Andai mahu mereput, biarlah seperti mereputnya kayu yang memberikan baja kepada tanah. -farhahza'ba-

Pemula Bicara.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

Segala puji bagi ALLAH TUHAN sekalian alam; Maha pemurah lagi Maha penyanyang, Yang menguasai hari pembalasan!
Hanya padaMUlah tempat kami sembah; Dan padaMUlah tempat kami memohon pertolongan
. Tunjukilah kami jalan yang lurus; jalan orang2 yang Kau redai. Serta jalan orang2 yang Kau beri nikmat; Bukan jalan mereka yang Kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amen..

Monday, February 14

Takhta

  Sang arnab, Sang burung,  Sang naga dan beberapa haiwan yang lain tinggal bersama-sama di dalam sebuah hutan yang sangat cantik dan aman sentosa. Selepas Sang naga turun takhta, pemerintahan hutan telah diambil alih oleh Sang burung. Tapi malangnya pemilihan Sang burung sebagai pemerintah yang tidak dipersetujui oleh Sang arnab dan kaumnya. Habis riuh satu hutan sebab sang arnab memberontak.

  Pemberontakkan sang arnab dan kaumnya tidak diendahkan oleh sang burung dan sang naga kerana sang arnab memang tidak sesuai untuk mendapatkan tahta sebab sejarah dahulu telah membuktikan bahawa sang arnab memang sangat lembab sewaktu dalam pertandingan lumba lari dengan sang kura-kura. Kelembapan sang arnab bukanlah pada ketangkasannya tapi pada mindanya yang mudah sambil lewa. Malang sungguh nasib sang arnab. Kesilapan nenek moyangnya sewaktu dahulu telah menyebabkan dia turut dipandang rendah.

   Sang burung yang boleh terbang tinggi telah memerintah hutan dengan adil sekali. Semua haiwan masih berpuas hati dengan cara pemerintahan sang burung. Tetapi sang arnab sering saja melakukan kerosakkan di hutan kerana tidak puas hati dengan sang burung. Kucar-kacir hutan dibuatnya.

" Nenek moyangku yang telah menyebabkan aku dan kaumku dipandang rendah!, semua ini salah nenek moyang ku!!." Bentak hati sang arnab

   Maka sang arnab terus-menerus melakukan kekacauan dan huru-hara di dalam hutan. Ketidakpuasan hatinya diluahkan dengan perlakuan buruknya. Tanaman-tanaman habis dia kerjakannya. Hutan menjadi huru-hara. Sang arnab tidak pernah memberi kerjasama, malah sering saja memberontak.

*Tamat*

Andai kata sang arnab memang layak menjadi pemerintah sudah tentu dia sudah jadi pemerintah hutan itu. Tapi lihatlah sikap sang arnab yang hanya suka memberontak dan tidak mahu bekerjasama, adakah ini sikap pemimpin yang layak menjadi pemimpin?. Sudah tentu tidak bukan?.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ubah minda, ubah cara, ubah perspektif diri.

p/s: cerita farhahzaba ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.


No comments:

Post a Comment

ujar saja jika perlu.