Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Tuesday, February 28

rangsang

ditulis oleh: afifah fauzi


Monday, February 27

sepertinya.

sepertinya aku ini pemain simpanan
yang dipanggil bila perlu
yang dimahu bila terdesak
tak siapa sudi; tak punya kelebihan

wujud bagaikan mircoorganisma seni
bila tak mahu-- ditiup sahaja
masih tak sedar diri; mahu juga dikutip

farhahzaba
pemula hari
27feb12


Friday, February 24

graviti manusia

bila jiwa bersuara lebih lantang
mulut terkatup rapat
tanpa dipaksakan air jernih itu mengalir
melankolik

hilang
tersembunyi

mahukannya
mahukannya
mahukannya...

farhahzaba
jumaat
24feb12

*graviti manusia---> iman

untuk diriku sebagai peringatan.

waktu.

waktu berjalan terus.
perlu ada yang dapat mengambil alih,
sekiranya tidak...semuanya akan menjadi kacau.
termasuk kita.

perahu kertas



Thursday, February 23

Hati

hati ibarat radar yang mampu mengesan kedudukan diri
sentiasa ada untuk memberi isyarat
supaya kita tak pergi jauh dari Pencipta

farhahzaba
menung senja
23feb12
6:10 p.m

untuk diriku sebagai peringatan

Belum jelas.

dan hidup ini makin ke hadapan dengan sangatlah pantas.
sehingga tak terperasan usia yang makin lanjut,
kehilangan demi kehilangan yang menerjah,
yang tak terasa oleh minda sedar. apalah ertinya hidup ini?
masih belum jelas kelihatan apa yang di hadapan sekali.

23Feb12
2 a.m

Sunday, February 19

tersumpah.

minda menggigit jiwa; meratah-ratah hati sifar
bahana menyulam karut tukang dongeng; sumpahan sendiri
habis pecah mulut tempayan; auta nampak celaka
bagai membela naga; meringkuk dalam mangkuk naga

arakian khatam menjadi lauk;
terjunam berkuah malu.

rosaklah tali terbelit sumpahan sendiri
karut bertukar marut; hura-hara rencana keji
tak mahu terlibat diri; sembunyi di celah mati
absurd terlepas catatan malaikat; kanan dan kiri.

kebas otak sengal lidah-- termamah hempedu sendiri
sempat menelan air liur basi
lahabau meludah kata-kata berlindir
tercekik ludah hina beracun; mampus.

parademik zabaniah mencucuk jarum dosa  
terkubur dalam sesak laknat.

.....
*bersambung

Isnin
13Feb12

Monday, February 13

saat akhir.

Dia nazak sangat, terbaring tapi masih cuba nak jalan. Tubuh dia nampak menggigil-gigil walaupun sekecil ibu jari. Mata dia berair, seolah-olah menangis kesakitan.

Tiba-tiba dia tarik nafas panjang, matanya terbeliak, badan dia ternaik sikit
kemudian dia mati
kejung
tak bernyawa

aku terbayangkan bila mati itu tiba untuk aku
sakit
sakit yang amat

merasakan kehilangan itu memedihkan
bersedia?

ya Rab, aku takut.

saat nazak yang amat...
*sedih*

Sunday, February 5

Tangisan.

Dua kali aku menangis hari ni.

pertama:
---> sebab menonton cerekarama tv3 yang bertajuk "Al-ikhlas" (sempena Maulidur Rasul)

kedua:
---> sebab menonton filem indonesia "hafalan solat Delisa" di youtube (sempena ada masa free untuk aku)


apalah yang nak dibanggakan kalau menangis hanya untuk hiburan sahaja?
jadi tangisan hari ini jumlahnya kosong.


Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).


Saturday, February 4

Untuk kau Usia ku.

Wahai usia ku,
kini kau genap di tahun masihi
namun masih belum cukup di tahun hijri
menyentuh aku menjadi dewasa
menerjah aku untuk merasa digit dua.

usia ku,
jika kau melihat aku ini tidak layak untuk kau
sergahlah aku sampai tersedak pemikiran ku
tusuklah aku sampai tembus ke tulang tua ku
panahlah aku tepat ke jantung muda ku.

engkau usia ku,
Jangan kau berhenti sebelum aku cukup
Jangan kau pergi sebelum aku sempat menunaikan janjiku
jangan kau berlari jauh menghanyutkan aku
jangan kau biarkan aku terlungkup di dalam tempurung waktu.

Aku mohon,
temankan aku melaksanakan janjiku padaNya
sudilah bersamaku mencipta cerita indah di dunia
sudilah menjagaku kala syahadah terakhir sampai tiba aku mati.

usiaku,
selamat ulang tahun.

farhahzaba
3feb12
selamat hari usiaku.

photo by: Azlin
taman gelora kuantan

Thursday, February 2

Jawab.

Berapa Kerat

Berapa kerat sangat yang mahukan kita bila kita bukan siapa-siapa?
Atau bila kita buat salah dan rupanya kita tidak sempurna?
Atau bila kita tidak pandai ambil hati dan tidak rajin menebeng muka?
Bila kita busuk, miskin, hodoh-
Berapa kerat sangat. aku tanya kau.

Langit Vanilla.


Wednesday, February 1

kalah mati.

Komplikasi ini hanyut
Tiada pemenang untuk si ego
Tiada tepukan gemuruh untuk si lemah
Janji dimungkiri berkiblat kiri
Terhapus ranap hubungan manusiawi

Kita bina dan kita hancurkan
Kita ikat dan kita putuskan
Itukah tugas kita?

Ah, ranap, Ranap kau manusiawi!
Mana perginya keTuhanan yang ada?

Cuba untuk tersenyum lalu menangis
Cuba untuk berdiri lalu tersungkur
Cuba untuk ke syurga lalu ke neraka
hancur, hancur kau ego!

Aku sudah penat
Aku rindu.

farhahzaba
1Feb12
Batu pahat

tentang manusia ego yang sudah tak mampu menahan keegoan nya kerana kerinduan mengatasi sifat itu.


Gadis gagah.

  Kemarin petang aku lihat gerai dia tutup. Sunyi, kosong. Tak ada sesiapa yang ada di gerai. Tiga bulan lalu semasa aku masih di batu pahat, ibu dia masih gagah membanting tulang empat kerat di gerai. Memutarkan mesin cendol dan mengacau buah-buah potong bersama kuah rojak. Begitu juga dengan ayahnya yang masih membantu di gerai. Neneknya baru meninggal dunia bulan lepas. Kalau tidak, neneknya lah yang selalu termenung di kaki lima rumah, duduk di atas kerusi roda.

  Aku betul-betul merasa bangga dengan dia. Walaupun umur kami sebaya, tapi pengorbanan dia untuk keluarga sangat luar biasa. Dapatkah kau bayangkan seorang gadis yang mampu kesana-kemari mencari nafkah untuk perubatan ayah dan ibunya? Dan bayangkan pula hanya dia seorang sahaja yang bergagah tanpa pertolongan dari sesiapa?

  Dia bukan orang senang yang berduit, bukan anak orang kaya yang cuma pandai memegang pen dan kertas dan menaip di komputer riba. Dia gadis yang membonceng tong gas di belakang motosikalnya untuk dihantar ke rumah-rumah. Dia gadis yang menjaja barang-barang kesana-kemari. Yang sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan wang.

  Kami bersahabat semenjak kecil dari tadika lagi. Bila aku teringatkan kenangan-kenangan waktu lalu hati ku hiba. Gelak riang kami dulu dah tak seperti hari ini. Dulu dia boleh duduk berjam-jam untuk gelak ketawa bersama kawan-kawan yang lain. Sekarang gelak dia aku dah tak nampak. Kalau kami bersantai, pasti dialah yang paling senyap dan paling cepat mahu pulang. Katanya, tak boleh lama-lama. Aku tahu, dalam fikirannya berserabut untuk mencari duit. Kalau aku berharta, sudah tentu akulah orang pertama yang beri sumbangan untuk dia. Tapi, aku cuma pelajar yang masih tercungap-cungap. Sungguh aku ini sebersalah untuk sahabat sendiri.

  Dia berkorban segalanya demi ayah dan ibunya. Dia tak pernah merungut untuk berhenti dari mencari wang. Kalau aku di tempat dia, sudah tentu aku tidak mampu. Sudah tentu aku meraung-raung menyalahkan Tuhan. Demi Tuhan aku memang tidak kuat untuk itu.

  Aku paling sedih apabila abang dia sendiri tak pernah fikir untuk keluarga. Kerjanya hanya merayap kesana-sini. Curi wang yang dia simpan. Langsung tak pernah nak memahami situasi keluarga sendiri. Abang dia bukan terencat, dulu masa zaman sekolah rendah abang dia cukup bijak. Tapi aku tak faham kenapa sekarang pemikiran dia tak bijak.

  Apa yang aku harapkan, Semoga Tuhan permudahkan urusan dia mendapatkan wang, semoga Tuhan beri keajaiban untuk menyembuhkan penyakit ibunya yang masih di hospital dan juga ayahnya.
Sungguh, tempat dia pasti di syurga.


kadang-kala kita merasa Tuhan sungguh tidak adil, Sebenarnya kitalah yang tidak adil untuk Tuhan
Seperti kita merasakan cinta itu kejam, Sebenarnya kita yang kejam terhadap cinta
Kerana kita yang tak reti menilai.