Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Thursday, May 5

kosong.

Ramai yang diluar sana masih tercungap-cungap berlari dari kosong. Ya, berlari dari kekosongan jiwa yang dirasakan oleh rohani. Ramai si alim diluar sana masih longgar jiwanya yang dirasakan lohong. Memang hakikat jiwa manusia itu sentiasa bergelora dan mana mungkin kaku tak terusik. Tapi semuanya bergantung pada pegangan manusia itu sendiri sama ada mahu terus kosong atau berinti enak.

Jika kamu punyai jiwa yang berinti enak suatu masa dulu, mengapa tidak diteruskan resepi itu untuk terus sentiasa enak? Mengapa disaat kosong di isikan dengan inti yang penuh bahan perasa yang pada akhirnya merosakkan akal? Payahnya aku melihat manusia yang hanya suka pada bahan perasa dan lupa pada keunggulan inti sebenar. Memang inti dan bahan perasa itu sama-sama enak tapi akhirnya bahan perasa itu mematikan diri lebih segera.
....
...
..
Wahai si alim yang kosong mengapa mudah untuk mematikan lakonan sebagai si alim di pentas dunia dengan hanya kerana kadang-kala kamu melakukan kesilapan dan harus saja menyalahkan diri sendiri?. Lalu dianggapnya dia sama seperti manusia kosong yang lain dan tidak layak untuk memperbetulkan manusia itu dari kejahilan. Wahai disekalian si alim yang kosong janganlah terus mematikan watakmu itu, terus sajalah dengan resepi inti kamu yang dulu dan isikan kekosongan itu hatta manusia kosong yang lain dapat merasainya.

Mengapa harus mempunyai cinta yang sia hanya kerana itu bahan perasa yang bisa menyebabkan roh kamu mati terkulai. Manalah ilmu mu wahai si alim yang kosong? Manalah ilmu mu yang wajib saja kau berikan pada manusia yang kosong itu?  Manalah jasad mu wahai si alim yang kosong? Mana kamu wahai si alim yang dulunya alim?.  Di sini aku bersedih dengan sesungguhnya kerana si alim itu terus menjadikan dirinya manusia yang kosong dan lohong. ketuk dan ketuklah akal mu wahai si alim yang kosong kerana aku ini manusia kosong yang memerlukan kamu sebagai si alim yang berinti enak untuk membunuh kejahilan dan manusia yang kosong itu juga memerlukan kamu.
..........
....
...
Si alim yang dahulunya alim dan si manusia kosong yang kini alim, wujudnya dua watak baru dalam pementasan lakon layar yang harus saja ditamatkan menjadi si alim yang kekal alim dan si manusia kosong yang menjadi alim.


menulis untuk kamu-kamu yang pernah mempunyai dan mempelajari ilmu agama dan juga diriku sebagai peringatan.


No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.