Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Wednesday, June 8

beza perempuan dulu2.

Cerita bersama nenek dan moyang di rumah....

Cucu perempuan: masa remaja macam saya ni nenek buat ape ye dulu-dulu?
Nenek: dulu masa zaman macam awak ni, kami pukul 5pagi dah bangun sapu sampah kat laman rumah, guna lampu pelita letak atas kepala tau.
Cucu perempuan: aik, awalnya bagun nak sampu sampah. abes sapu sampai pukul berapa?
Emak: orang dulu2 kan laman rumahnya luas. jiran pun jauh-jauh.
Moyang: dulu kami ni perempuan dijaga betul2. tak boleh keluar rumah langsung tau. kerjanya masak kemas rumah jela.
Cucu perempuan: abes dulu nyang masa muda2 macam saya jalan2 pergi mana?
Moyang: manalah boleh nak keluar rumah dulu2.
Cucu perempuan: abes macam mana nyang boleh kahwin? macam mana nak jumpa boyfriend?
Moyang: dulu kahwin takyah susah2. orang tua dah carikan. haha.
Cucu perempuan: bosan la kalau macam tu. keluar pun tak boleh.
Moyang: nak keluar pun macam mana kalau kasut lawa pun takde? haha. takkan  nak pakai selipar jepun kot? selipar pun takda.
Cucu perempuan: a'ah kan, betul jugak. *gelak besar*
Emak: sebab tu orang dulu ada sediakan tempayan air depan tangga rumah. tu kan untuk basuh kaki.

ni la makcik sedara nenek saya dan moyang sedara saya lahir tahun 1933. comelkan beliau?
so sweet~

1 comment:

ujar saja jika perlu.