Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Sunday, June 19

besi emas dan kertas harum.

bertepuk disekalian umat berpaksikan rakus
lalu memeluk tubuh yang bangkai itu penuh hormat
tak dahagakan duit kononnya hingga rata semua bukit
apa buta yang dia bayangkan kepada hamba yang merdeka mindanya?

tak tertelan besi emas.. tak termamah kertas bernilai
mahu lagi dan lagi dan lagi...sampai tersedak nyawa pun mahu lagi
tergulung lidah tersepit, diputar lagi sampai menjadi hukum 'tuhan'
bangsat sungguh hukum yang kau syariahkan
apa kau ingat Tuhan itu mahu besi emas dan kertas harum?

minda dijadikan tahi dan tahi dijadikan akal yang tak bermaruah
bersepah-sepah dijalanan untuk disekalian umat
yang terleka masih memungut...yang sedar berpaling arah mencari maruah
kata terkota bersama harta hamba yang percaya
sampai bila mahu bersama najis?

tak terbau busuknya bangkai yang najis kerana bersalut besi emas
tak mengapa...neraka nanti yang cairkan besi emas hingga terlihat bangkai yang berbau

waktu itu baru kau tahu siapa Tuhan siapa umat.


Copyright © 2011-2012 farhahZaba

menulis untuk kamu yang mampu berfikir bukan untuk kepentingan sesuatu politik tapi untuk kita yang mewarisi tanah ini. 
....dan juga untuk diriku sebagai peringatan.



No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.