dia berbaju hitam lusuh berambut masai,
ditengah-tengah kota pudu berdiri depan kedai kopi,
merewang-rewang mindanya bersama gerakan jari,
seolah tidak punya perasaan malu lagi,
aku melihat dia lelaki gila bersuara lantang seorang diri
katanya "aku ini kuat mahu ke langit dulu jatuh ke bumi"
"eh encik, mahu ikut saya ke langit?" katanya lagi.
apalah nasib kau lelaki menjadi gila di tengah kota?
bertubuh sasa fikirannya tak terbela,
lalu aku melihat manusia yang pintar di kedai kopi mencela,
kasihan aku melihat lelaki gila yang dicela.
dia lelaki gila tidak berotak sudah Tuhan berikan tempat istimewa,
apa kau yang pintar sudah punya tempat?
gilanya dia lebih mulia dari mereka yang gila judi dan perempuan,
berhentilah mengeji wahai si pintar yang tak terajar menghormat
sebab dunia ini ada karma yang dijanji Tuhan.
Copyright © 2011-2012 farhahZaba
kisah lelaki gila di tengah kota pudu yang aku terlihat dari jauh.
menulis untuk diriku sebagai peringatan.
ok..this is good. =)
ReplyDeleteTERBAEK la paah... aku sgt suke !!
ReplyDeleteaziey nasrudin:
ReplyDeleteterima kasih! ^^
aku menunggu keluaran buku kau, seperti aku menunggu Bogel Menuju Tuhan :)
ReplyDeleteaziey nasrudin:
ReplyDeletehihi..ak masih tak mampu menulis sprti tangan2 yang hebat tu. btw, terima kasih azie! ^^