Assalamualaikum anda yang dikasihi Allah.
Ya, anda lah!
Anda sangat dikasihi Allah...Betol, saya tak tipu. (^_^)v
Hari ni dah masuk 2 minggu ulang tahun hari lahir saya berlalu. Hurmmm...Dah berumur dah saya ni.
Berapa tahun umur saya?
Umur baru je 12 tahun. (nombor tu terbalik sebenarnya). Lahh~ baru nak ambil UPSR rupenya.! Hohoho..
*Berangan + perasan*
Mesti ramai yang sambut hari ulang tahun kelahiran bulan ni kan? Mesti ramai juga yang sambut ulang tahun kelahiran tahun ni kan? Erkkk...setiap tahun semua orang sambut ulang tahun kelahiran lah! Opsss, maaf~
Setiap tahun usia kita makin meningkat dan meningkat, tak siapa pun yang usia dia makin menurun. Alien pon usia dia meningkat tau. Kucing, arnab, cicak, lembu, semut, tapir, tenuk, gajah pon usia makin meningkat. Jadi memang semua benda hidup usia makin meningkat kecuali orang yang dah mati je usia dia dah tak boleh nak meningkat. Kucing, arnab, lembu, tapir, badak dan cicak yang dah mati pon usia meraka dah tak boleh nak meningkat.
Masalahnya umur dah meningkat tapi betul ke dah matang? Awak dah matang? Yelah, saya tanya awak yang sedang baca ni. Eh, nape tak jawab? Segan ye...takpe2...
Matang tu apa?
Adakah sejenis alat solek? Sejenis kenderaan atau binatang? sejenis alat sukan kot...Okay, saya tak tahu matang tu apa.
Perlu ke matang ni?
Situasi A: Saya taknak matang, nanti cepat tua lah. Biarlah saya nak jadi macam budak-budak lagi. Kan comel macam tu. Relax lah kan, kitekan masih muda lagi.
Situasi B: Hello, pleaselah jangan macam budak-budak ye.. perangai macam ape entah, tak tahu malu ke? Terkejar sana. terkejar sini. Duduk diam2 tak boleh agaknya budak lelaki ni. Tak macam pakwe aku pon, dia tu matang je tau.
Situasi C: Aku tak fahamlah kawan2 aku ni, bila aku cakap nak kahwin mesti diaorang kate aku ni dah cukup matang ke nak kahwin? Ape benda entah, asal nak kahwin je mesti cakap pasal matang. Kalau nak tunggu matang bila aku nak kahwin??!
Semua dialog dalam situasi A, B, dan C adalah sebahagian dialong yang pernah saya dengar. Ni bukanlah dialog yang saya reka-reka, tapi memang betul-betul wujud. Mungkin anda juga pernah dengar atau mengunakan dialog ni. Erti matang dalam semua situasi diatas adalah berbeza mengikut pendapat masing-masing. Tapi apakah matang itu yang sebenarnya?
Sebelum ni saya pun agak kabur dengan kematangan itu sendiri, tapi setelah berkongsi cerita dan idea dari sahabat saya, saya mula memahami erti kematangan itu sendiri. Mungkin bukan secara menyeluruh, tapi cukup untuk saya gunakan dan saya kongsikan.
Matang dalam Islam adalah bila kita dapat memenuhi semua ciri-ciri fardu Muslim iaitu:
1. Akidah
2. Ibadah yang sohih (tak buat secara membabi buta tapi dengan ilmu)
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan (menjaga dri dan kesihatn, tdak memudaratkan diri sebb semua yg kita ada hnyalah pinjaman)
6. Mampu berdikari
7. Melawan hawa nafsu
8. Sangat menjaga masa (ingatlah bahawa tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yg kita ada)
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat pada orang lain
Maaf, ni sajalah yang dapat saya kongsikan.
Jadi bagaimana?
Sudah matangkah awak?
setuju :)
ReplyDelete