mempunyai jiwa tapi tak mampu untuk berkata meluahkan rasa.

Monday, April 11

Nasib.

bahawasanya si gadis itu sedang bersedih,
diulang-ulang mengatakan yang dia itu sedih,
punah ranap jantungnya yang tergantung,
hampir saja gugur sebelum dia meraung.

yang diharap dan terlalu mengharap bukanlah miliknya,
yang diusaha hampir mati tak dapat juga,
bukanlah mahu berputus harap atau menyalahkan Tuhan,
cuma bersedih dengan nasib dirinya.

Copyright©2009-2011farhahZaba




p/s: mood sedih yang sedang mencuba untuk bertenang.





Sunday, April 10

sila sergah akal itu.

sekali lagi si aku cuba untuk jatuh,
gila apa manusia yang tak pernah serik,
lalu ditumbuk pijak henyak dirinya sendiri hingga rebah,
biar tersergah dari angan sial yang merobek.

cuba pasangkan urat-urat di otak kamu membentuk akal,
fikir hingga ke pedalaman jiwamu yang semak,
lalu ditampar sekali lagi si aku biar membentuk kesan sebelum tertinggal,
tangan itu dihulur bukan untuk suka-suka tapi untuk kamu yang bongok.

nah, sambut jari-jemari itu dan genggam ikhlas untukNya,
jangan sampai hati kamu terlalu suka untuk suka.

Copyright©2009-2011farhahZaba

p/s: menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan. Ya Allah, jangan biar aku dalam sia. 



terima kasih!

hai!
aku ini gembira,
nanti pasti gembira lagi,
terima kasih teman aku bersama,
biar berpisah pasti nanti aku cari.!

Copyright©2009-2011farhahZaba


p/s:untuk kamu2 yang sudi menemani aku, mendengar aku dan menyentuh jiwa ini semalam. 
*senyum*





Friday, April 8

si puru.

hei!
kau itu punya cela,
usahlah ditenung cermin itu lama-lama,

payahnya rasa mahu mencantik tapi si hodoh,
cukup sudah bermimpi kelmarin menjadi puteri,
hakikatnya hanya si puru yang menggerutu.

Copyright©2009-2011farhahZaba



menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan.



Wednesday, April 6

kudrat

jika hampir tersiat-siat jiwa itu sila tahankan,
jika tak bermaya dengan kudrat yang kau ada tak perlu gelisah,
biar sempit asal kau tetap berjalan,
dengar sini kata saya jangan jatuh!.

Copyright©2009-2011farhahZaba





menulis untuk diriku sendiri sebagai peringatan lalu ku lemparkan pada sahabatku saidatul akmal sulong.



Tuesday, April 5

dan hanya mimpi

dan bukan ini untuk saya,
dan ini hanyalah mimpi saya,
dan saya tak dapat memegangnya,
dan saya hanyalah si lemah yang tiada daya.

diketuk pintu mimpi tak terjawab,
dipekik jerit tak terluah,
dibiar tunggu jawapan makin meluap,
difikir hairan mana hilang tuah.

dan saya hanya menunggu,
dan mimpi masih dalam mimpi,
dan biarkan saya mencangkung menanti rayu,
dan esok pasti saya bermimpi lagi.

Copyright©2009-2011farhahZaba


Monday, April 4

lapar dahaga.

aku bukan dahagakan sijil-sijil untuk ke masa depan,
aku bukan juga laparkan pangkat untuk berada ditempat tinggi,
aku hanya mahukan apa yang terbaik untuk aku bagi kepada Tuhan.

Copyright©2009-2011farhahZaba





Sunday, April 3

semak.

tak makan rasa kenyang,
tidur rasa penat,
tisu rasa berat,
bilik berpenghawa dingin rasa panas,
minum rasa dahaga,
hujan takda air,
berkemas makin bersepah,
berlari tak berpeluh,
cahaya gelap,
yogurt rasa kopi,
gula rasa masin,

ada saja pikulan,
semak aku fikirkan.

Copyright©2009-2011farhahZaba

hendak seribu daya, kalau tak seribu dalih #bhg.2

 Wohohoho..kan saya dah cakap tadi kalau nak sesuatu mesti seribu daya.
Tengok ni bila seribu daya saya keluarkan untuk mendapatkan durian, akhirnya berjaya juga!
mahal-mahal pon lantak lah, asalkan dapat melepaskan kempunan. Sekarang giliran saya pula menyebarkan angin durian di UMP. hahaha.!(kejam giler).

 (teruja jumpe durian kat tepi jalan, semua nak disentuh!)

 (amacam? ade gaya jadi model durian tak?? haha..)

 (berkelah jap makan durian, ceeehh...buka durian muka nak stress!. fokus giler.)

 (Hohoho, akhirnya berjaya gak buka durian! tapi harap maklum ini bukan tenaga saya..)

(yang ade anak panah tu menunjukkan si penyumbang tenaga yang membelah durian tu.hehe)

Okeh, kesimpulan kat sini bukan pasal durian atau pasal model durian ataupun pasal 'angin yang tak dirancang' semuanya tentang usaha. Usaha untuk sesuatu tu, kalau bersungguh-sungguh pasti boleh dapat punya. Jadi, takkan pasal makan je kita nak usaha? yang lain2 tak nak usaha ke? 
Jom kita usaha sama-sama untuk kebaikan agama, diri sendiri dan masyarakat. InshaAllah! 
Jom!
^__^


Mood: sedang berusaha mendapat tempat disisi Sang Pencipta.


Saturday, April 2

hendak seribu daya, kalau tak seribu dalih~

Okeh, hari yang sunyi. mana semua warga UMP ni pergi?? hurmmmm... mesti ramai yang balik makan durian kat rumahkan? Bagi saya seulas untuk merasa pon jadilah. Oh, sangat sakit hati pada bau2 durian yang melekat di sana sini. kalau bukan bau durian yang original mesti bau durian entah angin dari mana yang keluar.sabar je lah~ nak melepas pun ingat2lah sikit wei..

 (agak2 lepas makan durian leh kentut sampai macam ni ke??)

 (tak pun kentun sampai macam ni?? dasyat sampai berapi)

Takpe2, ingat korang (warga ump yang makan sorok2) je boleh makan durian?? Jap lagi saya nak kuar cari durian sampai dapat, kalau tak dapat nak meroyan sampai dapat juga! hahaha..Oh, durian manalah nak cari kat kawasan gambang ni?? Hurmmm..hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Nak juga! nak juga! nak juga!

Baiklah dah tak tahan sangat nak jumpe cik2 durian di tepi jalan, jom gerak dulu! selamat tinggal bau2 angin durian di UMP. Adios~

(Ahhh~ seronoknya kalau dapat jumpe cik durian! ^_^)