Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, December 29

puteri jawa dan pendekar borneo

tersebutlah sebuah kisah kasih seorang gusti puteri jawa dengan sang pendekar borneo. si gusti puteri jawa yang selalu berharap agar sang pendekar borneo datang bertemu dengannya. menunggang kuda putih tua, lalu berlari-lari anak kearahnya itulah impian si puteri. sepurnama si gusti puteri jawa bermain dengan bayang-bayang, namun jaka borneo tidak terlihat jua menembusi lensa matanya. sang pendekar borneo yang telah memberi harapan demi harapan melalui perantaraan helang biru membuat puteri jawa tertunggu-tunggu. bukankah penantian itu satu penyiksaan jiwa yang penuh sabar? sepurnama penuh si puteri menanti sang pendenkar, namun hanya fatamorgana. helang biru terbang menghinggapi beranda singgahsana membawa lagi harapan baru kepada si puteri bahawa lagi sepurnama penuh pendekar akan tiba menemui si gusti puteri jawa. bunga-bunga hidup yang layu di taman singgahsana kembali mekar seperti turut bergembira merasakan kegembiraan hati gusti puteri. burung-burung pun turut berkicau riang.

purnama terus menjalankan tanggungjawabnya mengelilingi bumi. pasang surut air berlangsung sudah. purnama penuh kembali menjadi sabit. sepertinya sang pendekar tidak mampu meneruskan perjalanan ke pulau jawa. hiba hati si gusti puteri. merenung ke luar jendela mengenangkan takdir yang Tuhan rancangkan. bergenang air jiwanya lalu mengalir jua. sekali lagi sang pendekar borneo menghantar utusan melalui helang biru memberi khabar justifikasi mungkin rabiulawal, rabiulakhir atau jamadilawal sang pendekar borneo akan sampai ke pulau jawa untuk menemui si gusti puteri. khabarnya lagi, walau sejauh manapun si gusti puteri berada dia akan tetap pergi mencari gusti puteri. sepertinya indah khabar, si puteri masih berharap agar indah khabar, indah juga rupanya nanti. dijahit semula hatinya dengan rapi, di belai semula jiwanya. lalu si gusti puteri meletakkannya semula di dalam peti berkunci untuk sang pendekar borneo. setiap hari penuh harapan, setiap hari penuh cita. dan setiap detiknya penuh dengan doa. bunga-bunga di taman singgahsana berguguran menandakan musim luruh sudah tiba, juga sepertinya menanti kedatangan sang pendekar borneo untuk kembali berbunga. dan si gusti puteri masih termenung menongkat dagu di tepi jendela...

*bersambung*



Wednesday, December 25

risau ke?

kau selalu risau memikirkan apa yang kau tak ada
dan tanpa positif kau merasakan yang kau tak ada itu adalah kekurangan

kau tengok orang ada pekerjaan tapi kau tak ada; kau risau
kau tengok orang ada kereta tapi kau tak ada; kau risau
kau tengok orang ada tunang tapi kau tak ada; kau risau
kau tengok orang sudah berkahwin tapi kau belum; kau risau
kau tengok orang ada anak tapi kau kahwin pun belum; kau risau
semua kau nak risau

tapi bila orang tu kata

kerja aku penat gaji sikit; -risau kau hilang
duit aku banyak habis kat kereta je ni; -risau kau hilang
menyesal aku tunang awal; -risau kau hilang
aku asyik nak kena layan kerenah suami, mak dia lagi; -risau kau hilang
anak aku ni degil betul; -risau kau hilang

nah, sekarang bukankah apa yang kau tak ada itu kelebihan?

mungkin kelebihan,
tapi sebenarnya kau tu tak suka lihat orang lain senang

bak kata orang puteh "selfish".

bukan??


Monday, December 23

anak borneo

suara kamu beralun di gegendang telinga saya
buat pertama kalinya saya didendangkan

play
rewind
play
rewind
play

dendang si anak borneo
yang membuat saya terbang di antara langit dan bumi
seperti dikelilingi pohon-pohon hijau berbunga.

dan sekarang masih lagi dengan suara kamu
tersenyum

eh, aku berangan!

21dis13
2am

cinta lagi

yup, seperti di setiap kalinya aku terpilih menjadi pakar kaunseling tanpa tauliyah oleh hamba2 Allah yang ranap jiwanya kerana cinta.

bak kata orang kelantan "cinto orang tino dengan orang jate la".

dan buat berkali-kalinya aku berlagak seperti buat-buat tahu.

"bahawasanya dalam setiap perhubungan jangan pernah mengharap
kerana harapan yang kau letakkan itu pembunuh sebenar
membunuh segala senyuman dan tawa kau
lalu merobek-robek hati kau

apa yang kau perlukan adalah doa bukan harapan."

2.39am


Sunday, December 22

sometimes silence is the best answer--pergi mampu* sama ini quotes

memang betul kita perlukan komunikasi dalam perhubungan--
"aku tak suka ini"
"aku suka itu"

tapi tolonglah bukan melalui kata hati
sebab kau bukan hidup dalam cerita drama
kau hidup dalam realiti

bak kata orang puteh "speak up!"
lontarkan apa mahu kau?
lontar sampai kena tepat pada titiknya

orang kata--"sometimes silence is the best answer"
siapa kata?
kepala otak dia!
kau tak suka, kau senyap.
kau sedih, kau senyap.
kau tak puas hati kau senyap.

apa kau ingat dia boleh baca fikiran kau?
apa kau ingat dia ada antena yang terpasang dalam hati kau?

jangan bermimpilah!
sebenarnya kau dah terlalu banyak sangat baca novel dan tengok cerita drama
otak kau sekarang kurang berfungsi pada realiti tapi hanya fantasi
dan kau sedang bermain dengan bayang-bayang.

kalau kau nak guna juga 'senyap' dalam perhubungan
aku nasihatkan kau cakap kat dia--
"aku nak senyap ni sebab aku tunggu kau tegur aku dulu"

*tammat*






Wednesday, December 18

kimia aku C masa SPM.

ada orang kata;-- kalau kita dah jumpa orang yang baik akhlaknya, solat pun tak tinggal. cepat-cepatlah dibuat peneman hidup yang halal. dah cukup beruntunglah tu.

yup, memang betul untung!
well..itu orang yang katalah.
bukan aku kata.

bagi aku yang penting ialah kimia.
baik mana pun, tinggi mana pun ilmunya tapi kalau tak ada kimia, semua tak menjadi.
tak sebulu or tak ada persefahaman ibarat air atas daun keladi. tak meresap. tak rasa.

hati tak ada kimia
perasaan tak ada kimia
cinta tak ada kimia
kata-kata tak ada kimia
teguran tak ada kimia

tak seronok bukan?
bila tak ada kimia, menangis dalam hati sendiri, sorok rasa hati.
kau tak faham dia, dia tak faham kau.
lama-lama apa?

waktu tu baru kau tahu yang kebaikkan dan ilmu bukan yang kau mahu,
tapi kau mahu kimia.

Tuesday, November 19

hipokrit

aku sebenarnya hipokrit dengan diri sendiri. yang kadang kala buat aku rasa "eh, betul ke apa yang aku buat ni?"

sebab aku sering menjadi tempat orang2 menumpahkan rasa jiwa yang ranap, lalu diminta untuk memberi kata2 semangat untuk hidup mereka. siapa aku untuk mengecewakan mereka dengan berkata--
"hey, aku juga punya masalah sendiri. silalah kau berambus!"?
ok, itu terlalu kejam bagi aku. sepertinya terlalu taksub dengan dunia yang diciptakan sendiri. 

walau pada dasar hatinya aku juga manusia biasa yang lebih bermasalah dari mereka. namun aku perlu gagah dan berlagak seolah-olah--
"hey, aku takde masalah ni, percuma katakanlah apa saja. aku bersedia membantu kau". 
hakikatnya aku cumalah menipu diri sendiri dan melakonkan watak seperti tiada masalah yang terjadi lalu memberi butir2 kata yang mampu membina diri mereka semula dari jatuh menjadi bangun, dari sembam menjadi ceria, dari bodoh menjadi bijak, dari lapar menjadi kenyang, dari panas menjadi sejuk. mungkin.

yang sebenarnya aku sangat berterima kasih pada Tuhan kerana menemukan aku dengan mereka yang sudi menumpahkan rasa jiwa mereka yang ranap. sebab aku tahu, secara halus Tuhan hantarkan mereka untuk aku supaya aku juga tahu yang aku perlu perbaiki diri aku. benar.

19nov13
2.42am




Tuesday, November 5

Paku beku

jiwa ini aku paku biar kukuh--jangan goyah.
hati ini aku bekukan biar keras-- jangan cair.
aku pinjam paku dari Tuhan
dan aku minta Dia bekukan hati ini
agar aku tetap teguh dengan cinta Tuhan
agar aku segak berdiri disisi Tuhan
kerana manusia itu racun dan cintanya derita
tapi cinta Tuhan itu mampu buat ku tersenyum di pintu syurga.

3nov2013

Wednesday, October 9

karipap dan donut

Allah ciptakan manusia punyai akal untuk berfikir
dan Allah ciptakan hati untuk buat pilihan.

jika ada pilihan--
maka hati akan mula memilih
dan akal mainkan peranan untuk cari kelebihan dan keburukkan.

sebagai contoh;--
jika ada karipap dan donut
maka hati kita mula memilih
dan akal mungkin akan kata
"donut itu manis, lebih baik ambil karipap"

hidup jika punya pilihan maka akal dan hati akan buka langkah
hati mungkin lebih benar dari akal
dan akal mungkin menjadikan hati makin rumit.

wujudnya pilihan itu merumitkan
makanya--
tetapkan hati.

6oktober13

Thursday, September 12

Berangan

aku seorang gadis
yang hampir menjadi wanita

aku sukakan puisi,
suka membaca puisi,
suka menulis puisi.

tapi penulisan aku hodoh bercapuk-capuk
tak punya warna-warni yang menarik
masih mentah walau usiaku sudah dua dekad.

sungguh aku punyai cita-cita,
cita-citaku ingin sekali menjadi penulis buku sendiri

tapi aku hanya mampu menulis di dalam diari buruk.

mungkin suatu hari nanti
sampai tiba aku pergi
tulisan aku ini akan dibaca orang juga
mungkin juga dibukukan.

ah,
masih lagi berangan!




Saturday, August 31

abah

malam tadi, 
di akhir pertemuan abah dengan sahabatnya;--
mereka berjabat tangan.

mereka berdua saling berpelukkan.
Dalam berpelukkan abah berbisik di telinga sahabatnya;--

"semoga dengan baki usia yang masih ada, Allah sihatkan tubuh kita, 
Allah permudahkan kita untuk beribadah padaNya."

sebak
sersentuh

aku tahu usianya makin lanjut
dan aku makin dewasa.

Tuhan,
Kau makbulkanlah permintaanya
rahmatilah usianya

Itu pintaku.


29ogos2013

Tuesday, August 27

mahkota ibu

malam ini,
dia memanggil-manggil aku,
menyuruh tengok-tengokkan kepalanya yang agak gatal
katanya;-- "uban tua menyerang aku!"

dengan langkah malas
dan sedikit merungut
aku laksanakan permintaanya.

sehelai demi sehelai
aku membelek-belek mahkotanya,

lalu-- "mari aku cuci mahkota mu!"
lantas pintaku.

kemudian;--

mahkotanya aku cuci,
disetiap selak mahkotnya;- aku nampak uban-uban tua.
aku cuci dan kemudian aku bilas,
aku lapkan dengan tuala biru,
mahkotanya masih lembab.

lalu aku sapukan minyak,
uban-uban tua melambai-lambai aku,
tersenyum dibelai kasih anak,
mahkotanya aku sisirkan dengan lembut.

di setiap sisir; aku doa pada Tuhan--
rahmatilah usianya
kuatkanlah iman dan jasadnya
tempatkanlah dia disisi Mu.

Tuhan,
itu pintaku,
dialah ibuku.

2.15am
27ogos2013

Thursday, August 22

Bismillah...

Dan dengan nama Tuhanku,
menjunjung segala titah dan laranganNya-- amin
aku berserah diri kepadaNya
bahawa seluruh hidupku dan matiku
terserah padaNya
segala apa sahaja kehendakNya

aku reda

dengan izin dan rahmatNya.

1.40am
22ogos2013

Sunday, August 18

gadis yang ditinggalkan.

dulu-dulu jejaka pernah bertanya--
"aku ini pelik mengapa bila lepas berkahwin si suami jalan di hadapan tapi si isteri ditinggal di belakang?"

lalu gadis senyap--
dalam hatinya-- " suatu hari nanti kau tahu jawapanya."

itu cerita jejaka dan gadis lamanya dulu.

belum sampai ke jinjang pelamin;-- jejaka sudah pergi meninggalkan gadis.

batu pahat
18ogos2013

Thursday, August 15

salah atau betul?

Tolong...
tolong kata salah jika salah.
tolong kata betul jika betul.

jadi adil yang benar
bukan adil yang ikut rasa

wujud golongan yang kononnya tidak menyelebelahi mana-mana pihak
lalu dikatanya; 
dua-dua salah.
dua-dua betul.

makanya yang salah bertambah salah.
yang betul menjadi salah.

tolong buka minda dan mata.
salah atau betul?

2.20am
15ogos2013



Friday, August 9

kau mahu

silalah benci aku
pukul kedua belah lutut aku
biar aku terlutut di hadapanmu-- itu yang kau mahu
bukan?

silalah bunuh aku
kerana awalnya jiwa ini dah kau tusuk dulu
biar aku mati di hadapanmu-- itu yang kau mahu 
bukan?

silalah bangsatkan aku
cacimaki aku sepuas yang kau mahu
biar aku dihina di hadapanmu-- itu yang kau mahu
bukan?

aku bukan lawan mu.
kau menang.

8Ogos2013
12.36am




Wednesday, June 12

kehilangan.

bila bernafas aku rasa sesak
sempit hatiku sakit--
sepertinya dihimpit.

aku merasakan kehilangan;
semuanya kerana cinta--
sahabat, kawan, keluarga.

jika cinta ini tak aku curahkan,
mungkin kehilangan itu tak wujud,
oleh kerana tertumpahnya cinta--
maka hari ini aku menanggung rasa.

rasa perit yang dihiris tajam oleh waktu
rasa sakit yang ditarah oleh cinta.

--lalu aku mati tak berkebumi.

12jun2013

xx dan xy

kita sahabat,--
tapi kenal baru berjuta minit,
yang semuanya dikongsi
yang semuanya dicerita;
entah kimia apakah kita?

pasir gudang
12jun2013

untuk kita.

dijahit bibir sendiri,
diikat kaki sendiri,
dipaku hati sendiri,
lamanya mungkin dua purnama,
melatih diri menjadi biasa,
supaya terbiasa,
agar nanti perginya ,
semua terbisa,
tanpa rasa sakit untuk kita,
untuk kita.

mei2013

sakit

Hari itu-- ujar mu ''sakit''.
dan aku tahu-- itu hatimu
walau tersembunyi,
aku ini dapat rasa.

mei2013


Tuesday, May 28

ini cerita semalam

ini cerita semalam--
yang dirajukkan bukan sengaja
yang dimarahkan bukan sengaja
yang dibencikan bukan sengaja
yang digeramkan bukan sengaja

ini cerita semalam--
yang didalam hati terlalu cinta
yang di mata ini terlalu sayang
yang di telinga ini terlalu rindu
yang di jiwa ini terlalu mahu

ini cerita semalam--
akhirnya mengukir senyum
akhirnya menyinarkan mata
akhirnya menggerakkan hati
akhirnya mencuri hati

ini cerita semalam--
yang dirajukkan
yang dirindukan
yang di hati.

28mei2013
pandan,johor


Monday, May 27

yang terulang

Dan sekali lagi dia diuji
Menyembah nafsu jahil
Telaknat oleh kuasa tuhan

Celaka.

Harus bagaimana lagi ujian yg berulang
Terulang menjadi resah
Terulang menjadi gusar
Terulang menjadi keliru

Yang dia cuba larikan
Yang dia cuba butakan.

Kasihan.

Masih teruji
Masih tidak faham.

Mac2013


Sunday, May 26

milik Tuhan.

jika ini yang Tuhan beri
perlukah membuat pilihan?

kasih yang diucap dahulu?

atau

kasih yang terlihat dan dirasai?

andai kau tahu yang aku rasa
aku juga perlu memilih
dan hati ini-- masih milik Tuhan.

26mei2013
pasirgudang

Monday, April 1

Pangkuan Tuhan

Ibu pergi

bersama doa yang ditinggalkan
lalu bertemu dengan Pencipta
tempatnya aku tahu bersama Dia
kerana layaknya ibu disitu
di pangkuan Tuhan

dalam nafas dia minta padaNya
untuk berikan ku Jalan di dunia
sungguh doa ibu itu satu keajaiban
dan Tuhan itu satu keabadian

rahsiaNya indah
cintaNya luas

Tuhan.

1April2013
pasir gudang

*kisah tentang gadis yang hebat bersama Tuhan

Thursday, March 21

Gadis keras.

Usianya 23 tahun-- kini
yang sepuluh tahun lepas seorang gadis 
berhingus, bengis, keras, kaku
yang selalu merenung langit yang sama.
bertanya pada diri--- siapa aku di masa hadapan?

maka--
sebahagian jawapannya ada pada hari ini.

sungguh,
aku meridui si gadis itu
gadis kecil yang degil
pemarah dan sedikit ganas
yang suka memberontak
yang hanya pandai bermain.
namun imiginasinya melepasi ruang angkasa.

sudah sedekad lamanya aku meninggalkan gadis keras itu.

gadis keras semakin lembut,
jiwanya semakin nipis
hatinya mudah rapuh
mindanya semakin jauh.

gadis dan aku.

6Januari2013
9.20 a.m
batu pahat 

Sunday, February 3

saya benci.

perkara pertama yang paling saya tak suka ialah-- PAKSA
memaksa  untuk menjadi yang bukan saya.
dan menjadi sesuatu untuk orang lain.
merepek.
sangat merepek-- dan meluat.

its ok if nak suruh saya berubah.
but please..
bukan untuk kepentingan diri kamu.
sebab-- I'm not your slave.

saya hamba ALLAH.

tak boleh nak terima cara saya?
tak mengapa.
tak salah.

kamu boleh blah.

onmybirthday
7.30pm


Friday, February 1

lelaki itu

lelaki itu,
terima kasih.

lelaki itu-- saya tak marah.
lelaki itu-- saya tak benci.
lelaki itu-- saya tak hukum.

lelaki itu-- cintanya saya hargai.
tapi-- hati kita tak sama.
tempat kita-- rakan.

lelaki itu-- jangan benci.
lelaki itu-- jangan  marah.
lelaki itu-- jangan dendam.

kita kawan.
--senyum.

jumaat
1feb13

jangan rasa perasaan, ni mmg tentang kamu.

serah


bila dipendam,
hati jadi geram,
jiwa tak tenteram.

tapi--

bila diluah,
hati bertemu arah,
jiwa berserah.

batu pahat
1feb13

Thursday, January 3

2nd.

lambaian di bawah hujan,
lebat membasahi,
maka--
berlalu fizikal itu dari pandangan ku.

2jan13
malam kehujanan.