Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

farhahzaba

Kenali Saya..




Farhah Za'ba adalah tuan rumah blog CaHAyA KeBERaNian keGEMbiRAaN ni. Mohon untuk sesiapa yang singgah blog ni untuk tanya saya dulu kalau nak ambil pape ye. Tak berapa nak kisah pon kalau nak ambil pape tapi bagi tahu dulu ye. Cheers!! (^__^)V

Siapa Farhah Za'ba?

Okay, tak kenal maka tak akan kenallah sampai bila-bila kan.
Cukup untuk mengenali dia sebagai Farhah Za'ba,
Seorang yang sukakan muzik gitar dan piano
Tapi tak reti main satu pon alat muzik
Seorang yang sentiasa happy go lucky
Suka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja
Tapi bukan kawan dgn Syaiton
Sukakan makanan yang pedas giler
Kalau boleh hari-hari nak hirup kuah asam pedas
Seorang yang sangat suka melukis.
Suka menulis ayat2 pendek dan juga panjang.
Gilakan puisi
Gilakan barang2 retro/antik
Kadang-kala suka memberontak. (kadang-kala je ye..)
Seorang yang sangat cool
Tak mudah gabra atau cemas
Suka melepakkan diri
Sukakan sejarah negara dan luar negara.
Sukakan novel Islamik dan novel motivasi
Seorang yang setia
Tapi bukan hamba cinta manusia
Suka fesyen dan baju yang cantik-cantik
Tapi takda duit nak beli yang mahal2
Seorang yang sangat TAK suka mencarut.
Tapi kalau dah geram, mungkin terkeluar dari mulut. Opss! maaf.
Pernah di gelar sebagai seorang yang 'anti-sosial' oleh seseorang.
Seorang yang sangat ringan dengan berat yang hanya 43kg
Sangat sayangkan keluarga dengan motto family is first
Suka duduk dalam bilik sampai digelar 'penyewa bilik' oleh adik sendiri.
Seorang yang mengambil jurusan biotechnology industry di UMP
Sukakan Sains dan Seni. (S&S)
Sukakan makanan dan suka main masak2 bila berada di rumah.
Yang terakhir sekali sangat suka lagu2 indie. 

Rasanya dah cukuplah anda mengenali farhahzaba dengan semua perkara di atas tu. Awak boleh nilai farhahzaba, tapi farhahzaba tak suka dinilai kalau awak belum cukup kenal dia. Maaf ye.


Okay, selamat datang! Hohoho~ (^___^)v